Kali Ke Dua Aku Berbekam

Kali Ke Dua Aku Berbekam

Bila dah berumur ni (BUKAN TUA YE! HARAP MAKLUM), badan aku memang kerap lenguh-lenguh, sakit, dan bisa-bisa. Mungkin sebab faktor umur, faktor angin, faktor toksin dalam badan, faktor aku merempit dari Bukit Beruntung ke Segambut hari-hari untuk ke tempat kerja,  dan macam-macam lagi. Jadi, sebelum ni, aku hanya Repair badan aku dengan pergi mengurut. Tapi, pergi mengurut ni tak berapa Ummphh. Sebab tak lama lepas tu, ia akan datang balik.

Satu hari, aku terdengar pasal khasiat berbekam ni. Mula-mula memang agak goyang sikit. Apa lagi bila aku Search Youtube, nampak darah melimpah ruah keluar daripada belakang badan. Risau jugak aku, buat bekam tiba-tiba Out Of Service sebab darah banyak keluar. Tapi, disebabkan keadaan badan aku yang memang bisa tersangat-sangat, aku abaikan ketakutan aku tu. Lagipun, dengan muka kacak cenggini tapi takut buat bekam...  itu satu perkara terhina yang sangat tak dapat diterima oleh persatuan lelaki-lelaki kacak kat Malaysia ni. Jadi, aku buat keputusan untuk berbekam. Tau tak, lepas aku buat tu... aku ibarat dapat badan baru. Mak aih! Teruja bukan kepalang aku. 

Semalam aku buat keputusan untuk berbekam lagi selepas lima bulan berbekam kali pertama. Ini sebab kepala aku asyik sakit je disebabkan angin yang terkumpul kat kepala. Kali ni, aku pergi tempat yang hiris pakai pisau. Satu kelebihan hiris kulit guna pisau ni, darah kotor dan angin yang keluar tu tahap maksimum. Lepas je berbekam tu, aku rasa satu  kelegaan yang tersangat-sangat. 


bekam, khasiat berbekam, perubatan yang terbaik, apa khasiat berbekam, bekam sunah, kebaikan berbekam
Aku bukan kena penumbuk atau ilmu batin tok guru silat ye, harap maklum. Ini bekas lepas aku berbekam. Nampak ganas kan? Macam Eminem punya tatu. Hahaha. Jangan risau , bekas ni seminggu akan hilang. Dia bukan macam dakwat kekal yang tahan setahun.
Oklah, kat sini aku akan kongsikan beberapa khasiat bila kita berbekam ni. Ini pun aku baca kat beberapa blog yang kongsikan khasiat berbekam ni. Jadi, aku tolong sampaikan je. 

Antara kebaikan berbekam :

1.       Membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang
2.       Membaiki saliran pembuluh darah
3.       Hapuskan kejang dan luka dalaman otot
4.       Sangat bagus pada pesakit asma , pneumonia dan angina pectoris .
5.       Pening, luka dalaman di kepala dan muka , sakit gigi dan migrain.
6.       Bagus untuk macam-macam penyakit mata termasuk rabun. 
7.       Mengubati gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8.      Menghilangkan sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang  serta papan punggung.
9.    Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10.     Menghilangkan sakit bahu , dada dan punggung
11.     Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12.     Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13.   Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14.   Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15.     Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
16.     Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17.   Membantu pembuangan angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18.    Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19.    Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20.    Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21.   Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan   rasa berat dan malas.
22.  Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23.    Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24.    Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.

Sumber :- rawatan islam baitussyifa

Manakala ini pula sumber dari Youtuber. Disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus. 


Jadi, jangan tunggu lagi. Banyak sebenarnya khasiat berbekam ni. 

" Wahai bro yang kacak, sakit tak bro?? Betul je mujarab, entah-entah poyo je??"

Kalau ada yang tanya ni, aku akan jawab dia macam kena gigit dengan semut je.  Badan ketak-ketak tapi takut pergi bekam? Hahaha. Demm. Itu lawak.

Untuk soalan mujarab ke tak mujarab ke, aku sarankan cuba dulu baru tau. Sampai bila nak hadap bisa-bisa kat badan tu kan? Sesekali badan pun nak kena Service jugak. 

Jadi, rajin-rajin lah Google untuk cari tempat-tempat bekam berdekatan korang. Rugi tak buat :)

{ 17 comments.. read them below or add one }

Zamani Abe Zamani Abe 27 April, 2014
erm.. sebab aku geli tgk darah, aku mcm berani2 takut nak berbekam neh
Hana Jalil Hana Jalil 27 April, 2014
lebam gila :D dkt tengkuk tu nmpak kesan kena tores.. uhukkk.. mcm best je
AnonymousAnonymous 27 April, 2014
Aku da try berbekam...hiris pisau...mula2 memag ketaq lutut...tp lepas berbekam...alhamdulillah...mmg fresh!mcm dpt badan baru...hilang segala sengal2 kat badan...alergik udang n sotong pn hilang...da blh makan...dlu kalau makan 2 benda tu confirm badan gatal...sekarang tidak lagi....hahaha
ArELeEz ArELeEz 27 April, 2014
xkenal maka xcinta.. cuba dulu baru tau.. tp, tetap goyah. hu3..
Sukma Haron Sukma Haron 27 April, 2014
Nak cari tmpt bekam pompuan...banyak sangat angin dlm badan nie
Pendekar Berkuda Pendekar Berkuda 28 April, 2014
Tak minat nak berbekam...selalu derma darah je... sebab derma darah lebih baik rasanya...
::EIDA:: ::EIDA:: 28 April, 2014
alaaaa takuttttttt.. tgok pic tu pun rasa heii sakitnyeeee siap berbekas bekas. xmo ah! hihihi
Ratu Hatiku Ratu Hatiku 28 April, 2014
uhuhuhu...lama x singgah sini..
Rasa mcm nak buat tapi takut pun ada.. sakit x? hihihihi
CikLily Putih CikLily Putih 28 April, 2014
orang pompuan boleh buat tak? aku can musykil ni
Aku Penghibur Aku Penghibur 28 April, 2014
pernah cuba sekali saje
Kucing Hitam Kucing Hitam 28 April, 2014
Macam luvbite plakeh haha
Cinta hazanis Cinta hazanis 28 April, 2014
pernah berbekam sekali. terasa nk berbekam lagi sebab hilang habis sakit kepala. :)
Amanda Suria Amanda Suria 01 May, 2014
SA mmg x la nk buat..x berani la...
Syaifuddin Alias Syaifuddin Alias 05 May, 2014
berbekamlah ..kerana ianya amat baik untuk kesihatan ..dan sunnah juga
qlimax qlimax 07 May, 2014
Saya dah try buat bekam. mmg terbaik dan berkesan.. Harga pon tk ada lah mahal sgt. dia cas RM5 per Cup.
detik sinergY detik sinergY 02 November, 2014
Bolh cuba bekam degn kami..pm/whatapss utk temujanji. Terbuka utk lelaki dan wanita

Like FB Bekam & Sauna Famili
Maximillian C Maximillian C 19 February, 2015
This comment has been removed by the author.