Yeo's Pilihanku

What's Up Yeo's. Heh heh. Jenama Yeo's ini sangat sempoi untuk jadi sebutan sesiapa sahaja kan? Ini adalah antara salah satu sebab jenama Yeo's ini senang merebak seantero Malaysia. Tapi siapa yang tahu asal usul Yeo's ni? Aku baru buat penyelidikan. Hasil penyelidikan tak seberapa, baru aku dapat tahu sedikit sebanyak tentang Yeo's ni.
yeo's pilihanku, sepetang bersama blogger dan yeo's 2014, Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger, yeo's,
Eh!! Salah gambar!
yeo's pilihanku, sepetang bersama blogger dan yeo's 2014, Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger, yeo's,
Hah! Baru gambar yang betul.
Tapi sebelum aku menerangkan apa yang aku dapat hasil penyelidikan tu, aku nak semua ambil masa yang tak berapa lama untuk mendengarkan lagu ciptaan aku sendiri untuk Yeo's ini. Kalau menarik da boom, sila sebarkan dan kongsikan pada kawan-kawan.  Terimalah Yeo's Pilihanku. 


Yeo's diasaskan oleh seorang lelaki yang mungkin agak kacak bernama Yeo Keng Lian pada tahun 1900. Memang lama kan? Daripada perniagaan kicap, Yeo Keng Lian kembang ke minuman pula. 

Menariknya, Yeo's merupakan syarikat pertama yang membuat minuman dalam bekas Tetra Brik Aseptik menggunakan proses UHT. Yeo's juga merupakan syarikat pertama yang memasarkan kari ayam dalam bentuk tin. Menarik bukan?


Syarikat Yeo's terus berkembang maju sehingga sekarang. Buktinya kita dapat lihat pada sekeliling kita. Di mana-mana sahaja akan ada jemana Yeo's ini. Dari minuman, sos cili, sos masakan, minyak bijan hinggalah ke mee segera. Jangan satu hari kita dengar ada helikopter jenama Yeo's. Hehehe. Itu memang kemajuan yang mendadak betul.

yeo's pilihanku, sepetang bersama blogger dan yeo's 2014, Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger, yeo's,

Ok, berbalik pada Yeo's pilihanku. Sememangnya Yeo's menjadi keutamaan bila aku keluar membeli-belah. Apa lagi bila tibanya Ramadhan. Minuman keluaran Yeo's lah yang pertama akan aku cari kerana selain dapat melegakan rasa dahaga bila seharian berpuasa, ia juga sangat sedap. Siapa yang tak penat bila berpuasa kan? Dengan Yeo's, aku akan kembali bertenaga selepas berbuka puasa. Minuman Yeo's yang selalu akan aku cari adalah 'Genre' Teh Krisantimum. Rasanya memang aku sangat suka.

Kalau dulu, semasa aku ni masih lagi bergetah dan kerap bermain Futsal, aku semestinya akan mencari minuman Yeo's untuk diminum. Maklumlah, bila dah main futsal dan memerah tenaga lebih daripada 100%, badan kita akan cepat ternyah hidrat. Rasa penat dan dahaga tu sampaikan lidah boleh terjelir dengan sendirinya. Jadi, untuk menyelesaikan masalah lidah terjelir secara tiba-tiba tu, aku terus minum minuman Yeo's. Menariknya, aku terus rasa segar dan bertenaga semula. Apa lagi, terus sambung main futsal lah jawabnya.


Yang terbaru, Yeo's ada mengeluarkan minuman Teh Krisantimum Light. Ia dikeluarkan pada tahun 2012. Apa yang menariknya, Teh Krisantimum Light ni adalah 40% kurang gula. Walaupun kurang gula, tetapi ia tetap mengekalkan kelazatan yang sama. Ini harus diterima baik oleh masyarakat kerana ia mampu mengelakkan kita daripada terkena penyakit yang menjadi antara pembunuh utama rakyat Malaysia iaitu kencing manis. Yeo's memang pilihan utama aku kerana ia pelengkap kepada gaya hidup sihat rakyat Malaysia. Nampak? Aku ni dahlah kacak, mengutamakan gaya hidup yang sihat pula tu. Terel betul aku kan? 

yeo's pilihanku, sepetang bersama blogger dan yeo's 2014, Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger, yeo's,
Ini memang benar-benar terbaik!! 

yeos-minicontest-300x250
Gaya hidup sihat bersama Yeo's dan Boni Kacak!
Aku tak pasti sebelum ni Yeo's ada anjurkan apa-apa aktiviti riadah dan sukan bersama masyarakat atau tidak. Kalau belum ada lagi, aku dapat rasakan ia adalah satu idea yang menarik jikalau Yeo's dapat menganjurkan aktiviti riadah dan sukan bersama masyarakat. Antara aktiviti yang menarik untuk dianjurkan adalah seperti maraton, senamrobik, pertandingan nyanyian online, jamuan bersama orang-orang tua, anak yatim, hari keluarga bersama keluarga-keluarga blogger dan juga futsal memandangkan aktiviti-aktiviti ni merupakan aktiviti yang mampu menarik minat ramai. 

