Mana Rasa Tanggungjawab Pemandu Teksi Sorang Ni

Pemandu Teksi Yang Tak Bertanggungjawab - Semalam aku Half Day kerja sebab hantar dua ekor kucing ternakan aku ke Vet. Demam teruk. Jadi, sampai je kat rumah bos, Park motor lantas dengan perut yang terhuyung-hayang ni aku melangkah keluar untuk tunggu teksi. Sebuah teksi SAGA BLM pun berhenti. Dalamnya terselit seorang pemandu lelaki berkopiah, berjanggut dan berspek mata ala spek mata gambar header aku tu.

PEMANDU TEKSI NI NAMPAK MACAM BERTANGGUNGJAWAB TAPI SAYANGNYA TAK..

Sepanjang perjalanan, tak habis-habis dia dengan Handphone. Aku tak tau samada pemandu teksi ni main Game atau balas mesej seseorang. Kalau masa berhenti kat Traffic Light takpe lagi. Ni masa teksi tengah bergerak pun dia masih lagi hadap Handphone dia tu. Pergh. Kau bukan terel macam aku , sambil bawa motor sambil makan kuaci sambil minum Kopi Jantan. Kadang-kadang aku nyanyi lagu Aselehe sambil petik jari. Hebatkan? 

Nasib baiklah laluan ke pejabat aku banyak Traffic Light. Jadi, dia tak boleh nak bawa laju sangat. Ada satu Part tu , Time Cornering pun dia dengan Hanphone dia tu. Nasib baik tak terbabas. Tu pun hampir keluar Lane sikit. Pergh. 

Nak aku Sound, lebih berumur daripada aku. Lagi satu, aku dah lambat ke pejabat. Tak pasal-pasal kang dia penaya aku. Sampai kat destinasi, meter rm6.70. Dan aku hanya dapat baki rm3. 

PEMANDU TEKSI MACAM NI MEMANG PEMANDU TEKSI YANG MEROSAKKAN NAMA PEMANDU TEKSI YANG LAIN.

Baiklah. Ini contoh yang tak baik langsung. Pakaian tak melambangkan identiti seseorang. Dan lagi satu, pemandu teksi jenis ni memang tak boleh pakai. Pemandu teksi jenis ni tak ada sikap bertanggungjawab sebab dia membahayakan nyawa orang. Mungkin bagi dia, nyawa orang lain tak ada nilai. Langsung tak bertanggungjawab. Nasib baiklah bapak aku dah tak bawak teksi lagi dah. Kalau tak, disebabkan perangai pemandu teksi yang tak bertanggungjawab macam ni , habis semua pemandu teksi lain dapat persepsi yang buruk daripada orang ramai. Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

pemandu teksi yang tak bertanggungjawab, contoh pemandu teksi yang tak bertanggungjawab, sikap buruk pemandu teksi, pemandu teksi, teksi
Gambar sekadar hiasan dalaman. SUMBER
Ikutkan aku, nak je aku Report kat SPAD dan Publish nombor plat teksi tu. Tapi disebabkan aku tak nak periuk nasi dia terjejas, dan dia adalah MELAYU kita,  aku sabar. Cuma aku harap artikel ni dapat menyedarkan pemandu-pemandu teksi yang tak bertanggungjawab macam ni supaya ubah perangai tu. Ini melibatkan nyawa. Korang bukan bawak anak patung pergi jalan-jalan. 

Lagi satu.. Kenapa sekarang ramai pemandu warganegara luar. Memang dorang dibenarkan bawa teksi ke? 

* ARTIKEL NI HANYA UNTUK PEMANDU TEKSI YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB. TAK SEMUA PEMANDU TEKSI MACAM NI.


{ 13 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 01 May, 2014
Klu pemandu teksi tu cina enko report tak???
Amanda Suria Amanda Suria 01 May, 2014
X kisah la cina ke india ke melayu..kalau dh slh kena la report kan boni..tp depend on timbangrasa jugak...
Qaseh Vee Qaseh Vee 01 May, 2014
dia dah boring kot asyik tgk jln jer hari - hari . rasanya dia x pandu laju kan ... alhamdulillah x berlaku apa - apa .
Jazz Lover Jazz Lover 01 May, 2014
Kesiannya Abang Boni. Mesti rasa nyawa di hujung tanduk time tu kan. Hahah. Saya dulu pun pernah kena. Dye offer anta g rumah, bayarannya RM40. Macam nak pergi dari Sarikei ke Kuching. Padahal bayaran biasa RM3 jew.
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 01 May, 2014
Bahaya jika pemandu teksi macam ini. Bayaha untuk penumpang dan orang ramai.
boni kacak boni kacak 01 May, 2014
aku ni jenis malas nak besarkan sau2 hal. paling kuat pun aku masuk entri blog macam ni. tak kisah lah melayu ke cina ke india ke, ambik je lah iktibar dari entri ni. faham?
Yan Ty Yan Ty 02 May, 2014
Xde perikemanusiaan.
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 02 May, 2014
salam. huisshh bahaya pemandu cmtu!
Malaysia Tercinta Malaysia Tercinta 02 May, 2014
Report ke SPAD tu sebenarnya satu tanggungjawab. Pakcik tu yang tabur pasir dalam periuk nasi pemandu teksi lain.
RahimAim rahimaiM RahimAim rahimaiM 05 May, 2014
agak tidak bertangungjawab pemandu teksi tersebut...xpe2... aq ni share je la... kat tmpt aq ada sorang pmndu teksi ni...dia cam ada pnyakit la...sikit2 kpala dia teleng n bergerak ke sblh kanan....seram siut naik teksi dengan dia....takut tangan2 dia skali gerak ke kanan..huhu
Syaifuddin Alias Syaifuddin Alias 05 May, 2014
haha report bni jangan tak report
AnonymousAnonymous 03 August, 2014
Wonderful work! That is the kind of information that are meant to be shared
around the net. Disgrace on Google for not positioning this publish higher!

Come on over and discuss with my website . Thank you =)

Here is my page fifa 14 coin generator
Shahril Cena Shahril Cena 29 December, 2014
This comment has been removed by the author.