Antara Nak Bunuh Atau Nak Jaga

Aku ada cerita pasal kucing yang aku baru bawa balik. Nama dia Comel. Comel memang aku ambik untuk dijadikan kawan pada Putih. Sebenarnya kucing tu ada masalah. Dia ada pembawakan virus yang tak diketahui. Patutlah masa dia dekat dengan aku, aku bau busuk lain macam mulut dia. 

Satu hari dia demam teruk. Sampai dia tak boleh bangun. Makan pun tak nak langsung. Kalau aku tegakkan dia, dia jatuh. Adik aku mula-mula tengok pun ingat dia dah mati. Lepas je aku bawak dia ke VET, aku jaga dia. Hari-hari suapkan makan. Paksa makan sebab dia memang tak nak sentuh langsung makanan tu. 

Beberapa hari lepas tu, dia makin sihat. Dah boleh bangun. Dah boleh berjalan walau tersengguk-sengguk macam bayi baru belajar merangkak. Tapi masalah baru pulak muncul. Bulu dia tercabut lepas dia garu. Aku perasan ada nanah keluar. Mula-mula aku ingatkan kurap. Aku pun letak je minyak gamat. Makin hari makin besar dan banyak. Lepas tu mula berkudis. Aku tak tunggu lama. Aku minta tolong mak aku hantarkan dia ke VET. 

Rupanya tu bukan kurap. Tapi penyakit kulit. Kalau kat manusia ni lebih mirip penyakit kusta. Doktor sendiri cakap yang ni tak boleh nak baik. Tahap kronik juga.  Doktor cakap untuk elakkan dia berjangkit dengan kucing lain dan jugak manusia, jalan yang terbaik 'Tidurkan". Tapi dalam masa yang sama doktor tu sendiri tak sampai hati. Mak aku lagi lah tak sampai hati. Jadi, doktor dan mak aku buat keputusan untuk cuba rawat lagi Comel. Tengok dalam seminggu dua. 

Lepas daripada tu, aku sendiri tengok macam tak ada perubahan. Malah makin teruk. Aku bawa lagi sekali jumpa VET. Doktor kopek kudis-kudis tu untuk cuci. Masih lagi bernanah. Aku tengok muka doktor tu macam dah putus asa , tapi dia masih lagi tak nak buat keputusan untuk "Tidurkan" Comel lagi. Aku sendiri pun tak sampai hati bila tengok muka Comel. Apa lagi bila mata dia pandang mata aku. Seolah-olah mengharap pada aku untuk terus jaga dan rawat dia. 

Kalau korang tanya aku tak takut berjangkit ke? Jujur aku cakap, aku memang takut. Penyakit Kusta ni antara penyakit kulit yang kronik. Kalau korang tanya aku, kenapa tak nak "Tidurkan' je.. Sebenarnya.. aku tak sanggup dan tak sampai hati. Mak aku sendiri pun tak sampai hati. 

Aku tak berani nak bawak ke Hospital Haiwan kat UPM Serdang tu. Sebab aku tak mampu untuk kos rawatan dia. Dulu masa Putih demam kuning, kos rawatan dah rm700. Aku sangat yakin kos untuk rawat Comel lagi mahal. Dan aku memang tak mampu. 

Aku pun tak tau lah nak cakap macam mana. Biarlah nyawa dia ditentukan dengan cara semulajadi.. Sebab aku tak sanggup.. 

* Sarung tangan doktor dah jadi antara aset aku sekarang untuk menguruskan Comel. Untuk elakkan aku dari berjangkit, itulah caranya. 
Antara Nak Bunuh Atau Nak Jaga

{ 9 comments.. read them below or add one }

Nurfarhana Chek Saat Nurfarhana Chek Saat 19 May, 2014
Fana faham perasaan tu. fana pernah kematian pet sebelum ni. Tapi, alhamdulillah sebab dia mati secara mengejut, jadi fana tak terasa seksa tengok dia sakit. :(
Sharifah Anggerik Sharifah Anggerik 20 May, 2014
ada ganjaran untuk lu bro kat "sana" insyaALLAH.. sebab lu kasih pada haiwan... rawat kucing berpenyakit ni... macam maklong aku & kak sedara aku.... kucing berpenyakit macamana pun diorang tak sampai hati nak "tidurkan"... biar dia pergi secara semulajadi... :)
AnonymousAnonymous 20 May, 2014
Bro, aku 'tabik spring' ko....moga murah rezeki ko and family and thanks kerana sudi menjaga kucing yg malang tu dan moga cepat sembuh le dia ndaknya

ikhlas....yet (pencinta haiwan)
Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa 20 May, 2014
Hebatnya bro...apapun, memang sukarkan nak buat keputusan..semoga ada keajaiban untuk si Comel.
Niesa Niesa 20 May, 2014
ya Allah..sedih...mmg keputusan yg sgt sukar..bia masa yg tentukan.. #respect dgn boni...
Diana Rashid Diana Rashid 20 May, 2014
kalau akak pun tak sampai hati sebab rasa macam selagi dia ada nyawa,dia berhak hidup..kan??biarlah dia pergi dengan sendiri bila tiba masanya nye..
O'gosh Iskandar O'gosh Iskandar 21 May, 2014
memang x sanggup kan....xpela...jaga je la dia selagi mampu...
Nieyna Zainal Nieyna Zainal 21 May, 2014
kesiannye .. sian dia huhu .. ubat haiwan ni lagi mahal dr manusia .. :(
AnonymousAnonymous 10 August, 2014
Sy pun ada kucing mcm tu juga. Lg teruk sbb umur kucing tu baru sebulan setengah. Ada member cadangkan beri transfer factor. Klu kat vet tmpt sy ni, ada jugak jual feline transfer factor. Tp sy lebih prefer ambil manusia punya. Lebih berkesan utk penyakit kronik mcm ni.Mmg agak mahal. Sebotol 170. Tp alhamdulilah.. sy beri 5 biji dh nmpk perubahan. Lps sebotol setengah terus sembuh. Dr vet pun kata miracle. Sy test kat iguana sy pun ok. Terus sembuh.