Biar Papa Asal Bergaya?

" Ui!! Seluar baru!"

" Pergh, seluar baru!"

" Humangaiihh!! Dahlah kacak, pakai seluar baru pulak tu! Sekali pandang nampak betul-betul seiras Aaron Aziz dan taff macam Adiputra lah kau ni!"

Ok, ini antara komen-komen yang aku dapat hari ni. Kecuali komen ke tiga tu. Itu imaginasi aku yang muncul secara tak sengaja je. 

Semalam aku sempat Shopping kat Pasaraya Sakan. Aku sambar satu spesis seluar Jeans ni. Harga rm20 je sehelai. Gilolah. Mana nak dapat seluar Jeans murah macam ni. Lagipun, aku memang dah ketandusan seluar-seluar sebenarnya. Nak beli yang mahal, rasa satu kerugian pulak. Harga sampai rm100 lebih. Macam rugi je rasa nak beli. 

biar papa asal bergaya, ukur baju di badan sendiri, pasaraya sakan, seluar jeans murah, seluar jeans baru, seluar jeans di pasaraya sakan,
Pasaraya Sakan. sumber
Jadi, aku buat keputusan untuk beli kat Pasaraya Sakan je. Murah. Aku boleh jimat banyak. Sebulan aku sambar 2 helai. Setahun aku dah ada 300 helai seluar Jeans dah. Lagipun, selesa jugak aku memakainya. Kain dia tak menggatalkan kulit aku yang gebu ni. Tak macam seluar Jeans murah yang aku pernah beli sebelum ni. 

Lebih kurang macam ni lah seluar yang aku beli tu. Cuma Cutting dia ketat kat bawah. Nampak macam Rocker sikit. Dan menampakkan bentuk betis aku yang sasa tu. sumber
Tak perlu nak Brand mahal-mahal dah sekarang ni. Sekarang ni zaman kegelapan. Lebih baik ukur baju di badan sendiri. Jangan ikut pepatah "Biar papa asal bergaya". Dah tak relevan dah sekarang. Sekarang ni dah ada pepatah baru, "Kau Bergaya Kau Tak Makan". 

"Sekarang ni zaman kita berjimat cermat. Berjimatlah selagi termampu sebab kita tak tau apa akan jadi pada masa akan datang. Kos sara hidup akan semakin naik dan naik sedangkan sumber pendapatan kita tetap sama dan tak naik-naik. Sudah tiba masanya untuk kita mula buang sifat malas dalam diri dan mencari peluang-peluang untuk menambah pendapatan."

{ 12 comments.. read them below or add one }

ArELeEz ArELeEz 16 June, 2014
'Kau Bergaya Kau Tak Makan.' mmg sgt cool pepatah tuh. ha3..
Halim Brothers Halim Brothers 17 June, 2014
1 Tahun = 12 bulan x 2 helai = 24 helai setahun.

Macam mana bro kira 300 helai setahun? huhu
Kereta Sewa Selangor & KL Kereta Sewa Selangor & KL 17 June, 2014
Betul-betul kadang2 xperlu beli yang mahai saya beli kat mydin ada gak yg kualiti terbaik hehe
Kisah Si Dairy Kisah Si Dairy 17 June, 2014
janji selesa di pakai...
Saya Disini Saya Disini 17 June, 2014
yg murah pon selesa pe dipakai...
Diana Rashid Diana Rashid 17 June, 2014
ye la..beli untuk pakai buat kerja lasak2 tu..untuk pi pasang pelamin ke..kan??kadang2 perlu jugak ada seluar2 murah ni..walaupun murah tapi kualiti masih bagus walaupun bukan terbaik..
muhammad hafizi muhammad hafizi 18 June, 2014
betul.... ada je yang murah dan sesuai... harga bukan ukuran tapi keselesaan yang penting
muhammad hafizi muhammad hafizi 18 June, 2014
betul.... ada je yang murah dan sesuai... harga bukan ukuran tapi keselesaan yang penting
amir zahari amir zahari 18 June, 2014
Biarkanlah papa nak bergaya..hehehe skang beli seluar pun tak perlu nak branded, kat giant pun ade jual seluar jeans harga 20 ringgit, kalau pandai pakai match dengan baju or apa2 assessori, mesti bertambah kacak.. mahal pun sama je, tak pandai pakai nmpk cam biasa je..
Ezad Skytech Ezad Skytech 23 June, 2014
beli yang murah sudah...asalkan boleh pakai..kan...huhu
Ibu Lala Ibu Lala 03 July, 2014
Sakan rawang ke ni. Asal boleh pakai sudah. Harga x penting.
Muhammad Asnawi Muhammad Asnawi 08 February, 2015
maksud 300 tu dikira boleh beli banyak helai la.