Jangan Buat Pelanggan Macam Ni

Tadi aku makan kat restoran yang pernah aku tinggalkan agak lama juga. Bukan kes apa, ni kes aku tersadung kaki lalu berguling-guling dan terperosok ke dalam kain sorang makcik ni. Dan aku kena penampo. Hahahaha. Aku tipu. 

Sebenarnya kes ni sebab aku memang tak puas hati. Aku bayar harga yang sangat tak setimpal dengan apa yang disajikan kat aku.

pelanggan, cara layan pelanggan, contoh layanan yang tak baik kepada pelanggan, layanan yang tak mesra kepada pelanggan
dasar panda betul! sebagai makluman, gambar memang tak ada kena mengena dengan cerita. sumber
Sebelum kejadian menyayat hati tu, memang restoran tu jadi pilihan aku untuk makan. Sebab aku memang malas nak ke mana lagi bila dah selesa dengan tempat tu. Tapi satu hari, tukang masak dia meroyan level 283 agaknya. Sambil menunggu, aku dah terbayang dah aku nak makan dengan cara yang paling sopan santun untuk menampakkan ciri-ciri seorang lelaki matang yang Cool depan semua pelanggan yang lain. Memiliki raut wajah kacak sebegini memaksa aku untuk sentiasa berkelakuan sopan. Hahaha. Maaf. kadang-kadang memang aku tersyok sendiri. Kadang-kadang tak dapat nak kawal. Penyakit keturunan agaknya. 

Ok,sambung balik. Makanan pun sampai. Nasi putih+tomyam ayam. Harga rm7. Harga tu aku tak heran lagi dah, sebab kat sini memang mahal. Yang paling buat aku betul-betul marah dan tak puas hati adalah isi kandungan dalam tomyam ayam tu. Aku hanya disajikan dengan lebih kurang 7 ketul ayam sebesar suku jari kelingking. Lainnya adalah bawang dan juga beberapa ketul sayur yang berupa jagung mini. 

pelanggan, cara layan pelanggan, contoh layanan yang tak baik kepada pelanggan, layanan yang tak mesra kepada pelanggan
Gambar sekadar hiasan. sumber
Disebabkan terlampau marah, aku rasa nak lempang je Officemate yang duduk sebelah aku. Tapi tak pasal-pasal aku kena lempang balik sebab dia tak bersalah dalam hal ni. Aku terus persoalkan tukang masak tu masa dia hantar. Dan korang tau apa jawapan dia?

" Lain kali saya letak sekor ayam terus ye.", sambil terus berlalu.

Dia ingat aku main-main. Aku terus buat muka tegang dan ikut dia ke dapur. Lepas tu mula aku tanya dia bertubi-tubi.

" Ni berapa ringgit bang? Macam ni ke nilai rm7 tu? Banyak ni je ke? Berapa ketul ayam abang bagi saya ni? Cuba kira kejap. Kenapa saya rasa macam sikit sangat ni?",soal aku lagi. Memang muka aku tak mampu nak senyum lagi. Muka aku dah tahap masam dan garang gila. Tapi tu kat muka je. Kat bahagian kaki ke bawah semua dah berpeluh-peluh. Takut pun ada jugak. Hahaha

pelanggan, cara layan pelanggan, contoh layanan yang tak baik kepada pelanggan, layanan yang tak mesra kepada pelanggan
Muka aku masa tu lagi ketat dan lagi tegang daripada yang ni.  Korang takut tak? 
Lepas tu aku nampak muka dia pucat. Ok, nampaknya perang psikologi aku berjaya. Aku apa lagi terus bertalu-talu lagi soalan. Dan kemudian, dia berlembut dengan aku. Terus dia bagi diskaun untuk sajian tu. Aku malas nak suruh dia buat baru. Takut dia pedajal aku pulak.  Lepas daripada kejadian tu, aku terus tak masuk restoran dia lagi. Siapa yang rugi sekarang. Janganlah buat pelanggan macam tu. Tak baik. 

Tadi aku saja je Order menu yang sama. Dan, hari ni, dia punya sajian tak macam sebelum ni. Lebih berbaloi dengan harganya. Macam ni lah baru pelanggan nak datang lagi. You must remember. When people come, they will be hope for your business. When people gone, it's mean that you are smoking in the water. Hahaha. Tak paham? Tak paham abaikan. Aku pun tak paham. 

{ 12 comments.. read them below or add one }

therylisa nurul ain therylisa nurul ain 22 May, 2014
You are smoking in the water... :3
Ainim Suju Ainim Suju 22 May, 2014
uiks..7 ketul ayam kecik? cakap kt org tu, baik tak yah letak. tapi dia dh improve skang ni kira okay la. at least belajar drpd pengalaman kena sound dgn customer
Nadia Johari Nadia Johari 23 May, 2014
Memg tak berbaloi la ayam kcik..sayur ape je..hahaha..memang kene la die
zulhilmi tempoyak zulhilmi tempoyak 23 May, 2014
hias bawang byk2.. eheheh
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 23 May, 2014
salam. ek eleh jawapan dia..ayam seketul eh? huhuhhuuu
nor azman nor azman 24 May, 2014
Nasib baik xbkr je kedai 2
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 25 May, 2014
Kena bersabar aje jika macam tu.
MARIA AWI MARIA AWI 25 May, 2014
suka dengan peribahasa last tu =)

malam tadi baru terkena..
rasa frust taknak makan lagi kat restoran tu walaupun tempat tu happening

10 Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Sukma Haron Sukma Haron 26 May, 2014
Kasi pangkah kedai tu...
Peribahasa tu terbaik...
amir zahari amir zahari 28 May, 2014
bawang penting utk kesuburan..
Yana Nana Yana Nana 02 July, 2014
itu namanya cekik darah