Reaksi Terhadap Lipas Terbang

Aku ni ada satu masalah dengan lipas. Bukanlah masalah peribadi mahupun masalah hutang dengan golongan-golongan lipas ni, tapi masalah dengan rekabentuk dia. 

Sumber. Rekabentuk yang sangat menakutkan aku.

Rekabentuk dia buat aku rasa geli yang teramat. Aku dapat bayangkan macam mana bila jari jemari lipas tu mencengkam tubuh aku, mahupun kaki yang berduri-duri halus tajam tu menguis-nguis misai aku.. pergh!! Itu sangat menakutkan. Apa lagi dengan isi perut beliau yang berwarna putih krim tu. 

Tapi apa yang lebih mengerikan bila ada lipas terbang yang mengejar. Aku dah berapa banyak kali kena kejar dengan lipas terbang ni. Entah apa masalah lipas terbang ni dengan aku. Tak pasti samada dorang tu dengki dengan kekacakan aku ataupun memang sengaja dorang nak menyakat aku. Pernah sekali aku berguling-guling atas lantai untuk mengelakkan diri daripada lipas terbang yang meluru ke arah aku. Korang bayangkan, aku dengan hati yang senang berjalan dengan lenggang kangkung ke dapur sambil bersiul-siul, tapi tiba-tiba disergah oleh objek kecik berwarna coklat gelap yang terbang meluru ke arah aku. Tak terkontang-kanting aku berlari ke depan. Toleh ke belakang masih nampak lagi lipas terbang tu kejar aku. Tak berguling-guling aku atas lantai untuk mengelakkan dia hinggap kat badan bergetah aku ni? 

Tadi aku baru je kena kejar dengan lipas terbang ni. Terus aku update status. Dan rupanya banyak reaksi menarik tentang lipas terbang ni. Jom baca sambil santaikan minda. 

lipas, kena kejar dengan lipas terbang, lipas terbang, lipas terbang kejar aku,

lipas, kena kejar dengan lipas terbang, lipas terbang, lipas terbang kejar aku
Baru nampak sesungut dah lintang pukang ye? Belum nampak isi putih perut dia lagi kalau penyek kan? Hahaha.

lipas, kena kejar dengan lipas terbang, lipas terbang, lipas terbang kejar aku
Hahahaha. Siap siram guna minyak cap kapak. Betul-betul panik tu. 

lipas, kena kejar dengan lipas terbang, lipas terbang, lipas terbang kejar aku
Mengikut Bro Zul Amin Pkdp pulak, bila ada lipas terbang, tandanya hari akan hujan. Ini mengikut pengalaman-pengalaman beliau yang lepas. Kalau betul, sama-sama kita panjatkan doa pada Yang Esa agar diturunkan hujan. Berkat berdoa pada malam Jumaat ni, InshaaAllah senang dimakbulkan. :)
*Aku kena cari ketua lipas untuk menandatangani perjanjian supaya geng-geng lipas ni tak kacau aku lagi. Geli!!

{ 24 comments.. read them below or add one }

Hana Jalil Hana Jalil 13 March, 2014
KAH KAH KAH.. kan best kalau ade video boni kena kejar dengan lipas terbang :D SABAR jelah en Boni Kacak
Vanessa Ricky Vanessa Ricky 13 March, 2014
Hahahaha.. Teringat pulak dengan student Vee yg anti insects mcm tu. Asal nakal je terus sergah guna lipas mainan, pandai duk diam.. Lols.. Nasib baik Boni bukan student Vee, kalau tak hari2 gue kacau. Kahaha..
Syazana Zainn Syazana Zainn 13 March, 2014
samalah tak suka lipas juga

