Kasut Murah Tapi Sedap Bila Main Futsal

Kasut Murah Tapi Sedap Bila Main Futsal

Suatu ketika dulu, masa tubuh badan aku masih bergetah, betis senipis kayu besbol dan perut senipis kulit bawang, aku memang rajin main futsal. Setiap minggu adalah WAJIB main futsal. Tapi disebabkan sengkek, jadi aku memang tak mampu nak beli kasut futsal berjenama ni. Cuma sekali je aku beli kasut futsal jenama Reebok (betul tak ejaan ni), tapi tu pun tak tahan lama. Dah lah berat, tak selesa dan paling tak menarik, tak lama aku pakai dah tertanggal tapak kasut. Sejak daripada tu, aku kembali kepada kasut futsal tradisi aku. Jenama Pallas Jazz Star. Itu lebih serasi dan ngam dengan aku. Mungkin aku ditakdirkan untuk main futsal dengan kasut ni. Walaupun murah, tapi memang serasi dengan aku. 

Baru-baru ni, setelah 5 tahun tak main futsal, aku turun ke gelanggang futsal semula. Jadi, memang WAJIB aku beli kasut murah ni jugak. Korang masih tak dapat tangkap kasut yang jenis macam mana? Ok, senang je. Korang selalu tengok tak kasut pengawas sekolah? Itulah dia.

kasut, kasut futsal terbaik, kasut futsal murah, kasut futsal menarik, kasut futsal yang murah,
Amacam? Selalu tengok kan?
kasut, kasut futsal terbaik, kasut futsal murah, kasut futsal menarik, kasut futsal yang murah,
Nampak macam tak berapa cerdik je kan pakai kasut ni, tapi kalau kasut ni memang serasi dengan korang, sendiri mau ingatlah. Aku pernah digelar si kaki  besi dengan kasut ni.
kasut, kasut futsal terbaik, kasut futsal murah, kasut futsal menarik, kasut futsal yang murah,
Rupa bentuk dia memang tak cantik, tapi disebabkan keburukan paras rupa ni lah yang buat dia nampak ganas dan garang hingga ditakuti oleh kasut-kasut futsal yang lain.
kasut, kasut futsal terbaik, kasut futsal murah, kasut futsal menarik, kasut futsal yang murah,
Nampak bahagian depan dia.Walau tak tajam, tapi korang cuba tonjol sekuat hati. Lain macam padu dia. Dengan ciri-ciri bunga getah yang macam tu, memang dapat membuatkan pihak lawan goyang dengan korang, Dorang rasa macam nak kena gigit je dengan kasut ni. Anjing-anjing liar pun lari bila tengok aku kejar dorang dengan kasut ni.
kasut, kasut futsal terbaik, kasut futsal murah, kasut futsal menarik, kasut futsal yang murah,
Nampak betapa jantannya kasut ni dari sisi depan. Terserlah kegarangan, kejantanan, keganasan dan kekacakan si pemakainya.
Kasut ni mungkin tak sesuai dengan semua orang. Kalau yang berkulit kaki lembut tu, memang aku tak sarankan untuk pakai sebab kasut ni keras. Boleh buat kaki korang melecet. Tapi kalau korang memang dah biasa pakai kasut ni, dan memang serasi dengan korang, aku boleh katakan kasut ni antara kasut yang terbaik untuk bermain futsal. Lagi-lagi yang tak berapa berduit untuk beli kasut-kasut futsal yang berjenama ni. Kasut ni murah je. Dalam rm25++ dah boleh dapat sepasang. Dari segi ketahanan dia, memang tahan lama. Kasut ni memang lasak. Bukan je boleh buat kasut futsal, kasut berkebun, kasut main badminton dan sebagainya. 

Jadi, apa lagi. Jangan jadikan alasan tak ada kasut futsal untuk korang tak main futsal. Futsal ni antara sukan yang boleh keluarkan peluh korang sebaldi. Hahaha. Antara sukan yang mampu mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. 

*Team Selayang nak buat Friendly dengan Team Blogger. Ada yang nak Arrange tak? cc- MELASTIK BINTANG.

6 comments.. read them below or add one

KiD KiD 06 April, 2014
aku cuti setahun futsal.. main carrom je lah..
akubiomed akubiomed 06 April, 2014
Kasut ini tidak stud. Tak licin nanti boleh mengundang kecederaan. Carilah kasut futsal yang ada dijual pada harga bajet.
ma ❥ ma ❥ 07 April, 2014
pmpn main badminton la manis sikittt
hazman fadzil hazman fadzil 10 April, 2014
sama la ngan aku guna kasut biasa jee.....senang dan selesa dengan kaki sendiri....hehehehe.Abis futsal boleh guna untuk main takraw pulak
Akeyla Azmi Akeyla Azmi 15 April, 2014
Hahahah Amboiii memang kelas gilaaaa heee. Betul, Bila dah serasi kan hehehehe
Nadia Johari Nadia Johari 18 April, 2014
teringt kasut ni pakai masa jadi pustakawan sekolah