Perkara Yang Ditempuhi Wedding Planner Bila Berhadapan Dengan Pengantin

Hari ni aku nak kongsikan sikit antara pengalaman-pengalaman yang dilalui sendiri oleh Issyaz Wedding. Aku sebagai pemasang pelamin yang disegani kekacakannya cuma menyampaikan je dalam blog aku ni sebagai kisah teladan agar ia dapat membuka mata ramai pihak. Dan ini bukanlah 100% aku nak Mem"Backup" Wedding Planner dan juga mak andam sebab tak semua Wedding Planner dan Mak Andam jujur. Ini adalah hanya untuk Wedding Planner dan juga Mak Andam yang jujur dalam berniaga tapi dipijak-pijak kepala oleh pengantin-pengantin yang sangat 'baik'. 


apa yang bakal pengantin perlu tahu, kisah pengantin dan wedding planner, kisah wedding planner dan mak andam, kisah sebenar wedding planner dan mak andam
Sambil-sambil mempromosikan pelamin yang dipasang oleh Issyaz Wedding. Heh heh.
Cerewet Tak Bertempat

Spesis pengantin yang ni bukan je buat kesabaran teruji, tapi mampu buat buah halkum ni turun naik turun naik je menahan sabar. Yang ni selalunya dah lah ambik pakej yang murah, tapi cerewetnya lain macam. Nak itu nak ini, itu nak free ini nak free, yang ni tak cukup yang tu tak cukup.. Kalau nak yang terbaik dan macam-macam untuk pelamin, janganlah ambik pakej yang murah. Alang-alang ambik yang mahal. Ataupun pergi cari Wedding Planner dan Mak Andam yang dah ternama tu. Baru setimpal dengan apa yang dibayar tu. Ni tak, bayar ciput tapi nak segala bagai. Lepas tu mengamuk tak puas hati dengan apa yang dihidangkan. Bayar rm40,000 mana boleh dapat BMW 5 Series model terbaru kan? Myvi boleh lah.   

Yang paling tak seronoknya bila ada campurtangan orang lain secara tiba-tiba. Pengantin dah pun setuju masa berbincang, tapi bila ada campurtangan orang lain termasuk ahli keluarga, terus jadi lintang pukang. Ahli keluarga yang tak tau hujung pangkal cerita apa yang dibincangkan pengantin dengan Wedding Planner, tiba-tiba muncul kononnya sebagai hero mengondem tak cantiklah, tak sempurna lah, dan macam-macam lagi ayat-ayat yang memungkinkan Wedding Planner tu bertukar jadi Godzilla. Kalau dah pengantin yang berbincang dan dah setuju pun dengan apa yang dibincangkan, janganlah orang lain masuk campur. Kalau nak masuk campur jugak, baik korang je yang bukak Wedding Planner tu.

Ada kes yang jadi, pelamin dah siap pasang dah, tiba-tiba mak pengantin nak suruh tukar tu tukar ni. Kata yang ni tak cantik lah, lampu tak ada lah, Spotlight tak cukuplah. Lepas tu masa tu jugak nak suruh ada kan yang tak ada tu. Masa berbincang tu, dah lah mak pengantin tak ada, lepas tu dia yang lebih-lebih masa pelamin tu pasang. Mula nak mintak macam-macam. Mana boleh macam tu. Balik semula pada perbincangan tu. Mana boleh nak ubah-ubah dah. Dah lah tak nak tambah bayaran. Tapi mintak macam-macam lagi. Kalau pun bayar, mana mungkin nak patah balik ke stor, ambik apa yang dorang nakkan tu, dan datang balik ke tempat kahwin tu. Lagi satu, kalau semua barang dan dikeluarkan untuk 2-3 tempat, mana nak dapat lagi barang-barang yang dimintak tu. Satu fakta yang tak dapat disangkal lagi, sesetengah orang yang tak kaya ni lebih cerewet daripada orang kaya. Ini fakta tau. Orang kaya pun tak cerewet macam sesetengah orang tak kaya ni. 

Ada satu kes yang lain, masa berbincang dah setuju semua dah. Tiba bila masa pasang, kitorang cuma lambat (nak kata lambat tak jugak sebab kendurinya esok tapi malam tu kitorang dah sampai dah nak pasang), terus komplen macam-macam. Cakap tak tepati janji lah apa lah. Baju pengantin buruk lah. Menariknya, ni pun campurtangan keluarga jugak. Kakak kepada pengantin. Pengantin setuju je dengan apa yang dibincangkan termasuk baju. Tapi sampai je kat kakak dia, cakap pelamin ni mahal lah, baju buruklah, siap ugut tak nak bayarlah. The Best Part, siap boleh cakap masa dia kahwin dulu, murah je pelamin yang dia tempah tu. Bila tanya kenapa tak ambik pelamin yang kononnya murah tu, diam pulak. 


apa yang bakal pengantin perlu tahu, kisah pengantin dan wedding planner, kisah wedding planner dan mak andam, kisah sebenar wedding planner dan mak andam

Tak Tumpu Perhatian Masa Perbincangan

Ada yang terjadi sebelum ni, pengantin lelaki sibuk dengan Hp. Tak pasti samada main game ataupun bermesej. Langsung tak dengar apa yang dibincangkan. Pengantin perempuan yang beriya-iya berbincang. In The End Of The Day, pihak lelaki komplen macam-macam pasal pelamin tu. Komplen yang sangat-sangat Annoying. Kalau aku ada kuasa "Kangen Bunshin Nojutsu" Naruto tu, dah lama aku sasarkan ke tanah tanda lepaskan geram. 

