Makanan Basah Tambahan Untuk Menggemukkan Kucing

Makanan Basah Tambahan Untuk Menggemukkan Kucing

Siapa yang ada kucing ataupun pemilik kucing ataupun pencinta kucing ataupun yang kacak macam aku, pasti nakkan kucing kesayangan nampak sihat dan berisi. Kerana kucing akan nampak comel secomel-comel alam jika ia nampak berisi. Bukanlah untuk menggemukkan kucing, tapi lebih kepada nak menjadikan kucing kesayangan lebih berisi dan nampak sihat. Kucing pun tak disarankan untuk gemuk sebab penyakit senang untuk menghinggapinya. Antaranya obesiti. Itu yang paling ditakuti oleh pemilik kucing. Tuan kucing yang sakit tak apa, tapi kalau kucing kesayangan sakit memang gelabah dibuatnya. Ibarat tampar usus kanan, usus kiri terasa sakit.


Ok, berbalik semula pada makanan yang aku bagi untuk kucing kesayangan aku. Di samping biskut kebiasaan kucing jenama Royal Canin, aku juga bagi kucing aku makan makanan basah. Ini pun hanya seminggu dua kali. Tak boleh bagi hari-hari sebab faktor harga yang agak mahal. Jadi, aku bagi ni sebagai bonus kepada kucing aku sebab dia dengar cakap, manja, jinak dan sama kacak macam aku jugak. Ada juga dia mintak hari-hari, aku hanya tunjuk tukul besi sebagai isyarat tak boleh sama sekali! Nasib baik kucing aku faham bahasa.

makanan basah kucing, makanan gemukkan kucing, makanan kucing untuk gemuk, makanan untuk menggemukkan kucing, makanan basah kucing yang terbaik
Ok, cukup untuk sebulan makanan ni,. Nak lebih aku kasi penampo buaya je.
makanan basah kucing, makanan gemukkan kucing, makanan kucing untuk gemuk, makanan untuk menggemukkan kucing, makanan basah kucing yang terbaik,
Style kan cara aku tangkap gambar. Hebat jugak aku ni rupanya.
Makanan basah yang aku selalu bagi pada kucing aku adalah makanan Brand Royale. Itu pun aku buat kajian dulu. Brand Royale ni banyak jenis. Ada Tuna, ada ayam dan ada campuran ayam+tuna dan macam-macam lagi. Selepas beberapa uji kaji dan beberapa das penampar manja aku lepaskan kat kucing kesayangan aku, aku dapat tau jenis apa yang kucing aku paling suka. Kucing aku suka makan jenis Roasted Succulent Chicken. Entah apalah maksudnya. Aku ni English Broken. Aku rasa maksudnya Ayam Panggang Terseksa agaknya. Yang ni memang cukup kucing aku suka. Mungkin sebab tuan dia pun penggila ayam. Jadi, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Dia gemuk, aku pun gemuk juga. Takdir agaknya

makanan basah kucing, makanan gemukkan kucing, makanan kucing untuk gemuk, makanan untuk menggemukkan kucing, makanan basah kucing yang terbaik,
Sampai macam tu sekali dia makan. Sebab suka dan teruja dia dah tak pedulikan pagar tu. Kalau gemuk lagi sikit, terus sangkut tak boleh keluar dari pagar tu.
makanan basah kucing, makanan gemukkan kucing, makanan kucing untuk gemuk, makanan untuk menggemukkan kucing, makanan basah kucing yang terbaik,
Dah kenyang apa lagi. Mesti cari ketiak aku nak tidur. Huh! Ni lah nasib aku sebagai bapak angkat dia. Asyik nak bermanja-manja je. Tu pun sekali kokak tangan aku sampai luka. Terguris hati aku.
Jadi, kepada yang mencari makanan basah terbaik untuk kucing, aku sarankan beli Brand Royale ni. Memang terbaik setakat ni. Aku pun dah cuba. Dah cuba lama baru aku berani nak sarankan kat orang lain. Aku pun sebelum ni disarankan oleh orang lain, tu yang cuba tu. Tak kenal maka tak benci kan? Hahaha.

