Piala Dunia 2014 Tentunya Brazil Jadi Pilihan

Piala Dunia 2014 Tentunya Brazil Jadi Pilihan - Dalam piala dunia edisi 2014 ni, aku pilih Brazil sebagai pasukan yang mampu menjulang piala. Walau aku penyokong tegar Spain, tapi asalnya aku tetap penyokong pasukan Brazil. Dan  untuk Piala Dunia 2014 ni, aku pilih Brazil.

Ingat lagi zaman kegemilangan gaya Samba trio 3R , Ronaldo, Roberto Carlos dan Rivaldo. Zaman tu aku sekolah lagi. Aku memang peminat Ronaldo. Sampaikan aku hampir-hampir nak tiru gaya rambut botak tapi jambul seciput kat depan. Tapi tak jadi. Aku takut muka aku bertambah tak senonoh. Macam orang tua gatal nanti. 

pasukan pilihan untuk menjuarai piala dunia 2014, piala dunia 2014, pasukan yang diramal memenangi piala dunia 2014, brazil, bola sepak,
sumber
Kenapa aku cakap Brazil jadi pilihan untuk julang Piala Dunia 2014 ni? Sebab Brazil memang diakui salah satu kuasa bola sepak dunia. Walaupun gaya rentak Samba seakan dah tak ada lagi, tapi Brazil tetap ada keistimewaannya dengan permainan laju dan skil-skil individu dorang. Apa lagi bila Brazil sendiri jadi tuan rumah. Dengan sokongan padu daripada peminat sendiri yang pasti memenuhi seluruh pelusuk stadium, tak mustahil semangat pasukan Brazil akan bertambah dua kali ganda. Ibarat kunyah cili padi mentah-mentah, semangat dan kadar keagresifan tu pasti akan mencanak-canak. 

Salah satu lagi penyebabnya adalah kehadiran Neymar. Walaupun dia tak terel macam aku, dan kurang kacak sikit daripada aku,  tapi aku percaya dengan keyakinan dan mandat yang diberikan oleh seluruh warga Brazil, dia mampu memberikan yang terbaik untuk mengemudi pasukan Brazil. 

Go Brazil Go!

pasukan pilihan untuk menjuarai piala dunia 2014, piala dunia 2014, pasukan yang diramal memenangi piala dunia 2014, brazil, bola sepak, "Bola itu bulat. Jadi tak mungkin cendekiawan akan menyintai seniman."

{ 13 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 09 June, 2014
Tp byk rakyat brazil sdiri yg tak puas hati dgn kejohanan kali ni....
boni kacak boni kacak 09 June, 2014
@Anonymous: tapi in the end of the day, dorang tetap akan sokong pasukan kebangsaan dorang juga :)
Diana Rashid Diana Rashid 09 June, 2014
Tak tau nak pilih mana..sekian lama pilih spain..rasa tahun ni nak pilih Argentina..jadual dah tampal kat esbok ke belum??:p
jamian sarif jamian sarif 10 June, 2014
aku tak tau nak pilih pasukan mana....tgklah nanti sapa yg juara itulah yg aku sokong..haha
akubiomed akubiomed 10 June, 2014
Ada peminat Brazil dekat sini rupanya. :-)
Ija Rased Ija Rased 11 June, 2014
selamat bersengkang mata mr boni.
fairus fairus 12 June, 2014
MINAT ROBERTO CARLOS.. DIA PUNYA FREE KICK, PERGHHH...
Niesa Niesa 12 June, 2014
England jd pilihan dan sebagai backup team niesa pilih spain jugak..kihkihkih
Nadia Johari Nadia Johari 12 June, 2014
saya sokong semua..hahhaa..
joehaz joehaz 12 June, 2014
Ronaldo, Roberto Carlos dan Rivaldo yeahh! legend kot waktu tu.

tapi kalau minat brazil ni, macam klise sgt la. asal WC je mesti brazil haha
Far East Far East 13 June, 2014
Ronaldo mmg legend kot,....Pergh...
Kereta Sewa Shah Alam Kereta Sewa Shah Alam 14 June, 2014
Brazil memang terbaik menang game pertama, Hopefully menang next game. Terdaya tengok siaran ulangan jek...
Ezad Skytech Ezad Skytech 23 June, 2014
Brazil macam boleh menang je world cup kali ni...

P.S - aq tak tahu mana ronaldo dapat idea buat rambut KARIPAP GERGASI tu....heee