Faktor Bujang Agaknya

Aku dari tadi taip delete taip delete. Sampai ke sudah tak siap-siap satu entri pun. Entah apa masalahnya aku pun tak faham. Nak kata lapar, aku dah bedal nasi dua pinggan petang tadi. Nak kata kurang keyakinan diri, aku rasa aku memang hari-hari kacak dan berseri. Nak kata badan lesu dan badan sakit-sakit, aku rasa mungkin itu masalah utamanya.

Mungkin faktor bujang main peranan agaknya. Kalau dah kahwin, balik kerja penat-penat dah ada yang tunggu kat rumah dengan muka yang comel dan manja untuk picit-picitkan badan aku yang agak tegap ni. Dah siapkan dah air suam untuk aku mandi. Dah tolong tampar-tamparkan nyamuk-nyamuk yang berkeliaran sana-sini. Boleh temankan aku buang taik kucing aku ni. Mungkin ini sebabnya otak aku selalu tak berjalan dengan lancar. Faktor bujang dan belum berbini. Ni nak kena kahwin tahun depan ni. Baru entri aku pun berseri-seri. Hahahaha. Faktor Bujang Agaknya

{ 13 comments.. read them below or add one }

akubiomed akubiomed 02 April, 2014
Sudah ada calon? Jangan sorok. :-)
Sukma Haron Sukma Haron 02 April, 2014
Jangan lupa jemput kalau buat kenduri yea boni...
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 02 April, 2014
tak lama lagi la tuuuu nak makan nasi minyak boni.. hehehehehehe... apapun ena doakan semoga dipermudahkan segala galanya
Aku Penghibur Aku Penghibur 02 April, 2014
ada betulnya tu, kena cari cepat2 ye
Kakcik Kakcik 03 April, 2014
Jangan lupa hantar jemputan pada kengkawan ya... :)
Lizzie Yasmin Lizzie Yasmin 03 April, 2014
Kemain alasan. Kalau dah berbini kang alasannya tak der masa nak hadap blog, sebab nak kepit je keja.. hahaha
Sheila Salim Sheila Salim 03 April, 2014
Assalamualaikum boni. hahaha nanti dah nikah, susah lak nak berblogging. busy bila dah balik rumah. wakakakaaa ;p
diana diana 03 April, 2014
entah2 memang nak kawen tahun depan..bagi hint je nih kan??
Incik Zarif Incik Zarif 03 April, 2014
kawin la cepat2.. hehehe
::EIDA:: ::EIDA:: 03 April, 2014
haaaa dah tu cepat2 lah kasi tamat zaman bujang boniii weiiii hehehe
Siti Anirah Azuri Siti Anirah Azuri 07 April, 2014
Kahwin cepat2..
Takde dah pening2, sakit kepala lepas ni..
Akeyla Azmi Akeyla Azmi 15 April, 2014
Hahahahahaha. cepat cepat kahwin ye cik boni kacak oi hahaha