Otak Aku Tak Fokus

Hari ni aku rasa macam pelik. Pelik semacam. Otak dan tindakbalas badan seolah-olah tak seiya dan tak sekata. Aku macam berfikir sesuatu, tapi otak aku macam kosong tak fikirkan apa-apa. Aku makan nasi kuah kari, tapi rasa dia macam kuah laksa. Entah kenapa segala-galanya semacam serba tak kena je hari ni. 

Tadi sembang dengan sorang rakan. Kisah dia bekerja kat Jepun. Aku cuba manipulasi otak aku supaya berimaginasikan negara dan orang-orang Jepun, tapi yang keluar negara Zimbabwe dan penduduk-penduduknya. Failed! 

Aku berdiri tegak sambil memandang langit. Terasa gatal kat perut, aku garu pinggang. Betul-betul serba tak kena. Aku cuba menarik nafas sedalam-dalamnya..

"Woi! Tepilah. Hang pasai apa berdiri tengah-tengah pintu lif? Orang nak keluar ni. Tepi sikit."

Dan aku baru sedar yang aku berdiri depan pintu lif. Entah macam mana kaki aku melangkah ke lif tu padahal aku nak ke jamban sebab sakit perut. 

Nampaknya hari ni otak aku gagal untuk fokus. Mungkin aku cuba pandang masa depan aku dalam 5-10 tahun akan datang. Apa akan jadi kat aku ni. Adakah aku tetap di takuk yang sama? Atau ada sinar dalam kehidupan aku ni? Walau apa pun, aku tetap berdoa dan berdoa agar ada sinar yang cerah dalam kehidupan aku. 

otak, fokus, otak tak fokus" Aku ingin meminta sedikit masa dari sahabat-sahabat semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada rakan blogger, Syuhada Baharudin yang telah meninggalkan dunia petang tadi. Semoga beliau ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh kepadaNYA. Dan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat."

{ 8 comments.. read them below or add one }

Hanny Abdullah Hanny Abdullah 18 June, 2014
Al-fatihah..moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Hanya sebentar dipinjamkan sahabat ini kepada kita, yg sebentar itu jugalah yg akan dikenang sampai bila2.
Amanina Mads Amanina Mads 18 June, 2014
ohh lamanya tak singgah blog ni.. aku suka la header baru tu.. kerlass.

al-fatihah buat keluarga blogger syuhada
akubiomed akubiomed 18 June, 2014
Banyak menerima berita mengejutkan sejak kebelakangan ini.
Hairul Azni Hairul Azni 18 June, 2014
Al-Fatihah buat arwah..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Amin..
Brader Kecik Brader Kecik 18 June, 2014
Al-Fatihah buat arwah..
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 19 June, 2014
Semoga arwah ditempatkan bersama para2 yang beriman :)
elly-daily elly-daily 19 June, 2014
Innnalillahiwainnailahirojiunn
Sukma Haron Sukma Haron 19 June, 2014
Al fatihah untuk aruah....amin......