Sakit Kepala Tak Henti

Aku kebelakangan ni asyik sakit kepala je. Risau jugak aku. Kadang-kadang rasa kepala tu melayang je. Nak kata aku ni main dadah, tak pulak. Aku bukan taik dadah. Sampai satu tahap aku mula kemurungan. Aku mula hilang semangat. Semua ni sebab aku sangkakan aku mengandung. Dem! Celah mana pulak aku nak mengandung. Aku lelaki. Dan aku tak mengamalkan seks bebas. 

Baru-baru ni, disebabkan terlalu tak tahan, aku pergi berbekam dan urut badan. Mengikut pakar urutan tradisional tu yang bernama Encik Ghaz Bakar Abu Daniel Dhabi ( aku tak tau nama dia sebenarnya) , katanya tengkuk dan belikat aku banyak terkumpul angin. Aku terbayang-bayang angin tu berkumpul kat satu tempat dengan masing-masing memperlihatkan wajah jahat, jijik dan kejam yang sangat menakutkan. 

Lepas bekam dan urut tu, kepala aku ok dah. Sakit badan terus hilang. Dasyat air tangan Brada ni. Lepas je dia sental-sental badan aku sekuat hati dia, lepas tu aku rasa macam dapat badan baru. Tapi masa dia urut tu, rasa macam nak tumbuk je halkum dia. Sakit betul lagi-lagi dia sental tempat yang ada angin tu. Tapi aku pasrahkan je apalagi mengenangkan sakit kepala aku yang menyerang menggila bagaikan serangan Messi ke arah pintu gol lawan. 

Tapi langit tak selalunya cerah, bulan tak selalunya berbentuk sabit dan perut tak semestinya buncit. Dua tiga hari kemudian sakit kepala tu muncul semula. Sakitnya berdenyut-denyut. Aku dah mula fikir bukan-bukan. Aku fikir mungkin kesakitan ni disebabkan tabiat aku yang suka Selfie. Sakit kepala kan tanda awal penyakit mental. Kan ada orang cakap Selfie ni tanda orang tu sakit mental. Orang cakap. Aku tak mengiyakan pun. Kadang-kadang aku terfikir yang dalam kepala aku ni terselit sebatang monopod yang entah mana datangnya. Aku murung balik. Sampai satu tahap, aku jadi terlalu tak larat untuk buat apa. Walaupun hari-hari pergi kerja, tapi aku rasa sangat-sangat tak larat. Hanya Allah je yang tau perasaan aku masa tu. Seksanya sangat-sangat seksa. Luaran aku mungkin senyum, tapi hati aku merintih kesakitan. 

" Kalau lah aku dah berbini, mesti ada sepasang tangan putih gebu yang lembut sedang memicit-micit kepala aku ni dengan penuh gemalai dan penuh kasih sayang",omong kosong aku dalam hati sambil baring memandang bintang di langit mengenang nasib.

Beberapa hari selepas tu, aku tiba-tiba mendapat satu ilham. Mungkin disebabkan otak aku yang direkabentukkan separa genius ni membuatkan aku dapat berfikir secara rasional. Aku terfikir yang mungkin sakit kepala ni ada kena mengena dengan cermin mata yang aku pakai. Cermin mata aku ni agak besar. Bila ia besar, kanta dia lebih tebal kat bahagian tepi berbanding biasa. Jadi, mungkin itu sebab musabab utamanya. Jadi, aku cuba tak pakai cermin mata tu. Aku gantikan dengan Contact Lense. Walaupun tak selesa, aku paksakan diri juga. 

Ajaibnya.... sakit kepala tu hilang! Cis! Ini sebab utamanya sakit kepala aku tak hilang-hilang. Cermin mata tu penyebabnya. Aku dah mula memandang serong kat cermin mata tu. Rupanya cermin mata yang tak serasi dengan kita pun boleh menyebabkan sakit kepala tak henti-henti. Mungkin sebab kanta cermin mata tu terlalu tebal. Power dah betul. Tapi disebabkan cermin mata tu besar, jadi kanta tu jadi lebih tebal kat bahagian tepi. Rugi betul aku tempah cermin mata ni. Takpe. Belajar daripada kesilapan...

sakit kepala tak hilang-hilang, sakit kepala, selalu sakit kepala, kenapa sakit kepala, antara punca-punca sakit kepala
Aku yang kat tengah tu dengan cermin mata yang agak besar.  Lepas ni kurang lah kekacakan aku sebab tak pakai cermin mata ni lagi. 

6 comments.. read them below or add one

ma ❥ ma ❥ 10 May, 2014
boleh dah tu cari sepasang tgn putih gebu :p
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 10 May, 2014
Ena rasa boni ada silau teruk kot, selalunya dia effect kepala kalau silau ni. Tak pun boni ada migrain. Hurmmmm. Apapun, take care
Sukma Haron Sukma Haron 11 May, 2014
Saya pun g urut utk hilangkan sakit kepala
yana yassin yana yassin 12 May, 2014
Hahahha,.. xleh blah statement . But kat mana buat bekam tue boni. Cer bagi detail sikit, mana tau boleh terjah bawak En. Suami .
Afasz Afasz 12 May, 2014
kalau migrain try minum kopi. .. sy dah try. ok.

jemput singgah blog sy gak ye.
joehaz joehaz 12 June, 2014
kadang2 sakit kepala ni sebab faktor usia. maka bertabah dan redha la tuan :D