Akhlak Anak Muda Zaman Sekarang

Akhlak. Kalau nak bercerita tentang akhlak, akhlak aku dulu juga tak lah boleh dibanggakan. Penuh dengan kegelapan. Kegelapan yang macam mana? Kegelapan sampai kena berjalan merangkak ke? Atau kegelapan bagaikan katak yang tersepit bawah tempurung? Biarlah aku seorang je yang tahu apa yang aku lalui dan apa yang aku hadapi dulu. Cuma sekarang ni aku nak tumpu pada apa yang terjadi sekarang ni.

Sedikit demi sedikit kejahiliyahan anak-anak muda terbongkar bila teknologi ni semakin berkembang dan mengembang. Sebenarnya daripada dulu lagi akhlak-akhlak anak muda ni dah banyak yang rosak tapi tak dapat DiReveal sebab tak ada teknologi macam sekarang ni. Dulu mana ada facebook. Kalau ada zaman aku pun, Myspace dengan Friendfinder. Eh, Friendster. Itu pun tak ramai yang ada sebab internet dulu mana ada laju macam sekarang (walaupun internet sekarang ni memang tak laju mana pun). Tapi yang ada banyaknya laman-laman chatting dengan forum. Mana ada macam sekarang ni. Boleh buat satu akaun sosial dan simpan segala peribadi kat situ. Time aku dulu top laman Chat #kampung. Siap main kuiz lagi. Hahaha. Macam tak ada masa depan je dulu. 

Yang membezakan akhlak anak-anak muda zaman dulu dengan sekarang, akhlak anak-anak muda dulu masih lagi terkawal kalau nak dibandingkan dengan akhlak anak-anak muda sekarang. Anak-anak muda dulu takut untuk buat benda jahat. Contohnya merokok. Dulu nak merokok pun bukanlah terang-terang. Kalau dah beramai-ramai baru berani nak merokok. Tapi budak sekarang baru sekolah rendah dah berani hisap rokok secara terbuka. Itu pun selamat sebab tak kena tempeleng dengan brada-brada yang memang kering. Dah kena tempeleng baru ada akai.

Kalau dulu, buat zina dan kantoi, malu. Silap haribulan ada yang gantung diri sebab terlampau malu. Dahlah buat zina, lepas tu bunuh diri, pergh... berguni-guni dosa bawak ke 'sana'. Tapi sekarang ni dah lain macam. Rasa bangga buat zina. Kalau boleh nak tunjuk kat kawan-kawan. Nak tunjuk kat satu Malaysia. Dah kantoi, tak rasa bersalah pulak. Hurm.. Aku sendiri pun dah mula pelik. Sampai satu tahap, aku dah tak rasa aku ni duduk kat negara Islam. Betul ke Malaysia macam ni? 

Korang pergilah kat mana-mana Shopping Complex ataupun taman-taman. Kalau rezeki korang, korang boleh tengok maksiat, cumbu-cumbuan, peluk-pelukan silap-silap tengah berzina kat tempat terbuka. Kat tempat khalayak ramai. Jangan terkejut. Mula-mula mungkin korang ingatkan ada sepasang badak sumbu tengah mengawan, tapi rupa-rupanya satu pasangan budak sekolah atau remaja tengah menyondol bersungguh-sungguh menguji tahap keegoan masing-masing. Banyak kan gambar yang tersebar kat internet ni dah membuktikan apa yang aku cakap ni.

Mana salahnya? Mana silapnya? Kalau tanya aku, aku boleh bagi beberapa Point. Cuma kita sendiri kena fikirkan bersama cara yang terbaik untuk mengatasi masalah-masalah akhlak anak-anak muda zaman sekarang ni.

