CERITA LAWAK PULANG DARI SEMBAHYANG TARAWIH

CERITA LAWAK PULANG DARI SEMBAHYANG TARAWIH

Satu hari kecoh kisah Din Tinju terkena demam campak akibat terkejut melihat hantu masa balik dari sembahyang tarawih. Maka datanglah Atan Gebu ke rumah Din Tinju untuk melawat sahabat karibnya itu. Sesampainya di rumah Din Tinju, Atan Gebu agak terkejut melihat wajah Din Tinju agak pucat yang tersangat. Bukan je diserang demam campak, malah terkena sekali penyakit beguk. 

Dasyat sekali hantu yang menyakat Din Tinju. Berjaya membuatkan Din Tinju jatuh sakit seteruk begitu. Siapa yang tak kenal dengan Din Tinju. Rata-rata orang kampung amat takut pada Din Tinju. Pernah sekali ada seorang Mat Gian tersadung kakinya dan tertanduk pula dada Din Tinju. Habis dibakarnya semua sarang Mat Gian yang berada di kampung tersebut. Ganas tak ganas Din Tinju ni. Terbaru sekali Mat Tinju kapakkan kepala seorang bukan Islam yang pakai baju tertera ayat-ayat Al-Quran. Sebab tu bila Din Tinju jatuh sakit disakat dek hantu, ramai orang kampung yang terkejut dan sama sekali tidak percaya. 

" Din Tinju, macam mana kau boleh sakit seteruk ni? Memang betul ke kau nampak hantu kat simpang kubur tu? Apa yang dah hantu tu buat kat kau? Macam pelik je bila kami dapat tau kau kena sakat dengan hantu. Sekarang kan bulan puasa. Mana ada hantu.",soal Atan Gebu kepada Din Tinju.


cerita lawak balik sembahyang tarawih, kisah lawak balik sembahyang tarawih, cerpen lawak, koleksi cerpen lawak, koleksi cerita lawak, cerpen lawak kisah balik dari sembahyang tarawih
Gambar sekadar hiasan. sumber
" Betul Atan Gebu. Aku memang nampak hantu tu. Aku siap suluh Torchlight kat muka dia! Muka dia... muka dia.. muka dia buruk sangat... Muka dia ngeri betul. Tak pernah lagi aku nampak muka seburuk tu dalam dunia ni.",getus Din Tinju sehingga mengalirkan air mata. Tak semena-mena seluar Atan Gebu dijadikan tempat untuk menghembuskan hingusnya. Pekat dan hijau. Atan Gebu hanya mampu bersabar. Nak dimarah takut pula ditempeleng oleh Din Tinju. 

Disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal, Atan Gebu bercadang untuk pergi ke lokasi panas tersebut selepas habis sembahyang tarawih. 

" Din Tinju, aku akan menuntut bela untuk kau. Aku akan berdepan dengan hantu tu dan sedaya upaya akan membakarnya.",tekad Atan Gebu di dalam hati.

Selepas habis sembahyang tarawih

Atan Gebu perlahan-lahan meninjau di simpang kubur tersebut. Hatinya berdebar-debar. Sedar tak sedar air matanya menitis membasahi bumi akibat menyesal dengan keputusannya itu. Terasa menyesal sekali bila berada di kawasan kubur itu. 


cerita lawak balik sembahyang tarawih, kisah lawak balik sembahyang tarawih, cerpen lawak, koleksi cerpen lawak, koleksi cerita lawak, cerpen lawak kisah balik dari sembahyang tarawih,
Gambar sekadar hiasan. sumber
" Kalaulah mak aku tau apa yang aku buat ni, mesti dia menyesal lahirkan anak sebengap ni. Mesti dia akan minta diundurkan masa dan batalkan perkahwinan dengan bapak aku.",getus hati kecil Atan Gebu sambil terus mengalirkan air mata. Handphone Lenovo dikeluarkan dari poket dan dipasangnya lagu Air Mata Ibu untuk menambahkan lagi Effect sedihnya. 

Tak lama selepas tu, Atan Gebu terpandang sesuatu. Atan Gebu terkejut dan hampir tergigit seekor babi hutan yang tiba-tiba melintas di hadapannya. Atan Gebu sama sekali tidak menyangka apa yang dilihatnya... dia sangat-sangat tidak menyangka..


------------------------------------------------------------------------------------------------


Keesokan harinya Atan Gebu terus berlari pecut ke rumah Din Tinju yang terletak 10 kilometer jauhnya. 50 meter lagi hendak tiba di rumah Din Tinju, baru Atan Gebu teringat yang dia ada sebuah motor Yamaha 135 lc. Dan sekali lagi Atan Gebu mengalirkan air mata. 

