Sekilas Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014 #SBBYEOS2014

Sekilas Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo's 2014 #SBBYEOS2014

Hari Sabtu lepas bersamaan 8 Mac 2014 telah pun berlalu. Tapi memori dan kenangan yang tercipta waktu tu masih lagi terngiang sehingga kini. Jika dapat diundurkan waktu, ingin sekali aku berada sekali lagi di sana bersama dengan ratusan rakan-rakan blogger seluruh tanah air. Apa lagi dapat aku rasakan waktunya seperti singkat saja. Aku tak sempat untuk beramah mesra dengan kesemua, kalau ada pun hanya dapat berborak seketika memandangkan aku cuba sedaya upaya untuk berjumpa dengan kesemua rakan blogger.

sepetang bersama blogger 2014, sepetang bersama blogger dan yeo's 2014, sbb2014, sbbyeos2014, #sbb2014, #sbbyeos2014, majlis sepetang bersama blogger 2014
Cuba hayati kekacakan aku dengan lebih mendalam, ada nampak iras-iras Leonardo De Caprio kan??
Kenangan terindah pada diri aku adalah berpijak di atas pentas Saloma Bistro. Jika sebelum ini aku pernah beraksi di atas pentas Jangan Lupa Lirik musim ke tiga, beraksi di laman santai istana budaya untuk membuat persembahan pembukaan bagi kumpulan Umbrella, beraksi di atas pentas Pesta Pulau Pinang untuk menjadi Backup Singer Zamani Slam tetapi kali ini ia lebih istimewa. Kenapa aku katakan ia lebih istimewa? Sebab aku beraksi di hadapan ratusan rakan-rakan blogger yang memang Sporting, Mabeles dan Supportive. Sebab ke dua adalah aku menyanyikan lagu aku sendiri di atas pentas Saloma Bistro. Memang satu kenangan yang terindah dan terlalu istimewa. Saloma Bistro adalah tempat di mana ramai artis-artis hebat pernah beraksi. Aku yang sekecil semut ni diberi peluang untuk beraksi di atas pentas Saloma Bistro. Sampai sekarang aku masih lagi tak percaya dengan peluang yang diberikan oleh pihak Yeo's dan juga pihak penganjur iaitu Denaihati Network.

sepetang bersama blogger 2014, sepetang bersama blogger dan yeo's 2014, sbb2014, sbbyeos2014, #sbb2014, #sbbyeos2014, majlis sepetang bersama blogger 2014,
Disebabkan Nervous yang melampau bila dikenyit-kenyit mata oleh semua orang dalam Saloma Bistro tu, aku terus lupa lirik. Credit :- Aku Biomed
Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Yeo's dan juga Denaihati Network N Crew beserta penaja-penaja yang lain seperti Lazada Malaysia, Ephyra, My Nic, Al Ansar Health, Seri Segi dan juga barisan-barisan blogger yang menjadi penaja. Apa-apa pun, aku hanya mampu memberikan 5 bintang untuk penganjuran majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 ini. Majlis tersebut memang berprestij bagi blogger-blogger. Denaihati Network berjaya memartabatkan Blogger satu tahap lagi ke atas. Kita patut berbangga dan terus berusaha untuk memartabatkan blog kepunyaan masing-masing. Paling penting adalah Branding. Bina Branding kita agar terus dikenali oleh orang ramai. Ia salah satu teknik untuk menjadikan blog kita naik satu tahap lagi ke atas. Percayalah. Macam Branding Boni Kacak. Aku tak sangka Branding aku semakin hari semakin kuat walaupun hakikatnya tuan punya blog ni tak berapa senonoh rupa parasnya, apa lagi perangai manja kebudak-budakan masih lagi menebal. Hahaha. Manja kebudak-budakan? Dasyat juga bahasa aku malam ni. Hahaha.

sepetang bersama blogger 2014, sepetang bersama blogger dan yeo's 2014, sbb2014, sbbyeos2014, #sbb2014, #sbbyeos2014, majlis sepetang bersama blogger 2014,
Ini baru setengah yang hadir pada hari tu. Setengah lagi ada kat bawah tengah sibuk kunjung mengunjung menghabiskan kad nama termasuklah aku. Hahaha. Credit :- Hanny Abdullah

*Rakan-rakan blog, korang memang best dan MABELES!!! Jumpa lagi di Sepetang Bersama Blogger 2015!!!

