Bila Kucing Dah Anggap Tuannya Tempat Berlindung

Bila Kucing Dah Anggap Tuannya Tempat Berlindung

Mungkin sebab kasih sayang yang aku bagi kat dia, macam ada satu ikatan yang terbina antara aku dengan si Putih ni. Bukan ikatan suami isteri tau. Tapi ikatan kucing dengan tuannya. Kalau korang ternak kucing, mesti korang tau macam mana keadaan bila kucing tu dah anggap korang sebagai tempat dia berlindung dan berteduh. 

Sebelum si Putih, aku ada bela dua ekor kucing lagi. Lama dah. Masa tu aku muda lagi. Bibir pun masih munggil lagi. Kucing ni ada keistimewaannya yang tersendiri. Bila dia dah sebati dan jadikan korang sebagai pelindungnya, bukan je bau korang, malah bunyi motor korang pun dia boleh cam. Sampai satu tahap, 100 meter lagi aku nak sampai rumah dengan motor RxZ, aku dah nampak dua kelibat kucing berlari melintang pukang menuju ke rumah jugak. Nampak tak betapa istimewanya gelagat-gelagat kucing ni.

Dulu, salah seekor kucing aku ni Super Special sikit. Nama yang aku bagi kat dia, Supi Supian. Kesian dia dapat nama buruk. Hahaha.  Apa yang istimewanya dia ni? Dulu mak dengan adik aku memang berjalan kaki nak ke mana-mana. Part paling menarik, bila mak dengan  adik pergi ke mana-mana, mesti dia akan mengekor. Mengikut je ke mana mak dengan adik aku pergi. Selalunya dia akan ikut pergi ke kedai runcit. Pergi dan balik dia mengekor je. Pergi sama-sama, balik pun sama-sama. Sampai satu tahap, dia ikut pergi Shopping Complex. Yang tu memang mak aku hantar balik ke rumah. Sebab jauh sangat.  Lepas tu jenuhlah tak nak bagi dia ikut. Aku pun lupa macam mana cara mak aku elakkan dia ikut. Mungkin menggunakan teknik bebelan ajaib kot. Hahaha. 

Itu antara kisah aku dengan kucing-kucing aku dulu. Bila kucing tu dah selesa dan sayangkan korang, macam-macam keunikan dan keistimewaannya dia akan tunjukkan kat korang. Itu yang seronok bela kucing tu. Sekarang, dengan si Putih pun banyak gelagat dia yang mampu buat aku senyum sorang-sorang. Kalau aku nak pergi kerja, mesti dia akan jenguk kat pintu. Wajib. Dan kalau aku balik, mesti dia akan jenguk jugak kat pintu. Macam tau-tau je aku dah nak sampai rumah. 

keistimewaan kucing, seronok bela kucing, kisah kucing, apa keistimewaan kucing, gelagat-gelagat kucing, kucing, kucing comel,
Satu lagi keistimewaan si Putih ni, walaupun beliau seekor kucing, tapi beliau juling itik. 
keistimewaan kucing, seronok bela kucing, kisah kucing, apa keistimewaan kucing, gelagat-gelagat kucing, kucing, kucing comel
Sini lah tempat beliau akan jenguk aku hari-hari. Masa nak pergi kerja dan balik kerja. 

{ 10 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 17 April, 2014
Karenah kucing memang sangat comel!

Manja gila kucing boni yang bernama Supi Supian tu. Ena suka kucing macam tu, manja, nak berkepit je dengan kita. Ekekeke. Tapi kesian kat kucing tu juga, yela tak penat ke. :3
fadh leyanie fadh leyanie 17 April, 2014
mmg teringin sgt nk bela kucin,tp xblh nk bela psl ada ahli rmh yg asthma alergi bulu kucing
zulhilmi tempoyak zulhilmi tempoyak 18 April, 2014
rasa macam nk bg kat org ja kucing2 aku ni.. tlg boni.. heheh
Atiqah Wadiah Atiqah Wadiah 18 April, 2014
Kucing kita suka kiss kita pagi2..huhu
Siti Maira Siti Maira 18 April, 2014
alolo manjanya...minat tgok je...
Nur Haziqah Mohd Rosli Nur Haziqah Mohd Rosli 18 April, 2014
kucing pun sebenarnya macam manusia jugak.. dia pandai sayang orang =D
Eiqa Almond Eiqa Almond 18 April, 2014
hahaa kelakar laa Si Putih niee..
Supi Supian pun bolehh..
hahaa adehh sakit perutt..
Sme laa motor dr jauh dah bunyi, kucing mesti tggu depan rumahh.
hana hadi hana hadi 18 April, 2014
betul kan.. rasa seronok bila si puteh tunggu kita. mcm dihargai plak :)
::EIDA:: ::EIDA:: 18 April, 2014
betul2... seronok ade kucing yg tunggu kita balik umah. even xde anak pun. HAHHAHA
Nadia Johari Nadia Johari 23 April, 2014
haha..macam kucing nad..akan ngikut je nad kemana je nad pergi..lagi bestnya..masa nad nikah die tunggu nad dekat pelamin..masa nad keluar bili pengantin die tunggu depan pintu bilik