Antara Perkara Yang Kita Sering Terlepas Pandang

PERKARA YANG KITA SELALU TERLEPAS PANDANG - Tengah terbaring tak buat apa sambil kunyah tembikai sebiji, aku tiba-tiba terfikir tentang satu perkara yang selalu aku terlepas pandang dulu. Suatu ketika dulu masa aku selalu tumpang kereta kawan aku bila ada kenduri ataupun parti buih (Gilo! Aku mana pernah pergi parti buih!). 

Bila aku terkenang balik, baru aku rasa satu kekesalan. Sebab apa? Sebab masa aku tumpang dulu, aku tak pernah nak bagi sikit ataupun tong tong duit minyak dengan dia. Lagi pun dulu aku memang sengkek tahap tertinggi. 

tumpang kereta kawan, terlepas pandang, perkara yang selalu kita terlepas pandang, terlepas pandang sesuatu yang penting, terlepas pandang perkara yang penting
Kalau selalu tumpang kereta kan bagus. Sebab boleh jimatkan perbelanjaan minyak dan merapatkan silaturahim sesama insan! SUMBER
Jadi, mungkin kita semua selalu terlepas pandang tentang ni. Kalau kita tumpang kereta kawan kita, apa salahnya kita hulur sikit duit minyak kat dia. Walaupun kawan kita tu tak pernah mintak, ataupun dia memang jenis tak kisah, tapi sebagai kawan yang bertanggungjawab, kacak, penuh rasa cinta dalam diri, dan penuh dengan iltizam beserta jati diri yang hebat.. apa salahnya kita hulur. At least dia pun rasa semangat nak bawa kereta. 

Kadang-kadang kita kena juga fikir tentang kawan kita. Mana tau dia ada masalah kewangan. Kena ingat, harga minyak pun bukannya murah sekarang. Tak elok biarkan dia menderita sorang-sorang. Tong-tong Is The Best Way. Bak kata orang putih, "When The Woman Scream, There Must Be A Flying Cockroaches Smash Her Face."  At least kalau kita hulur duit minyak kat dia, dapat juga ringankan beban dia. Betul tak? 

*Satu lagi kalau kawan kita tu isi minyak, dah lah kita tumpang, lepas tu biarkan dia yang bayar, dan dia jugak lah yang isi minyak tu. Pergh! Dajal betul kan perangai macam tu? Rasa macam nak baling anjing laut bagi anjing laut tu kokak je perut kawan kita tu kan? 

6 comments.. read them below or add one

Faiz Faiz 17 May, 2014
Betul3..kadang2 aku tolong ingatkan mmber2 yang tumpang. Tuan kereta nak mintak segan. Kena tolong ingat2kan
suesue 17 May, 2014
Sendiri mau ingat lah....
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 17 May, 2014
Betul tu. Bertimbang rasa antara satu sama lain
Malaysia Tercinta Malaysia Tercinta 17 May, 2014
Tak berapa faham bahagian bak kata orang putih tu
Faizal Fredley Faizal Fredley 19 May, 2014
ahahahha..terbaik....hanya pemilik kereta jer faham perasaan ini...
najihahfara najihahfara 19 May, 2014
betul. sendiri mau ingat la kan. x rasa serba salah ke