Aku Dah Tersalah Langkah

Jujurnya aku dah buat satu kesilapan yang sangat besar hari ni. Aku kena bertaubat semula dengan apa yang dah aku lakukan. Mungkin benda ni nampak remeh, tapi sebenarnya ia sangat berat. 

salah langkah, tersalah langkah, silap langkah

salah langkah, tersalah langkah, silap langkah

Apa yang korang nampak kat sini? Dan apa kesalahan aku yang terbesar sekali? Andai korang masih tak nampak, aku akan ceritakan. Dinding ini direka khas untuk orang ramai mendoakan MH370. Tapi sedar tak yang cara ini bukan direka untuk orang Islam. Orang Islam berdoa bukan cara yang sebegini. Kita berdoa dengan memanjatkan terus doa kepada Allah, dan bukan dengan cara meletakkan tulisan di dinding-dinding sebegini. 

Jujur aku katakan aku memang dah tersalah langkah akibat terlalu ghairah dengan insiden MH370 ni. Bila tengok balik gambar yang aku Snap ni, baru aku terkesima sekejap. Dinding ni boleh diguna oleh orang bukan Islam tetapi bukan orang Islam walau apa pun niat kita. Niat tak menghalalkan cara. Islam ada cara berdoa seperti yang diajar dalam Al-Quran. 

Astaghfirullah Al Azim.. Aku dah silap langkah. Aku harap dosa aku akan diampunkan.. Dan , aku harap orang Islam yang lain Alert tentang ni ye. Dinding ni direka bukan untuk kita. Tetapi khas untuk orang bukan Islam. Ingat ajaran Islam seperti yang dah ditetapkan dalam Al-Quran. 

*for my non muslim friends, anda semua boleh tulis di dinding sebegini. Aku tak melarang kerana apa yang aku tulis ni hanya untuk rakan-rakan Islam sahaja. Sama-sama kita doakan #MH370 dengan cara kita masing-masing. Apa yang penting #MH370 selamat. :)

{ 25 comments.. read them below or add one }

Ieta Mat Saad Ieta Mat Saad 12 March, 2014
Alhamdulillah adik (eh, adik ke...) dah tersedar. Betul tu.

"Ya Allah Ya tuhan kami, Sekiranya mereka di udara, kau turunkan lah mereka, sekiranya mereka di laut kau timbulkanlah mereka dan sekiranya mereka di darat, kau tunjukkanlah mereka. Andai mereka terbelenggu, walau di mana mereka berada, bebaskanlah... Bukakanlah hijab andai ada yang terhijab. Berikanlah kami petunjuk atas apa sahaja yang terhijab. Kami mohon agar doa kami hambamu dimakbulkan oleh mu Ya Allah. Dan kami mohon padamu Ya Allah, agar misi menyelamatkan mereka dipermudahkan. Leraikanlah kekusutan ini Ya Allah... Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penyelamat. Amiin Ya Rabbal 'alamiin..."

#MH370, Jom #DoabuatMH370
www.blogieta.com
syuk shusuke syuk shusuke 12 March, 2014
aku bukak je dah perasan benda tu. takpelah boni. asalkan kau dah bertaubat. tu yg paling penting.
Myra Jay Myra Jay 12 March, 2014
Betul tu.. kadang kita ni terleka seketika. Dan mudah2an rakan2 kita xterjebak begini (muslim only)
akubiomed akubiomed 12 March, 2014
Tak apa bro masih cepat sedar dan insaf. Sama-sama kita memanjatkan doa keselamatan penumpang dan kru anak kapal MH370 ini.
farhana hanafi farhana hanafi 12 March, 2014
Kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Tapi andai tersedar segera bertaubat. Semoga kite semua di beri petunjuk. Semoga mangsa yg hilang jgak dilindungi Allah. Amin.
farhana hanafi farhana hanafi 12 March, 2014
Kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Tapi andai tersedar segera bertaubat. Semoga kite semua di beri petunjuk. Semoga mangsa yg hilang jgak dilindungi Allah. Amin.
Bahrain Bahrain 12 March, 2014
upacara seperti ini lebih kurang sama apa yang dilakukan oleh Yahudi.
Ainim Suju Ainim Suju 12 March, 2014
Lebih baik sedar sekarang dan tersedar sendiri daripada orang yang sedar. Apa pun, bagus bila kita belajar daripada kesilapan
namiacinta namiacinta 13 March, 2014
pada saya lagi baik berdosa dengan allah sebab allah maha pengamun dari kita berdosa dengan orang sedangkan belum tentu orang akan maaf kan kesalahan kita ..

jadi kan ini pengajaran :)
Ezad Skytech Ezad Skytech 13 March, 2014
belajar dari kesilapan...jangan ulangi lagi bro..
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 13 March, 2014
Terima kasih peringatan ini BK. Semoga orang lain tak buat macam ni bila baca kisah BK ini. Buat pengajaran untuk kita semua yang beragama Islam. Perkongsian yang berguna BK.
Liyliz Liyliz 13 March, 2014
xpelah abg kacak tk sengaja kan
azwan azwan 13 March, 2014
terima kasih atas peringatan ni bro. nak komen panjang pun aku jahil agama.

tengok pada niat kan, bro bukannya niat berdoa, tapi menzahirkan sokongan sahaja.

kalau itu dikira berdoa, macam mana dengan kita yang selalu berdoa dan menulisnya di wall facebook?
Fatin ✿ Fatin ✿ 13 March, 2014
InshaAllah sama-sama doakan supaya Allah swt kembalikan pesawat MH370. Teruskan berdoa..
suri suri 13 March, 2014
semua orang pernah lakukan kesilapan jadi jangan sesekali kita lemah tapi bangkit untuk sentiasa membaiki dri
fairus fairus 13 March, 2014
NASIB KAU SEDAR.. ALHAMDULILLAH..
fairus fairus 13 March, 2014
NASIB KAU SEDAR.. ALHAMDULILLAH..
ma ❥ ma ❥ 13 March, 2014
doakan mereka pulang... :( dah Sedar mana silap boleh perbetulkan dan mengingatkan org lain dengan cara buat entri macam ni .. rasa macam ramai yang terlepas pandang :)
afzalsukasuki afzalsukasuki 13 March, 2014
Dulu ko mesti suka conteng dinding skolah kan?kan? :D

Xpe ko dh tersedar, jgn ulangi lagi dan amik pengajaran :)
Mimi Azirah Mimi Azirah 13 March, 2014
Alhamdulillah cepat tersedar...xpela jd pengajaran
Syaifuddin Alias Syaifuddin Alias 13 March, 2014
tak lah boni jgn risau .. doa tu dengan niat yang baik insyaAllah ada keberkatan. Kalau tulis #PrayForMH370 tp hakikatnya hati tidak mahu berdoa hanya menulis sahaja, itu yg jadi pening .. al-fatihah kepada mangsa, moga2 mereka selamat dibawa pulang insyaAllah
Syazana Zainn Syazana Zainn 13 March, 2014
seme org pernah buat silap.
but then jadikan ini sbgi pengajaran :)

tp bg sy setakat tulis je tanpa ade sebarang niat x pe kot
asalkan Allah tahu niat kita mcm mn kan :)
Sukma Haron Sukma Haron 14 March, 2014
Kadang-kadang kita terlupa...peringatan untuk diri sendiri jugak...
Nadia Johari Nadia Johari 16 March, 2014
mari sama-sama kita doa kepada Allah supaya pesawat mh370 ditemui..nasib ko sedar awal..=)
profhariz profhariz 16 March, 2014
hmmmm. Pengalaman dan pengajaran bro :)