Di samping dapat mengeratkan hubungan antara Yeo's dan penggunanya, ia juga sebenarnya dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga dan kawan-kawan bila mereka bersama-sama menyertai aktiviti ini. Dan, ia adalah satu peluang untuk Yeo's memantapkan lagi jenamanya kepada masyarakat.

yeo's pilihanku, sepetang bersama blogger dan yeo's 2014, Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger, yeo's,
Minuman Yeo's yang sangat sesuai untuk diminum semasa menyertai aktiviti-aktiviti sukan dan riadah. Tetapi.. Aku tak pernah nampak pun dalam mana-mana pasaraya. Adakah aku seorang saja yang tak perasan akan kehadiran produk Yeo's yang ini? 
Jadi, jom sama-sama kita luangkan sedikit masa untuk melayari kesemua rangkaian media sosial Yeos ni :-


Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Aku sebenarnya amat segan untuk menyatakan benda ni, tapi aku ingin benar meminta bantuan dan pertolongan korang untuk SHARE FACEBOOK dan G+1 untuk entri ni. Please... Dan kalau korang suka lagu ciptaan aku tu, silakan Share sebanyak yang mungkin.

{ 37 comments.. read them below or add one }

KiD KiD 10 February, 2014
waaaahhhh... rasa macam tak jumpa lagi sparkling tu.. kan...
Zie Fauzi Zie Fauzi 10 February, 2014
hahaha....video yang menarik.... dh share .. good luck
Nur Misnan Nur Misnan 10 February, 2014
Haha.. dasat2 siap ada video lagi
Tahniah.. all d best brother
Mahamahu Mahamahu 10 February, 2014
Wahh class lah bro hehehe rapper lagi Yeo's tu heheh sedap bila nak kuar album ni hehehehehe...
akubiomed akubiomed 10 February, 2014
Siap ada video lagi. Selamat berjaya bro. :-)
Johan Othman Johan Othman 10 February, 2014
perghh sedap gila kau nyanyi.. nanti SBB2014 kau ada tak bro?
Faizal Fredley Faizal Fredley 11 February, 2014
Rasa nak lempang jer tgk video tu..haahha good luck boni
Denaihati Denaihati 11 February, 2014
boleh masuk juara lagu dah ni...

Teh Krisantimum Light kuran 40% gula tu rasanya ramai yang tak perasan.

billion terima kasih br okerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan semoga sukses.
Bahrain Bahrain 11 February, 2014
baru tahu Teh Krisantimum Ligh kurang 40% gula. info baru tentang yeo's
Che Akak Che Akak 11 February, 2014
kebanyakan blog ada artikel yeo's ni...ada apa sebenarnya?
Lobam Lobam 11 February, 2014
Best. Semoga berjaya.

Salam perkenalan #SBB2014

http://lobam.my
azwan azwan 11 February, 2014
awat tak panggil aku. kita buat unplugged lagi lagu yeos ni..

apa pun.. besttt !
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 11 February, 2014
Memang kreatif sungguh video klip yeo's tu..suka tengok. Memang terbaik dan lain dr yang lain.

Nanti kat SBB14 sure ramai peminat nak mintak sign otograf..hehehe
hazwan hairy hazwan hairy 11 February, 2014
hahaha cnfm sah ko blh mng!
Paly Paly 11 February, 2014
aku nak duk tepi hang time orang mintak otograp masa SBB2014 nnti.. deal ? haha
farzli farzli 11 February, 2014
abam, otograp boleiii ?~
hazman aka species1980 hazman aka species1980 11 February, 2014
bro.... sila pastikan next music video ada adik pompuan yea.... at least gadis dan wanita...
Atiqah Wadiah Atiqah Wadiah 11 February, 2014
Huwaaaa...mcm best je bersama blogger...mcm nk join je..hihi
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 12 February, 2014
suka dengar lagi BK buat. Terbaiklah BK dengan Yeos Pilihanku.
OhPanduan OhPanduan 12 February, 2014
Semoga berjaya Boni kacak. Ada harapan nak menang nanti ni.
Niesa Niesa 12 February, 2014
Suara boni mmg kalah najwa latip...kihkih...terbaeekkk! Ruginya niesa xdpt join event tu...hukhuk
Budak Nakal Budak Nakal 12 February, 2014
Pergh, lh jadi duta Yeo's ni..^^
shasha yacob shasha yacob 13 February, 2014
kau rilek boni. nanti aku tolong share. hoho
shasha yacob shasha yacob 13 February, 2014
kau rilek je boni. aku dah share. hahaha. btw, parody nih patut dari hari tu lagi kau publish. lawak siot. haha
penaberkala penaberkala 13 February, 2014
hahaha, ini paling lagend
siap rap lagi
salute bro
RDZ Z RDZ Z 13 February, 2014
wah ada can nak menang ni..good luck Boni!!!!
Liyliz Liyliz 15 February, 2014
amboi dah la kacak minum yeos. pandai nyanyi pula tu . sy newbie di sini, baru follow blog boni kacak dari www.lilizazaliza.blogspot.com
Hidayah Hidayah 15 February, 2014
Boni.. so proud of you.. :)
tenku butang tenku butang 16 February, 2014
Wahh.. lagu tu best la boni!!!
Yumida Huda Yumida Huda 16 February, 2014
hihihi...comel je video tu! kreatif! tergelak2 baca lirik dia
nak minum yeo's gak..nak jadi kacak..oooops! jadi cantik...

done g+ n like...all d bez boni terkacak
Ema Johari Ema Johari 17 February, 2014
memang tak sah kalau tak ada video dari boni kan... anyway good luck dan saya dah tekan G+..
QasehnyaRania QasehnyaRania 20 February, 2014
WAH. TERBAEK LAH.
GOOD LUCK BRO :)
pssstt: dah tutup. huhu.