" Kalaulah mak aku tau apa yang aku buat ni, mesti dia akan menyesal dapat anak sebengap ni. Mesti dia akan minta diundurkan masa dan batalkan perkahwinan dengan bapak aku. Mak, maafkan Atan. Kali ni Atan akan buktikan kat mak yang Atan tak sebengap tu!",berkobar-kobar semangat Atan Gebu lantas dia berpusing dan berpatah balik ke rumahnya untuk mengambil motor.


------------------------------------------------------------------------------------------------


Lebih kurang 15 minit perjalanan, Atan Gebu ternampak kelibat Din Tinju sedang duduk di kerusi depan rumahnya. Di depan Din Tinju ada ramai orang-orang kampung berkumpul. Kelihatan Din Tinju sedang disuapkan makan oleh jirannya. Manakala orang-orang kampung yang lain bersorak dan menjerit-jerit memberi kata-kata semangat pada Din Tinju untuk makan  makanan yang disuapkan itu. 

" Din Tinju!!! Din Tinju!!",jerit Atan Gebu seusai meletakkan motornya di atas peha Din Tinju. 

Belum sempat Din Tinju menyahut, Atan Gebu meneruskan kata-katanya.

" Din Tinju! Rupanya yang kau tengok malam tu bukanlah hantu!! Kat simpang kubur tu rupanya ada sebuah almari yang orang buang!!",Atan Gebu bersungguh-sungguh menerangkan situasi yang sebenar.

" Apa yang kau mengarut ni? Aku nampak malam tu bukan almari. Memang aku nampak muka yang buruk dan hodoh! Ia begitu menakutkan!!",getus Din Tinju tidak berpuas hati.

" Sabar dulu Din Tinju. Sebenarnya kat almari tu ada cermin besar! Sebenarnya muka buruk, ngeri dan hodoh yang kau nampak tu adalah muka kau sendiri!!",sambung Atan Gebu.

" Betul ke sahabatku? Rupa-rupanyanya muka yang buruk, muka yang ngeri, dan muka yang menakutkan itu adalah muka aku sendiri!! Selama ni aku sangkakan muka aku seiras Aaron Aziz.. rupa-rupanya buruk, ngeri dan hodoh sebegitu?!",jerit Din Tinju dan terus berlari keanak-anakan menuju ke biliknya sambil menangis teresak-esak.

*KALAU SUKA SILAKAN SHARE. SILA JANGAN COPY PASTE CERPEN NI YE. KALAU NAK COPY PASTE, SILA TINGGALKAN SUMBER RUJUKAN DARI ENTRI BLOG NI. 

Ini adalah cerita rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Muka hensem tapi hati buruk+busuk pun buat apa kan? Apa-apa pun, terus pacakkan doa kita kepada Palestin, Gaza dan pejuang Al-Qassam. Sama-sama kita kirimkan roket doa kita kepada mereka di sana yang sedang berjuang menentang kekejaman Zionis dan berjuang untuk mendapatkan balik tanah yang dirampas oleh Zionis daripada mereka. Teruskan berdoa sahabat-sahabatku.

{ 20 comments.. read them below or add one }

SuparMan SuaRez SuparMan SuaRez 20 July, 2014
Hahahhaa.. ko mmg lawakk la bro. Aku rindu cerita2 ko mcm ini seperti dulu..ahahaha
Muhammad Syazwan Norhalik Muhammad Syazwan Norhalik 20 July, 2014
nama tak boleh blah..hahahahahaa
ahsfantasy24 ahsfantasy24 20 July, 2014
Lama tak jenguk Boni,
hehe selamat berpuasa :)
yaya_flanella yaya_flanella 20 July, 2014
Punchline tu kat tang almari tu. haha
Hidayah Hidayah 20 July, 2014
Sanggup baca okeh dlm busy busy nih... hihi... boni yg dulu masih boni yg skrg ^_^
Erra Kyra Erra Kyra 20 July, 2014
First time datang.first time baca entry boni. Haha lawak..
Xprezzo Xprezzo 20 July, 2014
ape kaitan dgn "cadbury" tu?huhu
fatihah fazlin fatihah fazlin 20 July, 2014
fineeeeee.... punyalah semangat.
Hafiz Rahim Hafiz Rahim 20 July, 2014
Atan gebu? Kat mana yang gebu tu. Hahaha
Anizz Annisa Anizz Annisa 20 July, 2014
aduhai... ingat betul2 ade hantu..rupenye almari..haiyaa... nama watak tu yang kelako..hahaha...
tarmizi tarmizi 20 July, 2014
biar muka buruk jangan perangai buruk sebab muka buruk malam boleh tutup lampu..
Yan Ty Yan Ty 20 July, 2014
ciskek. .. cermin almari je
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 20 July, 2014
hahahhaha nama mahal...
wan salam wan salam 20 July, 2014
Bro, anda dijemput buat slot drama radio di eWana.fm
fairus fairus 21 July, 2014
Aku harap, Din Tinju tu bukanlah engkau.. Hehehe
Sukma Haron Sukma Haron 23 July, 2014
Citer mmg kelakar ler bro boni