Jangan Hanya Salahkan Owner Butik Pelamin

Jangan Hanya Salahkan Owner Butik Pelamin - Baru-baru ni kecoh tentang kisah pelamin yang buat hal. Dan aku baca macam-macam komen dalan artikel  tu. Banyak komen-komen tu negatif seolah-olah kesemua Owner Butik Pelamin ni penipu, jahat, kejam, keji dan kelaut.

Artikel ni pula merupakan pandangan dari sisi mata kuyu aku yang agak kacak ni. Bagi aku, tak semua Owner Butik Pelamin buruk dan busuk macam tu. Apa yang jadi pada kisah tu dalam pandangan deria keenam aku ni, kedua-dua pihak bersalah dalam hal ni. 

Salah dari pihak pengantin. Why must You buy a Gold Disc? Kenapa tak ambik pada butik pelamin yang memang boleh dipercayai kat dalam negeri sendiri? Kat sana kan lebih relevan sebab boleh pergi ke butik dorang dan tengok sendiri keadaan butik dorang. Boleh tengok sendiri Portfolio-Portfolio butik pelamin tu. Daripada situ boleh nilai samada butik pelamin tu mampu memberikan apa yang dikehendaki atau tak. Dan kat sana kan senang nak bincang pelamin macam mana yang dikehendaki beserta sebut harga dan juga Budget?  Kenapa ambik pelamin kat tempat yang sangat jauh beratus-ratus kilometer yang susah nak tengok macam mana keadaan butik pelamin tu? Kan susah nak bincang untuk perkahwinan tu kalau tak jumpa depan-depan?  Kan sangat jauh untuk lihat sendiri reka bentuk Owner butik pelamin tu. Kalau Owner dia zombi, tak kena kokak dah otak tu? Dan, dengan harga RM2,500 tu, kalau fikir betul-betul, adakah logik untuk dapatkan pelamin macam dalam gambar tu kalau Owner Butik Pelamin tu jauhnya beratus-ratus kilometer? Kos pengangkutan pergi balik ataupun sewa lori pun dah berapa? Gaji pekerja? Kos penginapan? Makan minum? Kalau mengikut pandangan mata kasar aku, pelamin yang macam 'gambar pelamin sebenar' ditunjukkan tu lebih daripada RM2,500. Jadi, pelamin yang pengantin tu dapat pada hari tu setimpal dengan harga RM2,500....kecuali benda yang terbakar dan patah tu.  Itupun sebenarnya tak berbaloi pada Owner Butik Pelamin tu. Jadi, kepada bakal-bakal pengantin kat luar sana, jadikan kisah ni sebagai teladan dan pengajaran. Selidik dulu latar belakang butik pelamin yang nak ditempah tu. Selidik betul-betul. Paling penting, jangan tempah dengan Owner Butik Pelamin yang terlalu jauh. Biar dekat-dekat rumah je dan dengan butik pelamin yang boleh dipercayai.

Salah dari Owner Butik Pelamin pula, kenapa war-war benda yang palsu? Kenapa ambil benda yang bukan hak sendiri dan Claim sebagai sendiri punya. Letak harga murah dan hasilnya langsung tak sama dengan apa yang dalam gambar Portfolio tu? Itu adalah kesalahan terbesar dalam apa-apa perniagaan. Mengaku hakcipta orang lain sebagai hakcipta sendiri. Dan berjanji pada pengantin yang hasilnya akan sama seperti dalam gambar, tapi bila tiba masanya, apa yang didapati pengantin tak sama dengan apa yang dipasarkan. Dah tak berguna untuk terangkan pada pengantin yang harga tu berbaloi dengan apa yang dipersembahkan sebab pengantin nak seperti yang dibincangkan. Kesalahan berikutnya adalah memberikan barang yang dah terbakar dan patah kepada pengantin. Itu memang susah diterima oleh sesiapa pun. Semoga kisah ni dijadikan pengajaran kepada Owner-Owner butik pelamin betapa pentingnya Watermark sebesar-besar alam diabadikan dalam gambar-gambar Portfolio masing-masing. Lagi besar lagi bagus, tapi jangan sampai Watermark tu lagi jelas daripada gambar pelamin. Nanti orang ingat kau jual FONT pulak.

butik pelamin penipu, butik pengantin penipu, wedding planner penipu, kena tipu dengan butik pengantin, kena tipu dengan wedding planner,
Antara contoh gambar yang ada WATERMARK. Ni contoh hasil pelamin dari Issyaz Wedding. 
butik pelamin penipu, butik pengantin penipu, wedding planner penipu, kena tipu dengan butik pengantin, kena tipu dengan wedding planner,
Contoh ke dua.
Ni pendapat peribadi aku je. Mungkin ada yang boleh hadam dan mungkin ada yang susah nak hadam dan mungkin ada yang tak boleh hadam sampai kena sembelit. Bagi aku kisah ni ada pro dan kontra. Tak boleh salahkan satu pihak je. Sebab dua-dua ada salah masing-masing. Tak semua butik pelamin penipu walau memang ada yang menipu. Dan tak semua pengantin jujur dan baik.

