Pelik Ke Aku Pakai Kain Pelikat?

Tadi aku keluar pergi Tesco. Rasa lapar jajan pulak. Walaupun aku ni dah dewasa dan berbadan sasa pulak tu, tapi aku tetap suka makan jajan. Jadi, aku pun keluar terus sambil menyarung kain pelikat coklat petak-petak

Sampai kat Tesco, banyak mata tertumpu kat aku. Apa yang dorang pelik tak tau lah. Pelik aku. Adakah sebab aku sarung pelikat, atau adakah sebab aku ni terlalu tampan untuk berada kat Tesco tu? Tapi ikut kata hati aku, ni semua sebab aku pakai kain pelikat. 

" Korang dah kenapa pelik tengok aku? Tak pernah tengok orang pakai kain pelikat ke?! Ke korang pertama kali tengok seorang remaja yang sangat kacak bersiar-siar kat Tesco?", bentak aku... dalam hati. 

Entah apa yang dipelikkan. Itu kan normal. Aku pun memang jenis tak kisah pergi Shopping Complex pakai kain pelikat. Korang tu patut pelik kat Superman sebab pakai spender kat luar. Orang pakai kain pelikat pulak yang nak dipelikkan. Dunia.. dunia...


pakai kain pelikat, kain pelikat, gambar kain pelikat, kain pelikat coklat
Tengok kat orang ni. Kain pelikat pun buat langsir.  Apa yang nak dipelikkan? sumber

{ 10 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 11 May, 2014
Hahahahaha lawak la boni ni. Tapi okay la tu pakai kain pelikat je. Lainlah kalau boni terlanjang bolat g beli janjan. Hahahahaha
Sharifah Anggerik Sharifah Anggerik 12 May, 2014
hahaha pelik sebab jarang je orang pakai kain pelekat kat shopping complex... selalu mesti orang pakai raget2 je... kan kan kannnn..... tapi kalau aku tak kisah pun... sebab aku pun tak reti nak pakai kemas2 sangat kalau nak pi shopping complex... gigigi....
Ayu Saribon Ayu Saribon 12 May, 2014
hehe.. perasan la boni ni... tak mesti diorang pelik.. takjub kot...
ZUKI DIN ZUKI DIN 12 May, 2014
pakai kain pelikat tu ok apa? sbb menutup aurat..yg pakai shorts n skirt tu yg patut ditegur.
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 12 May, 2014
Ce fikir cemana kalo awek cun plak yg pakai kain batik jeee g beli jajan?



Begitu la juga dgn pakwe hensem .. macam Boni Kacak.. wakakakaka
Rafael Andre Rafael Andre 12 May, 2014
Cuba pakai kain batik... yang dah koyak punya
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 12 May, 2014
salam. pada sy la kan..pakai kain pelikat pegi shopping complex..rasanya jarang kut org buat..that y la semua mata memandang..mungkin la..haha
akubiomed akubiomed 12 May, 2014
Diorang dengki dekat bro kot? :-)
Wom.my Wom.my 14 May, 2014
Salam blogwalking.. Jangan kesah sangat nak berfesyen ni .. redah jer .. tapi pastikan menutup aurat.. insyallah..