Kucing Pun Makhluk Yang Bernilai Nyawanya

Hari ni aku tersentak bila baca satu keratan surat khabar yang orang Post kat Facebook. Sesuatu yang memang aku tak sangka akan dilakukan oleh seorang manusia yang tinggal kat Malaysia ni.

bunuh kucing, bunuh 20 ekor kucing, racun kucing, bagi kucing makan racun, makhluk yang bernilai nyawanya
Sumber
Apa agaknya salah kucing tu sampai dilakukan macam tu? Sampai diracun macam tu? Siapa cakap nyawa kucing tak ada nilainya? Selagi ia memegang status makhluk Allah, selagi tu setiap nyawanya bernilai. Walaupun dia tak berakal, tapi ia ada perasaan. Perasaan sakit dan seksa tu tetap dorang rasa. Dan perasaan kehilangan tu tetap dirasai anak-anak kucing yang kehilangan induk-induk dorang.

Mungkin yang membunuh ni tak memahami dan tak mengetahui macam mana ikatan hubungan antara kucing dengan keluarga dorang dan juga ikatan kucing dengan tuan dia. Mungkin sebab dia tak pernah membela kucing. Tapi kalau sekalipun tak pernah bela, kenapa tak digunakan otak tu sebaik-baiknya. Bila otak yang dikurniakan untuk berfikir tak digunakan sebaiknya, jadi macam ni lah. Bertindak hanya mengikut dorongan nafsu.

Apa yang dilakukan tu cukup menggambarkan mentaliti manusia ni yang lebih rendah daripada budak-budak tadika. Budak-budak tadika pun tak sampai hati untuk menyakiti kucing.  Dahlah negara kita dilabel pengganas, sekarang ni muncul pulak manusia yang berperangai macam ni. Cukup memalukan. Cukup memalukan bagi seorang yang bergelar manusia 'berakal' dan 'cerdik'. Ish! Geramnya aku rasa. Rasa macam nak bagi satu penampar padu tepat kat dagu dia. Nasib baik aku ni pengecut. Tak tercapai hajat tu. 

bunuh kucing, bunuh 20 ekor kucing, racun kucing, bagi kucing makan racun, makhluk yang bernilai nyawanya,
Ni kucing aku. Kerja dia memang lepak, menguap, tidur dan bergelandangan dalam rumah ni. Tapi macam mana buruk perangai dia ni pun, aku tetap tak tergamak nak sakiti dia. Selalu kalau aku marah dia, aku akan jeling kat dia. Supaya dia nampak betapa garang dan ganasnya aku. Setakat jeling je lah. Lain daripada tu tak ada. Ganas kan aku ni?


*Ini baru betul manusia yang sakit mental daripada manusia yang suka SELFIE!

{ 10 comments.. read them below or add one }

Akeyla Azmi Akeyla Azmi 31 March, 2014
sedih kan? Gila punya orang betul haih TT_TT
mizz yatiey mizz yatiey 01 April, 2014
subhanallah...manusia apa lah mcm tu..g kita srh dia pulak mkn racun k?
jamian sarif jamian sarif 01 April, 2014
apa punya orang entah...hilang akal kot...
diana diana 01 April, 2014
kalau tengok orang tendang2 kucing sebab geli pun kita geram rasa nak lempang je orang tu.nikan pulak di bunuh..memang nak kena $%^%%$ la pompuan nih..
Sheila Salim Sheila Salim 01 April, 2014
Assalamualaikum boni.alaa kesiannya kucing2 tu... T________T"
Cik Ayu Cik Ayu 01 April, 2014
Ya Allah.. kite nak jentik kucing pon tak pernah. sebab sayang kucing. tapi orang lain siap bagi racun lagi T__T
azwan azwan 01 April, 2014
memang sakit mental orang tu. teringat nama kucing "hero" yang dipotong kakinya sebab curi ikan...itu lagi kejam
fairus fairus 02 April, 2014
TU LA.. TAKDE PERASAN KEBINATANGAN LANGSUNG..
Ezad Skytech Ezad Skytech 02 April, 2014
orang macam tu memang tak berperikemanusiaan...kejam...kurang ajar...kesian kucing2 yang menjadi mangsa keracunan tu...:(
Lea IsNawi Lea IsNawi 03 April, 2014
kesian kuceng tu T____T