Aku Berharap Tak Jadi Seorang Suami Macam Ni

Sekarang ni sambil aku menaip, belakang aku terpampang drama Luth Mahfuz lakonan Fizz Fairuz dan juga Siti Saleha. Walau aku tak tengok tapi cuma mendengar dialog-dialog yang dituturkan pelakon-pelakon tu dah cukup buat aku geram dengan Fizz Fairuz yang melakonkan watak seorang suami yang tak elok, jijik, keji, busuk dan juga curang. Sentiasa melukakan hati isterinya walhal (pergh, ayat tak leh blah) isterinya punyalah baik, punyalah solehah. 

seorang suami yang kejam, contoh contoh suami yang tak bertanggungjawab, contoh suami yang tak berguna, suami curang, tips rumahtangga,
sumber

Contohnya babak Siti Saleha ajak dia makan tengah hari, tapi ayat yang dia guna cukup buat aku rasa nak masuk dalam tv ni dan tumbuk betis kiri Fizz Fairuz ni.

" Kau ingat dengan suapan jari-jemari kau ni mampu memberi aku segunung emas setinggi pokok durian belakang rumah mak kau? Jari kau busuk kau tau!"

Ok, aku sebenarnya tak ingat dialog tadi macam mana. Dialog atas ni aku reka ikut sedap jari aku menaip je. Tapi cukuplah aku gambarkan yang ayat dia amat kejam dan cukup untuk melukakan hati seorang isteri mithali sebaik Siti Saleha tu.

Part yang buat aku lagi berbulu bila anak dia masuk hospital. Siti Saleha sampai merayu kat Fizz Fairuz untuk pergi sama-sama ke hospital tapi tak dipedulikan. Demm! 

Aku bakal mendirikan rumahtangga satu hari nanti. Aku bakal bergelar seorang suami satu hari nanti, dan harapan aku cuma satu.. Aku berharap agar aku akan jadi seorang suami yang mithali, yang mampu menyayangi, mengasihi, dan jadi seorang suami yang sangat bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak aku. Takut sekarang je beriya-iya + poyo tapi bila dah kahwin nanti lain jadinya. Uish. Mintak dijauhkan sifat-sifat tak elok macam tu. Doakan aku ye kawan-kawan. 

seorang suami yang kejam, contoh contoh suami yang tak bertanggungjawab, contoh suami yang tak berguna, suami curang, tips rumahtangga,
sumber
Aku nak sambung layan Luth Mahfuz ni. Entah macam mana Ending drama ni. 

"Jadilah seorang suami yang bertanggungjawab kepada amanah yang diberikan kepada kamu."



{ 10 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 28 May, 2014
Tak tengok pun cerita ni. Hurmmmm. Busy tengok cartoon je. Hahahaha
Eichigoz Vivaz Eichigoz Vivaz 28 May, 2014
mintak dijauhkan daripada dpt suami yg perangai mcm gitu....
akubiomed akubiomed 29 May, 2014
Berat tanggungjawab seorang suami. Jangan melukakan hati pasangan.
amir zahari amir zahari 29 May, 2014
sama2 la kita tanam azam spya xjadi suami mcmtu.. jom kawin..hehehe
Akma Niza Akma Niza 29 May, 2014
insyaallah, niat anda sdh sebaik itu.. niat akan mencerminkan anda kelak ^^
AnonymousAnonymous 29 May, 2014
semoga bro menjadi ketua keluarga yang terbaik nanti..

bila nak langsung..?
azwan azwan 29 May, 2014
semoga bro menjadi ketua keluarga yang terbaik..

bila nak langsung..?
fairus fairus 30 May, 2014
INSYA ALLAH.. SEMOGA SUATU HARI NANTI KAU BAKAL MENJADI SUAMI YANG HEBAT..
Mimi Azirah Mimi Azirah 31 May, 2014
Tak nak tgk...nti ai is emo sentap smua anak..kang xpsl psl nmpk fizz fairuz kt luar kne rejam.ngn batu