Apa Yang Orang Melayu Silap Tentang Perkahwinan

MAJLIS PERKAHWINAN ORANG MELAYU

Aku banyak ternampak dan terdengar rintihan kawan-kawan dan orang-orang terdekat yang belum berkahwin lagi. Antara salah satu yang aku pernah dengar,

" Macam mana aku nak kahwin bro? Duit tak ada. Mana nak cekau duit nak buat hantaran? Nak buat majlis persandingan lagi!",sambil pandang bulan dan cekak pinggang.


majlis kahwin orang melayu, kesilapan orang melayu tentang perkahwinan, majlis perkahwinan orang melayu, orang melayu, perkahwinan, kesilapan dalam perkahwinan,
sumber
Aku rasa ramai yang mengalami benda ni. Sebenarnya, jujur aku katakan mentaliti macam ni adalah mentaliti yang salah dan tahyul. Mentaliti yang telah disematkan ke dalam benak kita daripada zaman tok kaduk lagi. Kita telah disogokkan dengan cerita hantaran-hantaran dan majlis persandingan yang kadang-kadang tak masuk dek akal. Kita disogokkan dengan cerita-cerita hantaran dan majlis persandingan seolah-olah perkara itu adalah PERKARA YANG WAJIB dan menentukan sah nya sesuatu perkahwinan.  Kita disogokkan dengan cerita-cerita hantaran dan majlis persandingan seolah-olah kita perlu letak hantaran yang tinggi dan majlis yang GRAND untuk anak perempuan kita disebabkan anak perempuan kita memiliki Ijazah Sarjana Muda dan terel membuat Cup Cake Pokodot. Ini membuatkan ramai lelaki Melayu beragama Islam kecut perut nak kahwin. Ini juga membuatkan anak perempuan mereka membujang sampai ke tua walau memiliki Ijazah Sarjana MUDA. This Is tahi lembu.


majlis kahwin orang melayu, kesilapan orang melayu tentang perkahwinan, majlis perkahwinan orang melayu, orang melayu, perkahwinan, kesilapan dalam perkahwinan,
sumber

KESILAPAN ORANG MELAYU TENTANG KAHWIN

Balik semula kepada Al-Quran dan perintah Allah. Aku ni bukannya seorang yang hebat dalam bab-bab agama ni. Tapi mengikut apa yang aku belajar dan faham, Islam ini mudah. Islam ni sederhana. Islam ini memudahkan umat-umatnya.

Islam memudahkan umatnya dalam urusan perkahwinan. Tetapi Orang Melayu sendiri yang menjadikan ia sukar. Orang Melayu sendiri yang menjadikan urusan perkahwinan ni terlalu sukar dan mustahil seperti berenang di dalam lautan api. Orang Melayu sendiri yang menjadikan perkahwinan yang sederhana itu menjadi mahal. Pernah dengar tak, bila nikah itu menjadi mahal, zina akan menjadi murah.


majlis kahwin orang melayu, kesilapan orang melayu tentang perkahwinan, majlis perkahwinan orang melayu, orang melayu, perkahwinan, kesilapan dalam perkahwinan,
sumber
Kenapa kita perlu sukarkan perkara yang mulia ni? Kenapa sampai perlu tangguh-tangguh perkahwinan semata-mata kerana fikirkan duit hantaran yang mahal dan majlis persandingan yang hanyalah sebenarnya satu adat melayu yang tak dituntut pun dalam Islam. Soalan aku, korang mampu tahan nafsu serakah korang bila kahwin lambat-lambat ni? Takkan nak langgan pelacur untuk puaskan nafsu? Dosa sedia ada ni pun dah berGIGABYTE, takkan nak Upload lagi dosa? Hahaha.


Majlis Kahwin Orang Melayu


Kenapa ye orang kita ni kalau nak kahwin je, perkara pertama yang ada dalam kepala otak mesti tentang hantaran dan majlis persandingan? Itu perkara yang wajib ke? Sehinggakan perkara yang wajib iaitu nikah jatuh ke tempat yang terbawah. Aku tak faham sampai sekarang. Baik bakal pengantin, baik mak ayah kepada pengantin perempuan. Sama je pemikiran dorang. 


majlis kahwin orang melayu, kesilapan orang melayu tentang perkahwinan, majlis perkahwinan orang melayu, orang melayu, perkahwinan, kesilapan dalam perkahwinan,
sumber

Kesilapan Dalam Perkahwinan

Kenapa yang tak berkemampuan tu perlu ikut orang-orang yang banyak duit tu? Hantaran dorang beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu, beratus ribu, dan majlis persandingan dorang Grand dengan kek 56 tingkat. Kenapa nak ikut dorang? Dorang mampu biarkan lah dorang. Kita yang tak mampu ni, cukuplah buat yang wajib je. Ada rezeki nanti-nanti boleh buat majlis persandingan tu. Atau nak buat, buat je mengikut kemampuan. Jangan lah sampai pinjam sana pinjam sini. Kau Grand dan MELETOP kat majlis persandingan, tapi lepas majlis tu, kau papa kedana nak kena bayar hutang tu balik. Tidakkan itu merosakkan kehidupan korang? Korang menyeksa diri sendiri. 