BUSUK -_-
Sukma Haron Sukma Haron 13 March, 2014
Hahaha....geli weiii...aku pun takut lipas...
akubiomed akubiomed 14 March, 2014
Kalau terbang masuk didalam kain lagi haru. :-)
Kucing Hitam Kucing Hitam 14 March, 2014
KH spray jer lipas nie xpun tangkap esk lempar kat kawan2 hahaha
Ezad Skytech Ezad Skytech 14 March, 2014
HAHA...lawak pula aq baca entri ko ni boni sampai berguling2 atas lantai untuk elakkan diri daripada lipas terbang tu...kah3

aq pun pantang betul dengan lipas yang baru dapat "lesen terbang" ni...sukahati dia je nak terbang...memang cari pasal la dengan aq...baammm...setepek kena dengan surat khabar..huhu
Len Inouie Len Inouie 14 March, 2014
Hi Encik Kacak. Lama len tak bertandang. Semua sebab kes lipas baru ada kuat tekanan untuk komen.

Heheh.. LIPAS TERBANG MEMANG MENAKUTKAN.

Len pun ada post apsal lipas terbang dulu. Pandai kerjar orang pulak tuh.. susah nak mati.

Ewww....geli geleman
Norhasniza Khalid Norhasniza Khalid 14 March, 2014
mama paling takut lipass... geli geleman..
Mimi Azirah Mimi Azirah 14 March, 2014
hahaha...hilang sudah kekacakanmu incik boni hanya krn seekor lipas
Sue-Rya Qistina Sue-Rya Qistina 14 March, 2014
yucckkkkksssss..meremang bulu roma saya tgk lipas terbalik gitu!!!
seriously, saya mmg sgt sgt sgt sgt geli dgn lipas.baunya yg busuk tu je dah bole tau ada lipas.kalau nampak lipas terbang, mmg larik dulu la..huhuhu
♥ Nana BamBam ♥ ♥ Nana BamBam ♥ 14 March, 2014
hebat lipas..walaupun dia x de lah besar mana, boleh buat sesetengah manusia cuak gilllaaa dengan beliau.

boleh dapat pangkat yang menakutkan dato lipas . :v
diana diana 14 March, 2014
Biasanya akak boleh tau kalau sekeliling akak tu ada lipas disebabkan bau dia tu..kalau ada bau je cepat2 akak cabut je sebelum dia nampak akak dan akak nampak dia.satu lagi perasan tak lipas ni kalau dia lari mesti menuju ke pada kita.sebenarnya dia bukan kejar cuma dia cari tempat nak menyorok.
Muhammad Taufiq Muhammad Taufiq 14 March, 2014
Salam jumaat :)

Jemput singgah awksweetgitu.blogspot.com :)
Haryz Khairuddin Haryz Khairuddin 14 March, 2014
lipas2 ni ada sensor kot sampaikan tau je kalau ada manusia yang dorang boleh sakat. =.="
Puan Bui Junaidi Puan Bui Junaidi 14 March, 2014
takut lipas rupanya..hahaha..jangan marah yer Mr.Kacak
Hanif Idrus Hanif Idrus 15 March, 2014
Hihihihii....aku pun takut lipas gak..
Nadia Johari Nadia Johari 16 March, 2014
pasni buat dajal...hahaha..bagi boni lipas..haha
profhariz profhariz 16 March, 2014
Aku dengan lipas memang surrenderrr
Fiza Rahman Fiza Rahman 17 March, 2014
Kahkahkah...Hilang kekacangan boni bila kena kejar ngan lipas.

Erk...takut ngan lipas terbang gak. Haritu anak beranak lari lintang pukang sbb lipas terbang nih...cisss...
Bitt (doubeIS) Bitt (doubeIS) 18 March, 2014
hahahahhahahaha adoii ngerikk gelikkk tapi aksi bro lagi gilakkk...kalau saya dah jerit macam kak ponti dah...masa tu la ridset teman setia...

eh lama tak jejak bro boni ni..sihat ka?
Sharifah Nuraishah Rahmah syed amiruddin Sharifah Nuraishah Rahmah syed amiruddin 19 March, 2014
lelaki yang takut lipas serious hot. hahaha comel. serious! but saya pun takot lipas juga.. menjerit kot nampak lipas..

http://iluvtour.com hehehe
Syuhada Baharudin Syuhada Baharudin 28 March, 2014
hahaha..samalah kita! GELI HOKAYY!