"Tauke Kami Orang Kaya" - Mungkin Dia Lupa

Cuaca tengah hari tadi sedang-sedang. Tak panas dan tak sejuk. Ia seperti cuaca di Korea (Aku pun tak tau cuaca Korea macam mana). Aku tarik nafas sambil memandang ke luar pejabat. Ternampak kelibat manusia-manusia yang berjalan kat luar pejabat tu. Ada yang tinggi, ada yang pendek, dan ada yang perasan kacak macam aku jugak.

Sedang asyik melayan suasana luar, aku sumbat Earphone dalam telinga dan Play lagu Twinkle-Twinkle Little Star kat Youtube. Nak merasa balik jadi budak-budak.

Tengah layan tu, nampak kelibat Abang Mail (Office Mate) lalu kat sebelah aku. Dan aku perasan dia duduk kat sebelah aku. Aku terus Stop Youtube.

" Ada Task bos bagi ke Bro? Kita nak pergi mana ni?",soal aku.

Tapi Abang Mail diam menyepi. Aku terus toleh ke sebelah aku. Chait. Kosong. Rupanya Abang Mail ada kat luar belakang. Nasib baik tak ada sesiapa menyaksikan kejadian mengaibkan tu. Demm! Itu adalah perkara asas yang sangat memalukan. Ibarat bercakap dengan makhluk halus. Aku terus ke belakang. Belum sempat aku duduk, Abang Mail terus ceritakan kisah dia bersembang dengan Waiter satu restoran ni.

"Kau tau Boni. semalam aku sembang dengan Elly Becky Jilbert (bukan nama sebenar). Aku saja gurau dengan dia. Aku suruh dia kira murah-murah sikit.  Nanti Customer tak nak datang kedai ni lagi kalau kira mahal-mahal. Kau tau dia cakap apa?",soal Abang Mail.

Aku terpinga-pinga. Dah lah aku tak duduk lagi. Terus diajukan soalan tu. Rasa macam nak Starlight je dahi Abang Mail ni. Aku ambil masa dan terus melompat depan abang Mail gaya seekor katak pisang betina sedang melompat dikejar katak pisang jantan yang gatal lagi merenyam.

" Tak kisah. Taukey kami orang kaya. Orang tak nak datang sini lagi pun tak apa.",sambung Abang Mail.

"Aku terus Sound dia. Aku pesan jangan berlagak. Tuhan tu kalau nak tarik balik kejap ke. Nanti bila Tuhan sudah tarik harta kekayaan tauke kau tu, dengan kau sekali hilang punca rezeki.",sambung Abang Mail lagi. Beriya-iya tangan dia terbang ke sana ke sini. Hampir-hampir jari jemari beliau terTouching lubang hidung aku. Jenuh aku mengelak ke kiri ke kanan. 

Sambung balik... Aku terkejut. Betul apa yang Abang Mail cakapkan tu. 

Mungkin dia lupa. Mungkin dia lupa tentang tu. Mungkin dia lupa yang bila-bila masa je Allah tu boleh tarik balik nikmat dunia yang tauke dia tengah kecapi tu. Mungkin dia lupa yang kalau tauke dia jatuh, dia pun kena tempias sekali. Mungkin dia lupa. Tapi Customer tak mungkin lupa apa yang dikatakannya tu. Terutamanya Customer yang kacak seperti aku ni.

tauke kaya, lupa, mungkin dia lupa, tauke, tauke restoran, pekerja restoran, waiter restoran, orang kaya, orang bongkak"Setinggi mana pun kita, segah mana pun kita, sehebat mana pun kita, jangan sesekali kita bongkak. Besar mana kita kalau dah berhadapan dengan DIA? Bila-bila masa DIA boleh tarik balik nikmat tu bila-bila DIA berkehendakkan."

{ 9 comments.. read them below or add one }

hana hadi hana hadi 31 May, 2014
belagaknya beliau.huhu cstomer confirm2 akan ingat kata2 tu + sumpah2 lagi kedai tu..opss...


p/s: mmg trend letak gambar si kacak kat bawah entry tu ek :)
Katak Comel Katak Comel 31 May, 2014
poyo betul ko boni..eh touke kedai tu..kalau aku kena macam tu, memang itu adalah kali terakhir aku terjah kedai bajet retis tu..
wakaka
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin 31 May, 2014
Ala.. Yang abg mail pun suka hati je nak mintak kurang kenapa. Kalau semua nak mintak kurang macam abg mail masak la nak berniaga kan. Haha
Mimi Azirah Mimi Azirah 31 May, 2014
Sgt berlagak beliau itu...sumbat mulut die ngan kulit doyan
Far East Far East 01 June, 2014
Setinggi mana kita melangkah, perlu diingat bumi yang dipijak...
Afasz Afasz 03 June, 2014
poyosss la bo ni ni.. ehehe
Sylarius Yusof Sylarius Yusof 03 June, 2014
Angkuh betul. Kaya hari ni, tak semestinya kaya selama-lamanya. Ada setengah orang, ada rezeki lebih sikit, terus timbul rasa kufur.
Ezad Skytech Ezad Skytech 06 June, 2014
tak guna kalau kaya dan berharta tapi angkuh dan berlagak...bila2 masa je Allah S.W.T. boleh tarik balik nikmat tu...