Antaranya :-
  • Anak-anak dah tak takut dengan mak bapak. Baru-baru ni depan mata aku, dan didengari oleh sepasang telinga comel aku sendiri, seorang ibu dimaki oleh anak sendiri. Percaya atau tak, budak tu baru sekolah rendah. Aku jangkakan umur dalam 10-12 tahun.
  • Anak-anak dah tak takut dan tak hormat pada cikgu-cikgu sekolah yang mengajar dorang. Kalau dulu, cikgu jerit kita dah diam. Sekarang bukan macam tu lagi. Sekarang ni cikgu jerit, dia yang kena jerkah balik. Silap-silap ada cikgu yang kena tinju. Betul atau tak apa yang aku cakap ni? 
  • Otak anak-anak disogokkan dengan bermacam-macam perkara yang tak elok dalam internet. Termasuklah video-video lucah. Korang kena ingat, anak-anak muda akan ikut apa yang dorang tengok. Perasaan ingin mencuba tu memang kuat. Dan, ini pun salah satu agenda Dajjal si cacat bermata satu untuk melemahkan iman orang-orang Islam. Dengan menggunakan internet dan tv untuk menghebahkan keseronokan dunia. Dan, korang kena akui, agenda Si Dajjal cacat ni memang dah berjaya. Kita tengok apa jadi pada anak-anak muda kita. Sebagai mak bapak, senang tak untuk sekat anak-anak dari tengok benda-benda yang ada dalam internet ni? Jadi, korang kena fikirkan cara yang terbaik untuk sekat apa yang dorang tengok.
  • Pengaruh dari artis-artis negara dan luar negara. Anak-anak muda akan menjadikan dorang ni Rule Model dorang. Buruk akhlak artis tu, itulah yang akan diikuti oleh anak-anak muda tu. Sebab dia dah memang minat kat artis tu. Apa yang artis tu buat, semua dia akan buat juga. Tak percaya, cuba kalau artis-artis Kpop tu berak atas stage, kompom ramai yang ikut. Berak di khalayak ramai. Percayalah cakap aku. Macam aku dulu berak di khalayak ramai, tapi masa tu aku tercirit. Itu bukan sebab terpengaruh. 
  • Undang-undang terlalu lembut. Apa jadi pada pasangan-pasangan dalam video dan gambar yang tersebar masa melakukan zina tu? At Least bagi sebatan kat dorang. Ni At Least tau. Kalau betul-betul terbaik, hukum Hudud. Ini pendapat aku je.
Aku tak pernah buat entri yang serius macam ni. Tapi memandangkan negara kita dah terlalu teruk dengan masalah sosialnya, aku terpaksa juga menulis. Yelah, aku sendiri pun bukannya baik, tapi sekurang-kurangnya aku menulis supaya orang lain sedar. Sedar akan kenyataan yang Malaysia , sebuah negara ISLAM tetapi masyarakatnya berbudaya Barat. Acano tu? ISLAM ke negara kita ni? Bala semakin hari semakin banyak melanda. Segala bentuk malapetaka dah melanda kita. Segala bentuk peringatan dah diberiNYA. Tapi seolah-olah tak dipedulikan. Dah tak takut dengan apa yang menanti kita dalam kubur dan juga akhirat ke? Adakah kita dah berasakan kita kebal untuk menghadap api neraka dan juga seksaan-seksaannya? Tepuk dada tanya selera. 

Jadi, sama-sama lah kita fikirkan yang terbaik untuk anak-anak muda ni. Bakal pemimpin negara kita satu hari nanti. 


Akhlak Anak Muda Zaman Sekarang

{ 16 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 01 April, 2014
Adoiii.. cek tergelak bila baca tang hang tercirit tu.. wakakaka

Apapun, ena setuju sekarang dengan boni. ena pun bukan lah baik sangat, tapi still tahu jaga diri..
Mie Aimie Mie Aimie 01 April, 2014
betul tu..budak2x sekarang ni kadang2x bukan cikgu or mak ayah dorg je dorang jerkah..

kadang2x kite ni pun sama kena jerkah...mulut tu sabar je la..

paling memalukan dulu pernah ms nak pergi low yat, pagi, dlm kol 10lebih gitu..selamba je nampak sekumpulan budak2x tidur kat depan 7e dekat seberang times square..bercampur lelaki perempuan...berpeluk, baju hitam...gile dasyat
wooo....terang-terangan...