{ 28 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 12 April, 2014
Mesti mahalkan makanan tu.. ena suka kucing tapi belum sedia nk membela sebab takut tak terjaga... patut debab jeee kucing boni...
Khairul Asrol Khairul Asrol 12 April, 2014
pergh untung la kucing ada makanan khas. memang gemuk macam ko pun bro. haha. ayat sangkut kat pagar tu tak boleh bla. nice!
akubiomed akubiomed 12 April, 2014
Dulu semasa bela kucing ada beri makanan didalam tin digaul dengan nasi.
Aku Penghibur Aku Penghibur 12 April, 2014
wahh patutlah kucing tu sehat dan cantik bulunya
hana hadi hana hadi 12 April, 2014
kucing hana suka makan ikan fresh. makanan tambahan lain xmakan.. xsedap katanya.. ngee
Qaseh Wee Qaseh Wee 14 April, 2014
kucing saya lidah melayu , nak nasi juga ... heeee
Niesa Niesa 14 April, 2014
pergghh..patut ar kucing tu bambam je rasa mcm nk gigit2 je...
diana diana 14 April, 2014
Lagi 2 tahun akak nak beli kucing boleh la cuba makanan ni nanti/.sekarang tak boleh lagi.anak suka gigit kucing..
aizamia3 aizamia3 15 April, 2014
buat masa ni belum boleh bela kucing sebab takde sape nak jaga sementelah tuannya malam baru ada kat rumah.. hehehe
apa-apapun memang gomuk kucing tu dapat makan menu sodap..
JunAina JunAina 15 April, 2014
Akak ada 6 ekor anak kucing kat rumah termasuk emak kucing jadi 7 ekor kalau bagi makan yg ni mau rabak poket akak tiap2 bulan!
Akeyla Azmi Akeyla Azmi 15 April, 2014
Royale? Wah ok ok nanti qila nak cari heee
Nadia Johari Nadia Johari 23 April, 2014
nad bagi ikan goreng dengan nasi je
SAFIKAH MOHAMAD SAFIKAH MOHAMAD 25 July, 2014
berapa harga makanan kucing yg awk guna kan tu ye? saya baru je bele kucing.. tapi blur nak makanan untuk dorang.. hehe
Kucing Comel Kucing Comel 26 August, 2014
Admin pernah mencuba bagi kucing admin makan makanan kucing jenama "Super Premium Cat Food Trainer" atau "Premium Cat Food Ok Cat" daripada Italy tak?
AnonymousAnonymous 13 September, 2014
Kucing sy mkn blacan.. Yg sekor lg tu suka mkn syur. Sihat je..tp dh mninggal. Eksiden
Hafizi Ahmad Hafizi Ahmad 20 September, 2014
Saya guna wetfood brand ni juga. Sy slalu beli by carton. Satu carton ada 24, rm80
Tengku Auni Tengku Auni 27 September, 2014
Kucing sy hnye gemar mkn biskut kucing je...mknan lain susah dia nk mkn...bgi ikan rebus pun dia xnk..bgi mknan dlm tin lagi lah dia x sentuh..kdg2 risau gak mknan tu je dia mkn..
YayaYaya 11 October, 2014
comelnya kucing nih alololo XD
kucing saya american curl tapi kurus :'(
Syeeda Syeeda 13 October, 2014
baru try beli royale.. kucing omputeh nasik xmau makan pulok..huhu
AnonymousAnonymous 26 December, 2014
Kucing sy bg mkn Royale Roasted Succulent Chicken ni lah, gaul dgn nasi...dia suka sgt...dari berat 450gm, skrng dh naik 1.630 kg....umur 3bln...huhu..3tin tahan seminggu...harga dia Rm3.90 - Rm 4.00
gReen cHemical gReen cHemical 07 February, 2015
Function ni. Sepantas kilat den poie beli
نور  فاتين نجوى نور فاتين نجوى 10 March, 2015
kucing aku payah btol nak bg dryfood ke ap ke.,dia nk mkn ikan grg gaul nasik ja..adoi..luruh bulu.,
نور  فاتين نجوى نور فاتين نجوى 10 March, 2015
kucing aku payah btol nak bg dryfood ke ap ke.,dia nk mkn ikan grg gaul nasik ja..adoi..luruh bulu.,
Din Ain Din Ain 18 April, 2015
Lau seminggu 3 tin mcm ne care bg meow mkan??? Bg sikit sikit ke
nur anis nur anis 18 May, 2015
Anak kucing mur 1 bulan sesuai x makan ni?
akalili bond akalili bond 12 August, 2015
Ayat 2 sume x boleh blah hahahahaha klako dohhh... 😆😆😆😆😆
Mimi Haziqah Mimi Haziqah 26 January, 2016
hahaha cara penulisan you sangat cute. hahhaha