Paling menarik dalam kes ni, ada juga orang lain yang campurtangan. Makcik kepada pengantin lelaki. Macam-macam dia komplen. Paling menarik lagi, masa pasang pelamin tu, baru kitorang tau yang pihak lelaki tak bagi pengantin perempuan datang untuk tengok pelamin yang dipasang tu. Paling plus plus menarik, bila tibanya hari kenduri, pengantin perempuan sendiri minta maaf di atas sikap pengantin lelaki dan ahli keluarga dia. Dia sendiri cakap dia puas hati dengan pelamin tu sebab memang pelamin macam tu yang dia nakkan sama macam dalam perbincangan. Yang pengantin lelaki ni, dah lah tak ambik Port masa berbincang, lepas tu tiba-tiba meroyan tak tentu pasal-pasal meroyan. Sebab apa? Sebab ada orang cucuk dan masuk campurlah, apa lagi. Korang pun boleh fikir secara logik akal. Korang tak ambik Port masa berbincang, tiba-tiba korang meroyan tentang apa yang korang tak tau. Macam mana tu? Ibarat korang mengamuk bawak pistol air kat stesen bas, tapi korang tak tau kenapa korang mengamuk. Macam tak betul pun ada.


apa yang bakal pengantin perlu tahu, kisah pengantin dan wedding planner, kisah wedding planner dan mak andam, kisah sebenar wedding planner dan mak andam

Menipu

Tak bayar duit pelamin. Yang ni tak payah nak cerita lah. Banyak sangat terjadi. Kahwin nak Grand-Grand, tapi bila sampai masanya untuk bayar, terus diam. Telefon tak jawab. Mesej tak balas.  Itu yang pelik tu orang kita ni. Kahwin nak mahal-mahal, tapi tak ukur baju di badan sendiri. Korang lupa ke? Kenapa nak berhabis wang ringgit semata-mata untuk kahwin? Sanding ni adat je lah. Bukan wajib pun. Kenapa? Kalau tak sanding bermakna korang tak sah jadi suami isteri ke? Dan kalau tak sanding Grand-Grand, perkahwinan tu akan batal? Ni yang pelik dan memelikkan ni. Seolah-olah masyarakat kita ni tak tau bezakan antara yang wajib dengan adat. Yang wajib adalah nikah. Bersanding ni adat je lah. Kahwin tak bersanding pun tak apa lah. Yang wajib nikah tu. Dalam Al-Quran tak tulis pun salah satu syarat wajib perkahwinan adalah bersanding. Kalau nak bersanding juga, ikut pada kemampuan. Ada orang nikah pelamin seringkas yang mungkin, tapi bahagia je sampai tua. Kenapa? Kalau kahwin Grand-Grand ni menjamin kebahagiaan sampai ke syurga ke? Korang belajar kat buku teks sejarah tingkatan 3 mukasurat 173 ke apa? Ingat pesan aku, yang wajib nikah. Bukan sanding. 

Menipu pakej. Ada kes sebelum ni, dia ambil pakej Photographer untuk dua majlis iaitu majlis malam berinai dan juga bersanding. Tapi secara tiba-tiba bila Photographer call untuk Double Comfirmation,tiba-tiba pengantin tu cakap dia ambil pakej malam berinai, bernikah dan juga bersanding. Adoi. Ada juga pengantin yang tak jujur macam ni. Terang-terang menipu lepas tu seolah-olah rasa tak bersalah pulak tu.


apa yang bakal pengantin perlu tahu, kisah pengantin dan wedding planner, kisah wedding planner dan mak andam, kisah sebenar wedding planner dan mak andam

Kesimpulan

Banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah aku cerita Point-Point yang besar je ni. Nampak dari segi penceritaan ni macam aku ni Good-Good je kan? Tapi hakikatnya inilah kenyataan yang dialami sendiri oleh banyak Wedding-Wedding Planner dan Mak-Mak Andam. Bukan nak cakap semua Wedding Planner bagus dan jujur, sebab ada juga yang busuk macam buntut kuda, tapi tak semua pengantin pun elok-elok. Sekarang ni banyak cerita-cerita tak enak dilemparkan ke Wedding Planner dan Mak Andam, tapi tak ada cerita-cerita yang buruk tentang pengantin yang macam-macam hal ni kan. Jadi, biar aku selongkar kisah-kisah ni supaya menjadi teladan kepada semua yang membacanya. 