dah rasa macam bukan duduk dekat Malaysia pulak
Mie Aimie Mie Aimie 01 April, 2014
ehem..iklan lazada tu kan, gambo baby walker volkswagen kuning tu kan...last week ade lagi dekat lazada, letak kt wish list...bru2x ni nak beli dh habis T_T
Incik Zarif Incik Zarif 01 April, 2014
entry ni aku setuju. mana2 pergi pun tak segan silu langsung buat perkara maksiat. bukan aku kata aku ni baik, tapi, dah xde malu langsung dah diorang ni
Sukma Haron Sukma Haron 02 April, 2014
Setuju. Dgn entry Boni...dulu-dulu selalu main chat kampung....
ma ❥ ma ❥ 02 April, 2014
kampung chat hehehe semoga kita semua sentiasa berbuat perkara baik dan menghindarkan diri dari perkara tidak baik :)
Sheila Salim Sheila Salim 02 April, 2014
Assalamualaikum boni. Allahuakbar! Ngeri baca tau dak.. camne lah sheila nak besarkan zuriat dalam masyarakat yang terumbang ambing ni boni? Allahurabbi. Semoga Allah memberi perlindungan ke atas khalifahnya dan jauhkan kita daripada anasir-anasir negatif ni. in shaa Allah. entri yang berguna sangat ni boni.. bagi menyedarkan mana2 pihak yang masih bermimpi tak sudah. Bangkit, tegakkan syiar Islam di Malaysia ~~~
Lizzie Yasmin Lizzie Yasmin 02 April, 2014
benda macam nie memang tak boleh tuding jari pada sapa - sapa. Nak kata mak bapak, sebenarnya dari awal mak bapak dah ajar pasal agama. Sekolah dah cukup ketat untuk melarang. Tapi masyarakat, kalau masyarakat banyak yang pandang saja tanpa terasa untuk menegur. Cuba kalau setiap individu kita ada perasaan untuk menegur dan melarang apa yang dorang lakukan mungkin nie semua tak jadi.

Ye, mungkin kita sendiri akan dimaki oleh mereka2 ini. Tapi kalau setiap dari kita menegah. Pasti kumpulan ini akan mula rasa takut dan tidak melakukan secara terang - terangan. Kenapa kita hanya perlu melihat dan komen di laman social saja. Kenapa tidak koment terus didepan muka dorang nie.

Pengaruh, memang kita sendiri dah sedia maklum dari mana dorang dapat idea besocial nie.

Kadang, rasa ada tepatnya kalau negara islam macam negara kita mengamalkan sistem hudud. Kerana apa? Aku sendiri dah lihat kesannya di Brunei.

Lizzie Yasmin Lizzie Yasmin 02 April, 2014
This comment has been removed by the author.
Ija Rased Ija Rased 02 April, 2014
BETUL TU MR.BONI. saya pun takut dengan keberanian mereka yang sangat melampau. hilang sudah malu mereka. konon hebat. moga dijauhkan daripada anak anak kita semua. amin
diana diana 02 April, 2014
memang beza sangt dulu dan sekarang.dulu kita macam ada kawalan kat rumah.biasa la..dok kampung ,mak ayah keja kampung,ada je depan mata kita.nakl buat jhat memang tak berani la..
tapi sekarang anak dara anak teruna dok sendiri kat rumah.mkam nanti baru jumpa mak ayah.
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 02 April, 2014
salam. sokong entry boni ni..
memang jauh beza anak muda zaman dulu dan sekarang..
entah dimana silapnya..
Ezad Skytech Ezad Skytech 02 April, 2014
betul tu bro...budak2 zaman sekarang ni sudah terlalu berani...langsung tak takut da...memang sangat berbeza dengan zaman aku dulu...apa la nak jadi dengan budak2 zaman sekarang kat Malaysia ni ?
hana hadi hana hadi 02 April, 2014
zaman sekarang pun kita dah nampak akhlak anak muda. zaman akan datang nanti macam mana lah kan
akubiomed akubiomed 05 April, 2014
Tanda-tanda akhir zaman semakin jelas apabila ibu melahirkan tuannya.

Adakah ibubapa pasangan muda zaman sekaranag menegur dan manjakan dengan kemewahan dunia.
ain samadi ain samadi 07 April, 2014
Sememangnya akhlak muda mudi semakin membimbangkan . Ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab mendidik dari kecil dengan sebaiknya supaya apabila besar nanti mereka punyai jati diri yang jitu dan pasti Rasullullah adalah contoh qudwah hasanah