Hari Ni Aku Kena Saman. Tahniah!

Hari ni memang silap aku sebab tak fikir panjang. Parking merata sebab terkejar masa. Takut bank tutup. Tapi, itu lah langit tak selalunya cerah, petang tadi pun dah hujan. Hahaha. Keluar daripada bank, start kereta, pandu dengan penuh rasa sopan santun segan silu, tiba-tiba aku nampak macam ada benda terkibar-kibar kat Wiper kereta. Aku dah cuak dah. Ingat ada pocong terselit kat Wiper. Aku hampir menjerit minta tolong kat orang ramai. Bila aku fokus, baru aku perasan sehelai kertas yang nampak agak panjang. Ok! Aku dah dapat hidu bala yang menimpa tu. Aku dah dapat teka musibah apa tu. Aku dah dapat rasakan poket aku tiba-tiba mengecil dan tersepit. Ok,  itu petanda buruk. Itu adalah penderitaan maksimum bagi seorang lelaki kacak tapi sengkek macam aku ni. Itu adalah surat saman!!! Oh No!!! 

Kerja sampai tulang belikat tangkap, berpeluh berpanas tak dihiraukan tapi dengan satu kesalahan je, aku terus kena saman. Ok, yang ni aku hiraukan. Hampeh betul. Macam ada letak kamera je kat Parking tu. Laju betul kesan orang yang letak kereta luar kotak garisan. Thumbs up! Menjalankan tugas dengan penuh istikamah, dedikasi dan sepenuh perasaan. 

Hidup perlu diteruskan. Chill Bebeh.


Hari Ni Aku Kena Saman. Tahniah!

{ 23 comments.. read them below or add one }

Syazana Zainn Syazana Zainn 03 April, 2014
Saman DBKL eh?
berapa inggit kena?

Kalau kat ipoh mau RM30 :p
Cheq Eem Cheq Eem 03 April, 2014
sekali sekala kena sedekah kat polis trafik.... ekekeke.... sy pun setaun sekali msti sekali buat perangai mcm gini.... ketaq tangan nak bayar beratus2...
Incik Zarif Incik Zarif 03 April, 2014
at the wrong plce n the wrong time. haha.. takdir tu boni
EIMAH SHAHRIR GEE EIMAH SHAHRIR GEE 04 April, 2014
Alahai. Kesiannye. Betul lah. Tak semestinya panas sampai ke petang. hihi. Sabor je le ye.
Nadia Johari Nadia Johari 04 April, 2014
sabar jelah..pengajaran tu..ehhe
diana diana 04 April, 2014
Bayaran nya berapa hari punya gaji tu??? lain kali kena hati2 kalau nak langgar peraturan..hehe
Emi Amira Emi Amira 04 April, 2014
sekali sekala apa salahnya
misz sheyla misz sheyla 04 April, 2014
.nasib kurang baik kot hari tu.. sabar je lah...
Sukma Haron Sukma Haron 04 April, 2014
saman majlis murah jer....kalau saman polis trafik berpeluh nak kena bayau.....
amin amin 04 April, 2014
ha ha kasin banget ha ha
putri putri 04 April, 2014
aduh akunya ga ngerti nih bahasanya hehe
putri putri 04 April, 2014
yang sabar aja dehnya
KorN KorN 04 April, 2014
tahniah bro tahniah.. tak semua orang boleh dapat. hahaha
fairus fairus 04 April, 2014
KALAU SAMAN BANDARAYA OK LAGI KOT.. KALAU SAMAN POLIS, MEMANG TERUK LE NAK BAYAU..
RDZ Z RDZ Z 04 April, 2014
Dugaan..Takziah ajelah..he..he
Bro Framestone Bro Framestone 05 April, 2014
Bro pun banyak saman tak dibayar lagi nie....
akubiomed akubiomed 05 April, 2014
Nak buat macam mana sudah terkena. Kena bayarlah.
hana hadi hana hadi 06 April, 2014
agak2 la pocong terselit kat wiper tu, hehe
iLuvTour iLuvTour 06 April, 2014
bayar je lah.. leh minta discount kalau ada kawan polis. huhuh http://iluvtour.com
Siti Anirah Azuri Siti Anirah Azuri 07 April, 2014
Ada kalanya kita di bawah.. hehe
Akeyla Azmi Akeyla Azmi 15 April, 2014
Hehehe tahniah yeeee. Hihihi