Aku ulang suara semula. Tak semua Wedding-Wedding Planner Dan Mak-Mak Andam penipu, dan tak semua pengantin-pengantin ni elok-elok. Jadi, semuanya ada PRO dan KONTRA. Semoga kisah ni jadi teladan dan iktibar pada semua. Biarlah sama-sama jujur. Dan pesanan aku, kalau yang nak kahwin dan berbincang tu adalah pengantin, janganlah orang lain termasuk keluarga masuk campur urusan perkahwinan tu. Perkahwinan tu akan jadi kelam-kabut dan DISASTER. Ia mampu merosakkan sesuatu perkahwinan tu.

Last But Not Least, When Glove Still Depend On The Fire, They Will Be Bird Fly At In On The Skyblue. Tak faham? Jangan fahamkan sebab aku pun tak faham apa yang aku taipkan tu. 


apa yang bakal pengantin perlu tahu, kisah pengantin dan wedding planner, kisah wedding planner dan mak andam, kisah sebenar wedding planner dan mak andam


"Sama-sama kita jadikan iktibar kerana yang tak baik dan tak elok selalunya datang dari diri kita sendiri. Kejujuran itu sangat indah kalau kita benar-benar mengikuti jalannya."

{ 8 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 15 June, 2014
Yang menipu tu ena paling rasa nak hempuk je pengantin pengantin yang macam tu. haiiissshhhhhh. Sabar jelah.
Ibunda Catering Services Ibunda Catering Services 16 June, 2014
sy pon dh terkena..pakej A to Z pastu xbayar..yg best org kaya..itu kata dia la kan..klu nk tolak bahagi campur 53k tertipu bln 1 client tp 3 org client yg menipu..xpe kt dunia terlepas tp akhirat tggung lah kan..smoga menjadi pengajaran..jgn slhkan wedding planner ttpi tgk sikap sendri dlu...nk grand xde duit sila buat yg mne mampu..klu order mkn biarla btol2 jgn la jemputan 2500 org tp order 1500 org...pastu slhkn kami..OMG !! xbaik buat org cmtu..TIPU DOSA MATI KENA SEKSA..ingat tu....
Ija Rased Ija Rased 16 June, 2014
sabarlah wahai mr.boni.hihihi
Aku Penghibur Aku Penghibur 16 June, 2014
memang kena banyak bawak bersabar.. macam2 ragamnya ye
akubiomed akubiomed 16 June, 2014
'Customer always right' tentu pernah dengar perkataan ini. Bukan mudah untuk melayan karenah pelanggan yang bermacam ragam.
AnonymousAnonymous 16 June, 2014
As salam...customer always right ni kalau tak silap hanyalah ungkapan/saying originated by mat salleh yg rasanya bukanlah berlandaskan syariat islam..bukankah islam sentiasa mengutamakan akad dlm apa jua urusan perniagaan? Akad pula menggambarkan toleransi antara pembeli dan penjual dlm sesuatu perkara...saya berkahein 2 tahun lepas dan wedding planner ade kekurangan bhgn service..sbg muslim, post mortem yg aman dan telus adalah lebih baik..sy memaafkan mereka dan minta maaf juga drpd mereka sbb kita tak tahu mungkin kelemahan2 ketika hari perkahwinan sebenarnya boleh juga berpunca dari kita.. seterusnya ketika adik saya kahwin dan mengambil wedding planner yg sama..alhamdulillah kelemahan2 lama sudah diperbaiki tapi ada pula kelemahan2 lain..well, my point is...kita bukanlah berada di syurga yg semuanya perfect and always right..kita masih lagi di dunia dimana semua dugaan yg berlaku adalah peluang utk kte buktikan bhw kita inginkan syurgaNya..org melayu kita ni makin sakit...it's just a wedding my friends...apa yg lebih penting ketika hari berkahwin adalah sentiasa muhasabah bagaiman hendak menjadi suami atau isteri yg diredhai n diberkati..bad things will always happen..x semestinya pada hari perkahwinan shj..org2 yg terkena adalah org2 yg terpilih shj..maka buktikanlah sifat2 muslim kpd DIA..wallahhualam
ArELeEz ArELeEz 16 June, 2014
manusia ade pelbagai ragam! xkesah either mak andam ke.. wedding planner ke.. pengantin ke.. hatta ketua kampung sekalipon.. klu hati dah hitam, maka hitam jugaklah perilakunye & vice versa.
MizzTina MizzTina 17 June, 2014
kena byk bersabar, itula kesimpulannya.. tp ms wedding sy hri tu, mmg tukar pelamin last minute.. sy pasrah je, mls byk bunyi sbb faham MUA pun letih..