Beli Beg Sandang Yang Mahal Atau Yang Murah?

Beli Beg Sandang Yang Mahal Atau Yang Murah?

koyak, beli beg sandang murah, beli beg sandang mahal, membeli beg sandang, membeli beg sandang yang murah, membeli beg sandang yang mahal, membeli beg sandang yang murah atau yang mahal,
Beg yang bergaya dan cantik ni adalah kepunyaan aku yang kacak ni. Harap maklum.
Ini lah sebenarnya yang selalu buat aku dalam dilema sebenarnya. Antara nak beli beg sandang murah atau mahal. Nak beli yang mahal, tapi masalahnya banyak lagi keperluan penting nak kena beli. Nak beli yang murah takut tak tahan. 

Cerita ni aku nak cerita pasal beg sandang aku. Beg sandang yang aku beli tak sampai sebulan yang lepas. Sebelum ni beg sandang yang aku beli dah koyak, jadi aku nak beli yang baru untuk letak barang-barang penting aku termasuklah beg duit, duit, kad bank, kunci motor, kunci pejabat, dan juga Stereng Lock kereta.. eh! 

Satu hari, aku terpandang satu kedai tepi jalan. Nampak ada jual macam-macam jenis beg sandang. Aku terus pergi dan Usyar harga-harga beg sandang tu. Agak murah. Aku tertarik kat beg warna merah ni. harga rm35. Disebabkan nak Save Budget dan berjimat cermat, aku buat keputusan nak beli beg ni daripada pergi beli kat dalam butik yang harganya menjangkau seratus lebih. 

"Aku adalah seorang pengguna yang bijak kalau beli barang yang murah ni. Dahlah kacak, bijak pulak tu. Nak beli yang mahal nanti masalah pulak. Tak cukup belanja nanti.",aku berhalusinasi sendiri.

Jadi, malam tu aku terus tangkap beg tu dengan harapan ia tahan lama. Tapi.... masalahnya, tak sampai sebulan dah koyak. Adoi!!! 
koyak, beli barang murah, beli barang mahal, membeli barang, membeli barang yang murah, membeli barang yang mahal, membeli barang yang murah atau yang mahal,
Nampak tak koyak tu? Yang ditunjuk oleh satu jari yang sangat gagah perkasa. Jangan ditenung lama-lama. Takut ada yang tak tidur malam sebab angaukan tangan tu.
Sekarang ni, aku dah mula rasa rugi beli beg sandang yang murah ni. Sebab dah berapa kali aku terkena. Tapi masalahnya, beg sandang yang mahal, adakah ia benar-benar kuat dan kukuh. Takut dah beli mahal-mahal tetap jadi benda yang sama. Aku tak pernah guna lagi beg yang mahal, jadi aku tak tau samada ia benar-benar tahan atau tak. Korang boleh berikan jawapan kat aku?

{ 14 comments.. read them below or add one }

Nur Madihah Nur Madihah 30 March, 2014
kalau beli yang murah and then rosAK. Lepastu beli lagi, harga pun nak dekat sama dengan beg yang berjenama. :)
baby comel baby comel 30 March, 2014
ianya bermasalah sbb tuan dia main tangkap je..
boleh beli murah, tapi kena pilih betul2. saya, jenis yg tak pandang sgt jenama tapi kalau memilih susah nak kata. kekeeke
Fauzi Blues Fauzi Blues 31 March, 2014
Jwapannya...satu jari yg gagah perkasa tu la yg nak tlg pegang gua masa gua nak kutip bola yg gua rembat masuk parit masa futsal blogger kat putrajaya hari tu kan..
ieza ashaari ieza ashaari 31 March, 2014
Beli yg btul2 mhl yg ada waranty seumur hidup.koyak je blh tkr..berbaloi2 bak hang..
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 31 March, 2014
Cuba beli yang mahal pula. Cari yang ada waranty seumur hidup. rosak boleh tukar balik. banyak juga yang jenis macam tu sekarang Boni.
Ija Rased Ija Rased 31 March, 2014
alah membeli menang memakai..beli yang mahal boleh guna lama kan...tapi terpulang pada citarasa masing.
Sheila Salim Sheila Salim 31 March, 2014
Assalamualaikum boni, invest lebih sket rasanya takpe kot. dapat pakai lama. hehe singgah menabung maybank sini~~~
Myra Jay Myra Jay 31 March, 2014
Yang mahal tak semestinya berkualiti, yang murah tak semestinya tak berkualiti.
Try n error.. tak cuba tak tahu dah cuba baru tahu..
Hehehee
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 31 March, 2014
salam boni haha rasanya ada jugak kut beg murah tapi tahan :)
diana diana 31 March, 2014
beli yang mahal ke murah ke yang penting berkualiti.kena pandai pilih la.tanya pendapat kawan2 lain jugak...yang penting bila mahal kena jaga baik2.kita sendiri bila pikir harga yang kita bayar untuk barang tu otomatik kita akan jaga barang tu dengan baik..
RDZ Z RDZ Z 31 March, 2014
kita selalu beli ikut hati. Harga tak kisah...kalau tak tahan lama ..nasib lah kan..coz hati dah suka..he..he
ct kektus ct kektus 31 March, 2014
mungkin salah pilih jenis materialnya kot. huhuu kadang2 ikut tuah jugak. ada beg murah tahan punya lama. hehee
Siti Anirah Azuri Siti Anirah Azuri 07 April, 2014
Jari yang bermasalah sebenarnya..
terlalu gagah.. haha