Lelaki Miskin Bercinta Dengan Perempuan Kaya

Bila Lelaki Miskin Bercinta Dengan Perempuan Kaya - Kelmarin aku TERTENGOK satu drama (Cis! Kantoi aku tengok drama), yang melibatkan percintaan antara seorang BIBIK lelaki dengan anak majikannya yang bertaraf Dato'.  

Lepas je drama tu habis, secara tiba-tiba otak cerdik aku ni berfikir apa akan jadi pada drama tu bila disambungkan lagi sehingga dorang dah berumah tangga. Adakah ia akan Sweet macam saat dorang bercinta? 

Betul ke ada perempuan kaya yang sudi untuk memandang lelaki yang miskin, yang tak berapa nak gah, yang tak kaya, dan tak berapa MASYUK apa lagi yang bergelar BIBIK macam dalam drama tu? 

Cinta tu memang buta, dan tak mengenal siapa, cuma yang membuat aku terfikir, adakah hubungan tu akan Sweet sampai bila-bila? 

lelaki miskin, perempuan kaya, lelaki miskin vs perempuan kaya, lelaki dan perempuan, percintaan antara lelaki miskin dengan perempuan kaya, isteri lagi kaya daripada suami
Errr.. Kenapa aku rasa gambar ni macam tak ada kena mengena je? Adeh.. SUMBER
Apakah takkan timbul isu gaji suami lebih kecil daripada sumber kewangan isteri yang membuatkan isteri bakal naik kepala pada suami dan kurang Respect pada suami? 

Apakah si isteri akan berpuas hati dengan apa yang dihidangkan suaminya ataupun apa yang dihadiahkan suaminya apabila apa yang dihadiahkan suaminya tak seperti yang diharapkannya? 

Macam mana penerimaan kawan-kawan isteri dan juga saudara mara isteri terhadap suaminya yang memang diketahui bertaraf lebih rendah daripada isterinya? 

Dunia isteri dan dunia suami juga mungkin berbeza. Adakah suami akan dapat biasakan diri dengan gaya hidup isteri dan isteri dapat biasakan diri dengan gaya hidup suami? 

Apakah seekor kucing sangat tangkas untuk menangkap seekor lipas terbang? Eh..

Ini sekadar soalan yang bermain dalam minda aku je. Bukanlah satu entri yang serius. Hahaha. Tapi kalau korang ada pandangan dan juga komen-komen bernas, boleh juga tumpahkan kat ruangan komen tu. No Hurt Feeling. Anggap je artikel ni macam angin yang lalu sepintas lalu je. 


{ 14 comments.. read them below or add one }

reezluv reezluv 14 May, 2014
pengalaman aku yang lepas..aku sungguh rasa tak selesa...memang takdir aku kot gitu..tapi ada juga yang ok je..kalau aku, rasanya kurang selesa..:D
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 14 May, 2014
Hamboii banyaknyaa persoalannya. Hehehe Tapi kalau realiti, kalau dah mereka tu jodoh, apapun terjadi, Allah ada. Ada hikmah disebalik semua tu. Kalau drama ni, eeerrr tak tahu nak ckp XD
Siti Anirah Azuri Siti Anirah Azuri 14 May, 2014
Hmm... kalau saya, saya tak kisah pun dia miskin..sebab saya pun datang dari family yang sederhana..
miskin kaya kadang2 tak melambangkan kebahagiaan.. :)

Kalau fikir negatif, maka negatif lah hidup kita..
Khir Khalid Khir Khalid 14 May, 2014
Assalam... aku ada seorang kawan yg berkahwin dgn anak tan sri.. kawan aku ni kerja biasa2 je & isteri dia tak kerja sbb ada elaun dari share kompeni ayah dia. Elaun dia lebih jauh besar dari gaji kawan aku ni. Tapi so far, ok je... dah 16 tahun jugalah rumahtangga dia org. Kawan aku ni jenis cool je.. redup je muka klu tengok dia hehee..
Ye lah... nasib masing2 kan.. :)
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 15 May, 2014
Oh Boni, benarlah kata org cinta itu buta ..
Jia Rizaira Jia Rizaira 15 May, 2014
Cinta itu buta...tp tak tau la buta smpai mana. Kalau dah jodoh tak kemana..mohon si isteri yg taraf tinggi dr suami tidak memijak laki yg bertaraf rendah ni..
Khalilah MNor Khalilah MNor 15 May, 2014
Saya yakin ada la boni... Dah banyak contoh depan mata... Kalau dah jodoh Allah? InsyaAllah segalanya akan di permudahkan... =)
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 15 May, 2014
Dalam cerita hidup aku, aku x pandang ppuan tu kaya atau x..asalkan dia dapat jaga hati aku dgn baik dah cukup baik. Kalau aku jadi ppuan x tau la macam mana.harapnya sama. Hehehe
akubiomed akubiomed 15 May, 2014
Berat..berat nak jawab. Tanya nujum pak belalang mungkin ada jawapan. :-)
fadh leyanie fadh leyanie 15 May, 2014
cinta sejati tulus ikhlas xmengenal harta..ewah!
Aku Penghibur Aku Penghibur 15 May, 2014
cinta itu memang dasyat
Firdaus Azizi Firdaus Azizi 17 May, 2014
Segalanya tak mustahil kalau Allah nak beri. Cuma kita lah kadang2 fikir macam lawak jer :P
danita danita 17 May, 2014
beza sgt bila dah masuk alam rumahtangga, x sewangii masa bercinta heheh