Macam Mana Orang Nak Hormatkan Kita Kalau Perangai Kita Macam Ni

Macam mana orang lain nak hormatkan kita kalau banyak sikap negatif dalam diri kita? Dah banyak kali dah aku tengok dengan mata kuyu aku ni dan mengalaminya sendiri. Aku pun bukannya sorang lelaki kacak yang budiman dan baik, tapi sekurang-kurangnya aku berusaha untuk menghormati orang lain dan sebolehnya berusaha menjauhi sikap-sikap  negatif. 

cara-cara untuk hormat orang, amalan hormat-menghormati, macam mana nak hormat orang, tips untuk hormati orang lain, macam mana untuk orang lain menhormati kita, sikap hormat-menghormati
Sumber
Contoh macam tadi. Aku pergi ke kedai yang selalu bos aku pergi untuk tempah cop. Katanya dorang suka aku deal dengan dorang. Sebab aku ni peramah dan tak berlagak. Sebelum ni dia ada deal dengan orang lain tapi dorang tak berapa selesa disebabkan perangai yang berlagak tak tentu pasal dan tak mesra. Aku bukannya nak bangga diri, tapi pegangan itulah yang aku bawak selama aku hidup ni. Sentiasa merendah diri dan peramah. Walau raut wajah aku nampak tegang dan garang, tapi itu hanyalah semata-mata untuk kekalkan momentum kekacakan aku je. Merendah diri itu yang terbaik sebab siapa kita ni untuk berlagak dengan orang lain? Sekaya mana pun kita, sebanyak mana pun harta kita, segah mana pun kita, itu semua bukan hak kita. Ia hak Yang Esa. Ramai yang terlupa tentang tu.  


cara-cara untuk hormat orang, amalan hormat-menghormati, macam mana nak hormat orang, tips untuk hormati orang lain, macam mana untuk orang lain menhormati kita, sikap hormat-menghormati,
Sumber
Kalau bab atas jalan raya pulak, aku selalu bertembung dengan pemandu-pemandu yang agak berlagak juga. Contohnya macam kereta mewah yang nak tukar Lane. Aku dah bagi laluan, tapi sikit pun tak nak angkat tangan. Muka tegang je. Pergh, berlagaknya. At Least pandanglah sikit muka aku ni. Hayati dan tenung wajah aku ni. Pasti kau akan mengagumi jelingan gatal aku ni. Hahaha. Ok, sambung balik. The Best Part, bila ada kereta lain nak masuk Lane dia, bermati-matian dia tak bagi laluan. Perangai macam apa tak tau. Sebenarnya kereta tak mewah pun ada perangai macam ni, tapi kebanyakan yang aku kena kereta mewah.


cara-cara untuk hormat orang, amalan hormat-menghormati, macam mana nak hormat orang, tips untuk hormati orang lain, macam mana untuk orang lain menhormati kita, sikap hormat-menghormati,
Sumber
Kalau kat Facebook dan media-media sosial pulak, janganlah asyik nak meng Stupid-Stupid kan orang lain. Jangan asyik nak memvangang-vangangkan orang lain. Dan paling tragis, menghina dengan keji parti tu parti ni. Korang kena ingat, asasnya kita adalah bersaudara. Jangan pecahkan persaudaraan tu dengan benda-benda ni. Nak tegur, tegurlah dengan cara yang berhemah. Bukan tak boleh untuk kita tegur orang lain atau tegur segala ketirisan dan kepincangan sesebuah parti tu. Tapi biarlah dengan cara terhormat. Jangan buat orang lain hilang rasa hormat kat kita. Walau korang kacak setanding aku sekalipun, tak guna kalau orang tak hormatkan korang. Susah kita nak kecapi kebahagiaan dalam hidup. 


cara-cara untuk hormat orang, amalan hormat-menghormati, macam mana nak hormat orang, tips untuk hormati orang lain, macam mana untuk orang lain menhormati kita, sikap hormat-menghormati,

Jenis yang kurang ajar dan biadap pun salah satu sikap yang buat orang lain susah nak hormati kita. Aku sebelum ni selalu kena. Ini aku cerita tentang adab beratur. Kalau kita beli barang, kita kenalah beratur. Aku penat-penat beratur, sesedap rasa manusia jenis biadap ni potong. Mungkin nak tunjuk samseng dan nak orang lain takut, tapi sebenarnya salah cara tu bro. Cara tu buat orang lain rasa nak pijak muka lu orang. Hilang rasa hormat lagi ada. Satu hari tu, disebabkan selalu sangat terkena benda yang sama, aku Lost Control. Aku tumbuk meja Cashier tu dan suruh dia kira aku punya dulu. Hilang dah sabar aku. Masa tu aku dah tak peduli apa. Nak jadi apa pun jadilah. Nasib baik tak jadi apa-apa. Tak pasal-pasal hilang rasa hormat Cashier tu kat aku.. Adeh.. 


sumber
Jadi, mungkin lepas ni kita kena jaga sikap-sikap kita supaya mudah diterima dan dihormati orang lain. Aku pun masih lagi merangkak-rangkak untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum-sebelum ni. Sama-sama kita berusaha jom. 


NotaMengejut :- Berlagak Dan Perasan Adalah Dua Perkara Yang Berbeza. Heh heh.


{ 7 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 27 May, 2014
Setuju dengan hujah hujah Boni. Selama ni ena pendam je dengan semua ni. Sampai makin lama makin menyampah dengan manusia yang tak reti nak hormat orang lain. Bila buat baik, dipijak2. Bila buat jahat, kena maki hamun apa semua
Yan Ty Yan Ty 28 May, 2014
Perfecto! Sometimes bila orang diam, hentam..tanpa sabar n myampah orang pun ada juga terHARSH sikit melenting. pelik2 manusia ni.
SentiasaPanas SentiasaPanas 28 May, 2014
Hanya dengan senyum mampu menawar duka dan pandangan sinis. Apa lagi bila disertakan ucapan lembut ~ala2 azwan ali huhu.. blh membuatkan org tertarik dan menghargai kita..kan?
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 28 May, 2014
salam boni. insyAllah sy juga cuba jadi yang terbaik :))
Mohd Zakwan Zain Mohd Zakwan Zain 28 May, 2014
betul sangat tu..
kalau kita asyik meng-stupidkan orang, mcm mana orang nak hormat kita?
sokong smua poin yg kau sampaikan. cheers ! :)
akubiomed akubiomed 29 May, 2014
Perlu menghormati diri sendiri dahulu. Apabila diri sendiri tidak dihormati macamana orang lain hendak hormati kita.
azwan anuar azwan anuar 29 May, 2014
jangan nak meng-cadbury-kan orang je..nanti kena cadbury balik