Antara Sebab-Sebab Kena Cakar Kucing

Antara Sebab-Sebab Kena Cakar Kucing

Hari ni aku terkejut baca Harian Metro pasal sorang akak ni kena cakar kucing. Sampai bengkak dan masuk hospital. Tak apalah, sama-sama kita doakan agar akak tu segera sembuh dan kembali menyayangi Putih.

perempuan kena cakar kucing, kes kena cakar kucing, sampai hati putih, wanita kena cakar kucing, sebab-sebab kucing mencakar, sebab-sebab kena cakar kucing, kena cakar kucing
Walaupun nama dia Putih, tapi ni bukan kucing aku. Sumber
Ok, kucing walau sejinak mana pun, dia tetap ada mood macam kita jugak. Kalau manusia ada Bad Mood, kucing pun ada perasaan tu. Kalau manusia Stress bila bergaduh dengan pasangan, kucing pun tetap ada perasaan tu. Jangan lah pelik. Kucing ni sama je dengan manusia, dia tetap punya sifat-sifat macam manusia cuma bezanya dia adalah haiwan. 

" Kau ni kacak tapi sayangnya gila! Kucing mana ada perasaan-perasaan macam tu. Sah kau ni ada masalah pembawakan!"

Tak kisahlah masalah pembawakan ke apa, tapi itulah hakikatnya.Kalau tak percaya, cuba buat kajian. Bela kucing ataupun perhatikan gelagat-gelagat kucing. Korang akan dapat jawapan.  

Ok, berbalik balik kat kisah kena cakar ni. Macam aku cakap tadi, kucing walau sejinak mana dia, dia tetap akan mempunyai mood yang tak ok. Dalam hal ni, korang sendiri kena nilai apa mood kucing ternakan korang tu. Kalau mood dia tak baik, baik korang jangan buat benda-benda yang boleh buat dia Touching dan geram dengan korang. 

perempuan kena cakar kucing, kes kena cakar kucing, sampai hati putih, wanita kena cakar kucing, sebab-sebab kucing mencakar, sebab-sebab kena cakar kucing, kena cakar kucing,
Ini kalau kena ni, menggeletek satu badan tu. Lagi-lagi kalau kena cakar kat perut yang agak boroi,. Merana lemak perut. Sumber
Aku kongsikan antara sebab-sebab korang akan kena cakar kucing. Baca dan hadam betul-betul.

SEBAB-SEBAB KENA CAKAR KUCING 
  • Geletek kucing kuat-kuat
Kucing tak suka digeletek kuat-kuat. Korang kena geletek dia secara berhemah dan manja. Kalau korang tak manja sekalipun, korang kena buat-buat manja.
  • Pijak ekor kucing
Biasanya budak-budak nakal selalu akan buat benda ni. Elok kucing tu duduk tengah usyar awek seberang jalan, korang pergi pijak ekor dia kenapa? Kalau kucing tu jenis tak kisah tak apa, kalau kena kat kucing yang garang, ganas dan kejam, korang tengok betapa teruknya korang kena cakar dan gigit.
  • Korang halang pergaduhan kucing  menggunakan tangan. 
Ini pun salah satu sebab  korang akan kena cakar walaupun kucing tu kucing ternakan korang yang jinak. Kucing ni kalau dia tengah bergaduh, dia akan anggap semua yang dekat dia sebagai ancaman. Dan mungkin juga dia tak sedar yang hulurkan tangan tu adalah tuan dia yang kacak lagi budiman. Kucing masa bergaduh hanya tahu untuk melindungi diri dia je. Jadi jangan terkejut kalau korang kena cakar dengan kucing sendiri masa dia bergaduh. Ini adalah normal. Seeloknya korang halang pergaduhan tu dengan simbah air. Kalau korang tak kisah kena cakar, pergilah halang dengan hulurkan muka korang.
  • Tak pandai memujuk kucing masa mandikan kucing
Kucing ni paling tak suka air. Bagi dia, air tu diibaratkan sebagai raksasa yang muncul untuk memusnahkan bumi.  (Hahaha. Yang ni aku buat teori sendiri je). Jadi, korang kena pandai pujuk kucing korang untuk mandi. Sambil pujuk dengan nada suara yang baik dan suci, sambil belai-belai dia. Jangan pulak korang masuk je bilik air lepas tu terus simbah kucing korang dengan sebaldi air. Itu cari pasal. Silap-silap dia bedal kepala korang dengan baldi tu. 
  • Kucing tu kucing gila
Yang ni memang tak boleh buat apa. Jauhkan diri daripada kucing ni. Sebab dia mungkin membawa kuman yang berbahaya kat korang. Kalau kena cakar atau gigit, cepat-cepatlah korang pergi dating.. Eh, pergi jumpa doktor untuk dapatkan suntikan.
  • Kucing terasa diancam
Kucing ni sebenarnya memiliki naluri semulajadi. Antara salah satu naluri tu adalah naluri melindungi diri bila terasa diancam. Manusia pun ada naluri ni jugak. Kalau korang dah diancam, mesti korang akan lindungi diri korang dengan apa cara sekali pun. Kalau kucing, senjata utama dia adalah kuku dan gigi. Tak mungkin dia akan gunakan lutut dan siku untuk bertomoi. 