Kepada mak ayah kepada anak perempuan pulak, janganlah terlalu Demand sampai meletakkan hantaran yang tinggi-tinggi dan mintak disediakan majlis persandingan yang macam majlis kahwin Angelina Joli. Tulunlah utamakan yang wajib. Sekarang ni dah terlalu banyak anak-anak luar nikah dilahirkan ke muka bumi ni. Jangan disebabkan terlalu Demand, bakal suami kepada anak perempuan korang tak mampu nak berkahwin. Last-Last bercinta-cintun, ke hulu ke hilir macam tu je tanpa ikatan yang sah. Bila nafsu dah menguasai diri, mula buat yang bukan-bukan dengan dimulai dengan ringan-ringan. Dan kemudian dua-dua terbarai mengikutkan nafsu. Honestly, kita ni manusia biasa. Tak sempurna macam Nabi. Susah untuk lawan nafsu. Ustazah pun kadang-kadang boleh hanyut dibuai gelora asmara. Pergh, terel juga aku buat ayat. Dulu masa SPM tak nak pulak terel macam ni.

" Kan boleh kumpul duit untuk hantaran dan majlis perkahwinan tu bro!! Lu sembang gunalah otak!"

Gila ke apa? Sebulan nak simpan rm100 pun sampai nak menitis air mata. Ikat perut, tak beli apa-apa. Agak-agak kalau hantaran RM10k, korang rasa bila boleh cukup nak kumpul tu? Kalau umur korang 29 tahun, dah nak masuk 40 tahun baru cukup duit tu. Hahahaha. Umur 40 orang dah bersiap nak sambut cucu dah, korang baru nak kahwin? 

" Bro, lu cakap senang lah bro! Bukan senang-senang macam tu je kahwin. Nak bagi anak bini makan pasir ke?"

Aku percaya dan yakin pada rezeki daripada Allah. Apabila kita tak 'usik' awek kita, dan kita niat bernikah dengannya untuk elakkan zina, aku sangat yakin Allah akan permudahkan jalan kita. Banyak dah contoh-contoh daripada kawan-kawan aku yang dah pun berkahwin. Aku percaya juga lepas kita kahwin, diri kita sendiri akan berusaha untuk menggandakan Income kita atas dasar tanggungjawab. Apa-apa pun, pucuk pangkalnya kita kena rajin dan jangan malas untuk mencari nafkah buat isteri dan anak-anak. Perlu tanam sikap tanggungjawab yang tinggi. Apa yang aku yakin, lepas kita berkahwin banyak peluang-peluang dan ruang-ruang akan dibukaNYA kepada kita.  

majlis kahwin orang melayu, kesilapan orang melayu tentang perkahwinan, majlis perkahwinan orang melayu, orang melayu, perkahwinan, kesilapan dalam perkahwinan,
sumber
"Habis tu, kenapa lu tak kahwin lagi bro?"

Errkk.. Aku BZ. 

Rasanya cukuplah untuk kali ni. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua. Dalam perkahwinan utamakan yang wajib. Sebab kita semua dah tersilap tentang perkahwinan. No.1 dalam perkahwinan adalah nikah. Bukan hantaran dan juga persandingan. 


majlis kahwin orang melayu, kesilapan orang melayu tentang perkahwinan, majlis perkahwinan orang melayu, orang melayu, perkahwinan, kesilapan dalam perkahwinan, "Bila urusan perkahwinan dan nikah menjadi mahal, zina semakin murah" - Aku setuju sangat-sangat dengan ayat ni. 


{ 27 comments.. read them below or add one }

Mohd Ridzwan Abdullah Mohd Ridzwan Abdullah 27 June, 2014
Setuju dgn entry ni bro ensem.
Zaman sekarang suka sangat merumitkan keadaan kerana ceteknya ilmu agama khususnya. Ramai yg semakin memandang 'glemoressss' sbg kejayaan perkahwinan.