Oklah, sepanjang aku kerja dengan butik pelamin, banyak juga perkara-perkara tak seronok untuk dihadap. Ragam bakal pengantin ni macam-macam. Sebab tu aku agak tak setuju kalau banyak komplen yang buruk-buruk ditujukan hanya pada butik-butik pelamin ni. Sedangkan pengantin-pengantin yang buat hal pun sebenarnya ramai juga. Antaranya nak murah tapi nak macam-macam. Lari dari bayar duit pelamin. Menipu pakej. Dan macam-macam lagi. Nantilah ada masa aku ceritakan pasal ni. 

butik pelamin penipu, butik pengantin penipu, wedding planner penipu, kena tipu dengan butik pengantin, kena tipu dengan wedding planner, "Kahwin tu sebenarnya mudah. Kenapa susahkan dan rumitkan. Utamakan yang rukun dulu. Bersanding ni adat je. Bukan syarat wajib dalam perkahwinan. Nikah tu dahulukan. Ramai yang terlupa dan terlepas pandang pasal ni. Besederhanalah dalam apa pun termasuklah perkahwinan. Biar pun aku kerja pasang pelamin, tapi tak bermakna aku setuju untuk korang berhabis wang ringgit semata-mata nak bersanding dengan gah. Ingat, besederhanalah korang. Ukur baju di badan sendiri." 

{ 12 comments.. read them below or add one }

joehaz joehaz 12 June, 2014
kadang2 niat pengantin nak support owner butik, lagi2 yg baru nak ada nama. tapi tak pasal2 pulak kena tipu.. si pengantin pulak, dah melaram bagai, time bayar tiba2 hilang..

nak kahwin pun macam2 hal zaman sekarang ni kan tuan.
AnonymousAnonymous 13 June, 2014
Ku rasa ku tahu u ckp pasal siape yg kene tipu pelamin 2.5k tu..n i tau jugak pemilik asal gambar tu dari butik mana..pemilik asal butik yg ada pelamin cantik tu mmg buat pelamin exclusive je...ku pon xsangka that girl boleh tertipu pelamin indah gitu 2.5k...xlogik..pelamin gitu,standard rumah pon dh makan 5k kot...pada ku agak beria la die yg dari kejauhan tu nk amik pelamin dari kl..kt johor pon byk bridal
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 13 June, 2014
Betul tu BK, Sederhana lagi baik dalam urusan perkahwinan ini.
nadia nadia 13 June, 2014
betul tu, saya sokong. kalau difikirkan semula, kedua2 pihak ada salahnya..saya dulu masa nk kahwin, sbuk cari yang jauh2..duduk di rawang, tp sbuk nk cari yg area k.l. smua expo saya pergi, kononnya nk dptkn hrga yg murah tapi meletop..nasib baik xjadi.last2 saya survey kt rawang & saya pilih issyaz wedding. pelamin sgt cntik, baju cantik, makeup by ary muzamer pun mmg meletop! suke sgt! abg is & abg syaz pun sgt baik lyn saya & family. semoga issyaz wedding akn lebih success ok! :)
bobiedanbad bobiedanbad 13 June, 2014
Tak boleh salahkan satu pihak je
fairus fairus 13 June, 2014
AKU KAWIN SIMPLE JE.. PAKAI PLATFORM JE.. :)
chuya  - the mother of A's chuya - the mother of A's 13 June, 2014
Aku kawin xde pelamin. Masjid wilayah xbg pasang. Jimat woh.. complete barang2 dlm umah.
ieza ashaari ieza ashaari 13 June, 2014
Org sibuk nk pelamin cantik, tp kau cantik ke? Kejam plak ayat aku. Hahaha.

Ikut kemampuan. Kau ada sepuluh sen, kau nak aiskrim harga RM1. Kau tawar-tawar nak murah, last-last dapat batang aiskrim je. Gitu perumpamaannya.
Mimi Azirah Mimi Azirah 13 June, 2014
Nak kawen nih ikut bajet sudah....nak majlis grand grand tp nak murah...giler....mne de brg murah skrg..bankrup la bisnrs mcm nih
AnonymousAnonymous 13 June, 2014
Nak cantik cuba tengok Passiontree Wedding Planner & Event kt fb.. Instagram Passiontreewedding
Suria Lekatlekitgurl Suria Lekatlekitgurl 14 June, 2014
setuju dgn entri ni.. kedua2 ada salahnya... Moral of the story untuk kedua2nya kalau dah tak mampu buat cara tak mampu.. yang tak mampu bayar mahal tak payah mengidam grand2 sangat... yang tak mampu menghasilkan seperti orang lain tak payah la confident sangat. Kes kedua2 ni tak mampu tapi tetap gigih nak buat. sekian makaseh. Semoga boni kacak kekal kacap & terpacak. kekekeke
AnonymousAnonymous 14 June, 2014
Peh!! aku setuju betol ngan statement ko tu.
Pengantin skrg ni mcm gud2 je. nak2 yg nk kawen mcm retis.
Pelamin nak indah mcm mahligai syurga,bajet ciput. Kau bajet kau bidadari?!!