Jadi, ini serba sikit tentang jurus cakaran kucing. Ingatan aku kepada orang ramai, jangan sesekali membenci kucing. Korang kena ingat, kucing ni adalah haiwan. Dia tetap tak mampu berfikir sebijak korang. Apa lagi dia tak minum susu Anmum Infacare. Jadi, apa yang dia mampu fikir adalah hanya untuk melindungi diri daripada apa-apa pun ancaman. Kita sebagai manusia yang perlu fikir sebaiknya untuk kucing-kucing ni. 

Nasihat aku, kalau korang kena cakar dan gigitan kucing dalam tahap yang teruk, kena cepat-cepat jumpa doktor. Sebab setiap cakaran dan gigitan dia mempunyai kuman. Sebab tu setiap kali korang kena kokak dengan kucing, tempat yang dikokak tu rasa gatal-gatal. Kadang-kadang berlarutan berhari-hari. Itu bukan kurap, tapi ia adalah kuman. Jadi, nasihat aku, kalau kena cakar dengan kucing, atau kena kokak dengan kucing, pergi dapatkan rawatan segera. Sebab takut kesan komplikasi yang bakal terjadi apa lagi kalau korang ada penyakit HIV, diabetis mahupun penyakit-penyakit kritikal lain yang boleh membawa maut.

Dan lagi satu, jangan berhenti menyayangi kucing dan haiwan-haiwan yang lain. Apa pun yang dorang buat kat korang, kena ingat.. dorang tak mampu berfikir dan dia tak sebijak manusia yang dapat bezakan mana satu baik mana satu yang tak baik. Tapi ada satu yang buat haiwan lebih baik daripada manusia adalah, haiwan sayangkan anak-anak yang dilahirkannya. Tak seperti sesetengah manusia yang tergamak bunuh anak yang baru dilahirkannya. 

*aku masih belum Start Shooting Vlog. Hahaha. Hempeh betul. Semalam semangat sangat nak buat.

{ 18 comments.. read them below or add one }

Zamani Abe Zamani Abe 20 April, 2014
ada gak kucing giler ek
Anarm Anarm 20 April, 2014
Aku suka geletek kucing..
Bahrain Bahrain 20 April, 2014
Banyak juga sebab-sebab kucing suka mencakar.
Faizal Fredley Faizal Fredley 20 April, 2014
aku risau giler kalau terpijak ekor kucing...
Norhasniza Khalid Norhasniza Khalid 20 April, 2014
serius .. sebab tu mama takut gile dengan kucing... ngeri..
Cik Zaitul Cik Zaitul 20 April, 2014
gua baru kene cakar kucen , dan gua rasa kucen tu tercabar dengan kecantikkan gua, jadi dengki dgn kulit gua lagi mulus, trus die cakar.
sebenarya kes akk nih sebijik mcm kes aku BK , cuma die tak teruk .
dan paling pelik aku tak masuk paper walaupun aku pun kene cakar kucen.
okbai./.melalut dah nih. hihihi
Cik Zaitul Cik Zaitul 20 April, 2014
salah type lak, akk tu teruk , aku yang tak teruk.
akubiomed akubiomed 20 April, 2014
Boleh dielakkan dengan memotong kuku kucing.
Jazz Lover Jazz Lover 20 April, 2014
Salah satu sebab saya tak berapa rapat dengan kucing. Heheh.
Jazz Lover Jazz Lover 20 April, 2014
Salah satu sebab saya tak berapa rapat dengan kucing. Heheh.
Fizi Zaidi Fizi Zaidi 21 April, 2014
ambil anak kucing dari maomy dia pun salah satu punca..hahah
Cik Ayu Cik Ayu 21 April, 2014
selalu je kena cakar tp tak serik serik kacau jugak putih..hihi
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 21 April, 2014
salam boni. sy paling takut kena cakar..that why suka jauh+ dari kucing hehehe
Diana Rashid Diana Rashid 21 April, 2014
akak suka kalau geletek2 kucing dia gigit2 tangan kita.rasa sedap ja..kan?/macam kena urut gitu..ahhaha
Nadia Johari Nadia Johari 23 April, 2014
jadi jangan cari pasal dengan kucing..nampak je manja tapi perghh
Ezad Skytech Ezad Skytech 23 April, 2014
mandikan kucing kat dalam bilik air...sekali siram air, menggelupur...kita nak lari pun takde tempat da...ada peluang kena cakar tu...HAHA
AnonymousAnonymous 21 July, 2014
Muka aku pernah kene cakar kucing sbb aku suka main tiup muka dia. Hahaha. Nasib baek la tak kembang muka aku.
Messy Patch Messy Patch 15 September, 2014
kawan aku hrtu kene gigit dengan kucing aku. seminggu kne tahan kat spital, siap kene minor surgery cuci jari. aku rasa bersalah la jgk sbb itu kucing aku tapi die pun salah jugak pegi tarik ekor kucing tu.