***Alhamdulillah, ambe yg tak berapa nak ensem ni berjaya juga kahwin awal.
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 27 June, 2014
Ena pula dah tak hilang rasa mood nak kahwin. Apatah lagi nak cari lelaki. Sob! Apapun, yang halal itu indah kan, so buat apa rumitkan lagi
akubiomed akubiomed 28 June, 2014
Pandai-pandailah ajak berbincang dengan bakal mertua,
titan titan 28 June, 2014
aah.

lu bila nak kahwin?

gua sudah.

hoho..
azwan azwan 28 June, 2014
budaya kita 'susahkan benda yang halal, senangkan benda yang haram'

semoga bro cepat mendirikan masjid, bila niat baik, insyaallah akan dipermudahkan oleh-Nya
Umi Nazrah Umi Nazrah 28 June, 2014
salam singgah. lupa dah siapa yg cakap. dato' fazillah kamsah kot. lepas kawin, takda pula rasanya suami isteri yg makan pasir. sebab rezeki selepas berkahwin tu lagi banyak Allah bagi :)
hana hadi hana hadi 28 June, 2014
jawapan last tu bleh pakai ke awak? hehe

p/s: Selamat menyambut bulan Ramadhan :)
Aliff Haikal Aliff Haikal 28 June, 2014
aku setuju dgn pandangan kau bro, org skrg bukan takut nak kahwin sbb x hafal rukun islam rukun iman, bukan takut sbb doa qunut pun x hafal lg

tp lebih takut pada duit hantaran yg kena beriban

Hmmm :(
Syarief Azman Syarief Azman 28 June, 2014
ohhh abang boni kacak memang kacakk lahh.. kacak juga dalam berbicara.. untung siapa jadi isteri abng boni. hehe

follow my blog ^_^
Jazz Lover Jazz Lover 28 June, 2014
Hahahaha, this is tahi lembu. Bagi saya, majlis tu tak payahlah grand sangat macam wedding retis2 gitu tapi hantaran tu, kena banyak sikit. sikit jew. Heheh.

http://angellovesoldier.blogspot.com/
AnonymousAnonymous 28 June, 2014
kenapa yg x berkemampuan perlu ikut org yg byk duit? sebab dorg nak menunjuk2 & berlawan2 dgn jiran2 & sedara-mara. jatuh la air muka kalau buat majlis simple2 je. prinsip yg dipegang, biar papa asal bergaya.

lagi satu mentaliti org melayu, majlis simple2 ni macam kahwin sebab dah terkantoi kena tangkap khalwat.

pastu masyarakat melayu dlm negara ni sgt 'arif' dlm mengislamkan adat2 agama lain.. sebab benda tu dah diamalkan sejak zaman nenek moyang dorg lagi.

sori kalau fakta aku salah, tapi ni antara apa yg aku dengar dari mulut beberapa org makcik yg pernah aku kenal.

-reza-
Nur Inani Nur Inani 29 June, 2014
cukuplah bersederhana :)
Kucing Hitam Kucing Hitam 29 June, 2014
salam ramadan abg boni
Pykaa Pdott Pykaa Pdott 29 June, 2014
Salam ramadhan bro boni moga ramadhan kali ini lebih bermakna :)
Sukma Haron Sukma Haron 30 June, 2014
Setuju sangat dgn entry nie...kita yg harus permudahkannya...
therylisa nurul ain therylisa nurul ain 01 July, 2014
kenapa Boni tak nikah lagi?
err aku " BZ " haha tu bukan jawapan ! tu alasan . krik krik
fairus fairus 01 July, 2014
ISLAM ITU MUDAH.. PERMUDAHKANLAH, TAPI JANGAN AMBIL MUDAH..

APABILA SUDAH DIPERMUDAHKAN, MUDAHLAH BONI NAK NIKAH.. YE TAK BONI?
fairus fairus 01 July, 2014
ISLAM ITU MUDAH.. PERMUDAHKANLAH, TAPI JANGAN AMBIL MUDAH..

APABILA SUDAH DIPERMUDAHKAN, MUDAHLAH BONI NAK NIKAH.. YE TAK BONI?
Lea IsNawi Lea IsNawi 02 July, 2014
betul2 sokong amat!
tak suka dgr bile org gunakan alasan duit untuk kawen. actually simple je, bila kita nk buat menda baik, inshaAllah Allah akan bantu urusan kita. murahkan rezeki kita.
Fika Zakaria Fika Zakaria 02 July, 2014
Nak kumpul duet nak kawen-! Nak kumpul duet untuk lepas kawen-! mak oi, patut ramai single skang.
Nieyna Zainal Nieyna Zainal 02 July, 2014
jawapan 'aku buzy' tu paling lejennn hahahaa
Yana Nana Yana Nana 02 July, 2014
torpikat dengan entry Abang Boni Kacak nie memang terbaiklah
Hamidah Mahmud Hamidah Mahmud 02 July, 2014
Susah nk tukar adat org kita ni..sebab dah jadi darah daging..
Ibu Lala Ibu Lala 03 July, 2014
Dah kebiasaan. Nak buat cane.
NJihe.am NJihe.am 08 July, 2014
Salam singgah, perkara ni beransur pulih sebab ramai dah semakin faham. Artis pun buat hantaran murah je, galakan kahwin awal pun banyak. dr GA emas putih. studioous.blogspot.com/