Durian Batu Kurau Memang Sedap

Durian Di Batu Kurau Sedap

Aku ni bukanlah peminat durian mahupun hantu durian. Tapi baru-baru ni aku balik kampung, Pak Ngah aku belikan durian Batu Kurau. Antara durian asli dan durian kampung yang memang dikatakan sedap. Aku ni buta durian. Tak tau pun apa yang dikatakan sedap tu. Jadi, disebabkan jiwa remaja aku yang sentiasa ingin tau, aku pun cuba menghayati rasa durian tu.

durian batu kurau, gambar-gambar durian batu kurau, kelazatan durian batu kurau, durian di batu kurau, durian batu kurau sedap, durian kampung yang sedap, durian asli yang sedap,
Gambar Durian Batu Kurau. Tapau habis.

Kelazatan Durian Batu Kurau

Aku mulakan dengan mengopek durian ni. Sebenarnya aku kena paksa dengan mak aku. Aku tolak permintaan tu. Aku buat-buat malas. Sebenarnya aku tak reti kopek durian. Malulah kalau nenek aku tau. Tapi ayat ni telah mencabar aku.

"Macam mana nak jadi ketua keluarga kalau tak pandai nak kopek durian!"

Mak aih. Boleh pulak mak aku Sound macam tu. Pergh. Terus aku kopek. Malang betul nasib aku. Durian yang aku kopek tu semuanya baru gugur. Liat kemain! Urat dia tak nampak langsung. Aku paksa jugak sampai berdarah-darah tangan aku. Mesti orang ingat aku siang ikan kalau tengok daripada jauh. Nampak tangan aku berdarah-darah. Hahaha. 

Tak lama kemudian berjaya!!! Aku berjaya kopek lebih kurang 5 bijik dengan jayanya dalam masa 30 minit. Aku bangga dengan keterelan diri aku ni. 

Aku intai isi-isi durian yang dah dikeluarkan tu. Ada yang cantik betul warna dia. Kuning keemasan. Nampak cantik! Bau wangi. 

durian batu kurau, gambar-gambar durian batu kurau, kelazatan durian batu kurau, durian di batu kurau, durian batu kurau sedap, durian kampung yang sedap, durian asli yang sedap,
Gambar isi Durian Batu Kurau. Cantik betul isi dia.

Durian Di Batu Kurau

Antara isi yang dah dibawa keluar tu mak aku buat kuah durian. Yeah!! Bagaikan bayi yang dihulur susu! Aku sangat teruja. Sebab tu memang feveret aku turun temurun. Penyakit keturunan agaknya. Selebihnya makan mentah. 

Time berbuka pun menjelma. Aku ambik jari telunjuk aku. Aku kais isi durian tu dan dengan rakusnya aku sodok jadi tu ke lidah aku. Hmmmmmm... Memang benar bagai dikata. Selama ni mak aku beli durian tepi jalan tak ada sesedap ni. Rasa manis-manis lemak yang sangat mengiurkan. Rasa macam nak tumbuk diri sendiri sebab sedap sangat. Ok, No Wonder Pet orang cakap Durian Batu Kurau ni adalah antara durian asli yang sedap. Durian Bukit Asli. Bukan durian kahwin tau. 

durian batu kurau, gambar-gambar durian batu kurau, kelazatan durian batu kurau, durian di batu kurau, durian batu kurau sedap, durian kampung yang sedap, durian asli yang sedap,
Rasa nak menangis masa Selfie ni. Durian depan mata tapi tak boleh nak kokak sebab puasa.
Jadi, inilah cerita aku dengan Durian Batu Kurau. Mungkin lepas ni aku akan cari Durian Batu Kurau ni lagi kalau balik Bagan Serai.

Baru aku tau. Kalau nak beli Durian Batu Kurau ni, beli yang saiz kecik dan nampak macam kecut-kecut sikit. Sebab tu yang paling sedap. Yang saiz besar tu tak berapa sedap walaupun nampak besar dan menarik. Betullah cakap orang. "Don't Judge The Book By It's Cover, Because It Maybe Godzilla DVDs Cover, Not A Book!"

{ 12 comments.. read them below or add one }

Nadia Johari Nadia Johari 04 July, 2014
Sedapnyer..kuning die tu..dah tau dh memng sedp
Ainim Suju Ainim Suju 04 July, 2014
oit oit...apa ni post makanan time bulan pose. hahahah
nak sikit
Kak T Kak T 04 July, 2014
mmm...sedap3...seswai dibuat durian crepe dan dimakan begitu saja
safurara safurara 04 July, 2014
haritu rara makan durian balik pulau.tapi kecewa jugak.xbanyak yg sedap.xsbr nk balik ipoh nk mkn durian lg.
Montana Montana 04 July, 2014
batu kurau punya durian:jarang mengecewakan
fairus fairus 04 July, 2014
DAH TERLIUR DAH NI..
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 04 July, 2014
tetiba rasa nak makan lempok durian....awwww sedappp !
Amanina Mads Amanina Mads 05 July, 2014
hahaha.. keterelaan mengopek durian. selfie dgn durian.. fuhh beratus like dlm fb
Amanda Suria Amanda Suria 06 July, 2014
Denggg!!!SA dah la hantu durian...sampai hati tayang time2 posa mcm ni...
Ezad Skytech Ezad Skytech 07 July, 2014
perghh...durian tu...memang favourite...gambar yang kau pegang durian tu memang kesian giler dengan captionnya...HAHA...tengok je la kan...nak makan tak boleh...haha