Rumusan Final Piala Thomas 2014

Rumusan Final Piala Thomas 2014 - *Update terkini. Keputusan akhir Malaysia kalah pada Jepun 2-3. Aku malas nak layan Piala Thomas malam ni sebenarnya. Sebabnya aku penat sebab debaran tahap tertinggi. Tadi pun masa perlawanan keempat membabitkan regu Malaysia dan regu Jepun, habis melantun-lantun bontot aku ke kiri, ke kanan, ke depan dan kebelakang. Tu tak termasuk lagi aku hampir tercampak ke dinding. Macam tengok cerita seram pulak aku rasa.

Final malam ni  sangat mendebarkan. Sengit yang sangat sengit. Tapi tetap ada kelemahan yang perlu diperbaiki untuk akan datang. Malaysia tetap kekurangan sengat dalam acara individu dan perseorangan. 

Chong Wei Feng nampak langsung kurang bersemangat dan tak ada nafsu untuk menang. Semuanya serba tak menjadi dan tak menyengat. Mungkin sebab terlalu tekanan dan juga terlalu gemuruh. Dalam kes ni, kekuatan mental memainkan peranan. Mungkin mental Chong Wei Feng tak cukup kuat untuk masuk dalam Final Piala Thomas 2014 ni.

cerita tentang final piala thomas 2014, final piala thomas 2014, komen tentang pemain malaysia dalam piala thomas 2014, rumusan final piala thomas 2014, sekitar final piala thomas 2014, keputusan akhir malaysia vs jepun final piala thomas 2914
Chong Wei Feng. sumber
Untuk Liew Daren pulak, semangat juang dia amat tinggi. Nampak beliau bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan tersebut. Walaupun dia masih ketinggalan untuk dibandingkan dengan Lee Chong Wei, tapi semangat juang dia amat tinggi untuk bersaing. Kalah mudah untuk set pertama bagi aku sebab Liew Daren lambat panas. Tak minum pati cap ayam agaknya. Tapi lepas dapat rentak, permainan dia semakin meningkat dan meningkat sampaikan pemain Jepun tak sangka Liew Daren berjaya mengalahkan dia dalam set ke dua. Bagi aku Liew Daren wajar diberikan penghormatan walau kalah kerana dia berjuang bermati-matian untuk memenangi Piala Thomas ni tapi tak bernasib baik. 

cerita tentang final piala thomas 2014, final piala thomas 2014, komen tentang pemain malaysia dalam piala thomas 2014, rumusan final piala thomas 2014, sekitar final piala thomas 2014, keputusan akhir malaysia vs jepun final piala thomas 2914
Liew Daren. sumber
Bagi Lee Chong Wei, tak perlu aku nak cakap apa dah. Dia hebat macam aku jugak. Terel macam aku. Level dia setahap lagi atas daripada semua pemain-pemain perseorangan yang ada kat Piala Thomas tu. Saingan dia cuma pemain daripada China terutamanya Lin Dan

cerita tentang final piala thomas 2014, final piala thomas 2014, komen tentang pemain malaysia dalam piala thomas 2014, rumusan final piala thomas 2014, sekitar final piala thomas 2014, keputusan akhir malaysia vs jepun final piala thomas 2914
Lee Chong Wei. sumber
Regu pertama bagi aku boleh tahan.Cuma tak cukup persefahaman. Semangat juang tu ada tapi banyak buat kesilapan. Kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya dilakukan. Lagipun, aku dengar dorang baru je digandingkan dalam berapa minggu. Bagi aku, kurang persiapan untuk regu ni.

Bagi beregu kedua yang berjaya memenangi perlawanan tadi, aku dapat katakan... dorang memang satu pasangan yang sangat sempurna. Saling melengkapi antara satu sama lain. Pasangan regu ni juga wajar diberi kepujian dan penghormatan sebab mempamerkan semangat juang yang tinggi hingga memenangi perlawanan malam ni. Ini adalah pasangan regu yang terbaik ada kat Malaysia sekarang ni. Cuma harapan aku agar dorang akan kekal konsisten dan hebat. 

Jepun bagi aku satu pasukan yang memang mantap. Bagi aku, dorang memang dah cukup persediaan. Tengok je lah apa jadi pada China. Dengan selamber badak je dorang ayam-ayamkan China. Aku mula-mula ingat Jepun masuk Final Piala Thomas ni mungkin sebab faktor nasib. Tapi lepas saksikan permainan dorang, aku katakan yang dorang memang layak ada kat Final. Semangat juang dorang dan jarang buat kesilapan membuktikan yang dorang bakal menjadi satu lagi saingan hebat dalam arena badminton dunia. 

Apa-apapun, tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya memberikan saingan yang sangat sengit kepada Jepun. Final Piala Thomas 2014 malam ni memang sangat-sangat epik. Walau kalah tadi, tapi aku bangga dengan pemain-pemain Malaysia. Teruskan berusaha dan teruskan berkembang lepas ni. 

Sekarang ni aku nak tuam bontot aku. Habis lebam-lebam sebab melantun-lantun dan tercampak-campak tadi.

3 comments.. read them below or add one

akubiomed akubiomed 26 May, 2014
Nampaknya pasukan Jepun yang dahulu adalah pasukan belasahan sekarang ini mampu mengugatkan beberapa negara yang dahulunya dominan didalam sukan Badminton.
Sukma Haron Sukma Haron 26 May, 2014
Bagi aku pengurusan BAM perlu dirombak juga sebab individu sepatutnya ramdan misbun dipilih tetapi apa dah jadi dgn campurtangan yg tak sepatutnya...
hafizmd hafizmd 27 May, 2014
Aku boleh kate setuju semua rumusan ni. Meme padanlah ko lebam2 vuntut tu...hahaha

Chong wei feng betullah kot mcm ko ckp..gementar..kalau tak..rasenye ade hrpan boleh menang sbb dia pernah mng ngn mamat tu

1st double mmg bagua cume mungkin sbb team ni team yg dipecahgabung utk piala thomas..so keserasian tu mgkinlah ade kureng

2nd double...mmg wajar terus dikekalkan walaupun tan wee kiong dan psgn asal hoo berada pd ranking ke8 dunia..

Liew daren. Dia mmg berhak dipuji tp dlm mase yg sama dia wajib insafi diri. Dah lama dalam jd senior tp syg ranking dunia jauh berbeza. Dia ada potensi besor sgt. Hrp dia makin kuat utk piala thomas 2016 nnti.

Lcw macam biase mmg dlm level pling power. Main santaipun aku rase dia ttp akan mng sbb kawalan glgg sma mcm ko kwal pentas! Terbaik!

Tahniah Malaysia!!!!