{ 34 comments.. read them below or add one }

reezluv reezluv 09 March, 2014
lagu ko mmg sgt kacak..ehehe
aien hermionie aien hermionie 09 March, 2014
bukan setakat kacak tapi mempunyai suara yang besttttt!!!
azwan azwan 09 March, 2014
sampai sekarang aku masih tak percaya bro boleh lupa lirik :P
Nadia Johari Nadia Johari 09 March, 2014
terbaikla..ramia yan hadir..dengan persembahan daripada boni yang mantap..hehehe..rugi nad tak pegi
PakcikLie PCL PakcikLie PCL 09 March, 2014
kenapa aku cari BoniKacak boleh tak jumpa sampai ke sudah.....
Vee Tarleah Ricky Vee Tarleah Ricky 09 March, 2014
Tak dpt join, too far :( Kalau nak pergi pun kena naik flight dulu T_T
akubiomed akubiomed 09 March, 2014
Bila hendak keluar single di YouTube? Serius boleh pergi jauh.
hafizmd hafizmd 09 March, 2014
Terbaik bro! Mmg best dan jumpe lg lain kali....mmg bestlah senang citer
Bahrain Bahrain 09 March, 2014
rugi pula tak dengar live bro. haha
Pendekar Berkuda Pendekar Berkuda 10 March, 2014
kekacakan ko sedikit terjejas bila ada blogger report ko lupa lirik...

ko tengah menganyam cinta ke apa time tu? hahaha..
Syuhada Baharudin Syuhada Baharudin 10 March, 2014
yes saya sgt setuju, "the power of Branding" sgt penting.

Apepun dik, lu memang KACAK! :)
Khir Khalid Khir Khalid 10 March, 2014
Assalam.. sgt gembira dpt kenal & bersalaman dgn blogger bonikacak sewaktu di SBB tempohari.. Tahniah atas kemenangan ye.. Salam ukhwah & semoga terus berjaya... aamiin.. :)
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 10 March, 2014
x de video ke? nak dgr gak
Kakcik Kakcik 10 March, 2014
Kakcik nampak BK duduk melekat kat kerusi tak jauh dari meja kakcik tapi segan nak ganggu. Apa-apapun terima kasih kerana sudi bersapaan. :)
suri suri 10 March, 2014
ah tak puas hati asal boni kacka leh lupo lirik hee..bte gempak saya rasa nak under balik tapi tak boleh harapkan 2015 akan ada pelung untuk sana lagi.

semua orang boleh buutaterbaik untuk bina kerjaya part time or sepenuh masa cuma itu permulaan nak mulakan tu yang malas kalau rajin sah popular cam bologger otai kita tu kan.

rata2 kenal semua blogger ceria dan peramah orangnya ;)
Incik Zarif Incik Zarif 10 March, 2014
sebab miss peluang nak g sbb2014, buat event blogger karoke. BK payung. hehehe
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 10 March, 2014
Tahniah boni dapat sampaikan lagi haru tu. Mesti best pergi join program macam tu kan. Saya tak berkesempatan lagi nak join.
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 10 March, 2014
Serious memang sedap suara..kacak pun kacak tapi next time jgn lupa lirik kay..hehehe
Sheila Salim Sheila Salim 10 March, 2014
Assalamualaikum boni, menyanyi? ehhehe bestnya ~~~
Cheq Eem Cheq Eem 10 March, 2014
blogger boni kacak memang kacak... ekekeke... sekarang nie saya dah tau rahsia dia yang 'tak sengaja kacak'... tq sbb sgt ramah mesra dengan semua orang.... :D
diana diana 10 March, 2014
semalam tengok kuar kat tv lagi..walaupun nampak sipi2 je..heheeh
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy 10 March, 2014
rugi tak berkenalan dengan bonikacak.
fairus fairus 10 March, 2014
HEBATLAH BONI.. SUARA KAU MESTI SEDAP DIMAKAN BEGITU SAJA.. HEHEHE
Amanda Suria Amanda Suria 10 March, 2014
spot me...hahahah...ramai kan...cuma ralat x amik gambar ngan boni ari tu...
RDZ Z RDZ Z 10 March, 2014
Tahniah Boni..dengar citer lagunya hebat tapi orangnya......sambung sendiri k..he..he
O'gosh Iskandar O'gosh Iskandar 11 March, 2014
Leornado eh...ada..ada...tang bulu mata....huhu
#Pray4MH370
Norizan J Norizan J 11 March, 2014
Kelasss Mak Jemah.. Taip KACAK dan hantar ke 33333... sekian... :p
baby comel baby comel 11 March, 2014
insyaAllah moga diberi kesempatan utk bertemu lg. SBB2014 memang terbaik!
deno deno 12 March, 2014
smart bro boni :)
Nurul Atiqah Ahmed Nurul Atiqah Ahmed 12 March, 2014
bonikacak terbaik !!!!

bila-bila boleh bergabung buat video okay!!! :D
Myra Jay Myra Jay 18 March, 2014
AdehhH!! Leonardo D'Caprio ye?
Boleh kalau bergambar 'dekatperiuk' lagi matching..heheeee
Jangan mare ye ;D