IFTAR BERSAMA SUAMI-SUAMI ORANG DI RESTORAN CERANA

BERBUKA PUASA DI RESTORAN CERANA

Hari Sabtu lepas bersamaan dengan err.. berapa haribulan ye? Aku lupa. Ok, Hari Sabtu lepas aku dan kawan-kawan sekolah telah bercadang untuk berbuka bersama-sama. Plan yang dianggarkan seramai 100 orang akan menyertai Iftar itu akhirnya telah berkurangan sebanyak 90 orang. Bermakna 10 orang je yang telah berjaya dihimpunkan. Hahaha. 

Iftar tu telah berlangsung kat Restoran Cerana. Rasanya ramai dah tau tentang restoran ni. Aku pulak baru tau. Itu pun aku skodeng blog Ben Ashaari. Kalau tak, umur dah 30 tahun pun aku tak tau keujudan restoran ni. 

berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran cerana

berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran cerana
Suasana di dalam Restoran Cerana. Agak meriah kan? Full House hari tu.
berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran cerana

MAJLIS IFTAR DI RESTORAN CERANA

Aku orang yang paling awal sampai. Pukul 4.30 petang aku dah sampai. Krik krik. Apa jadahnya aku nak buat kat sana pukul 4.30 petang tu? Nak masuk dalam, apa kata orang-orang kat restoran tu. Mesti macam-macam tanggapan tak diingini akan dilemparkan kepada jejaka kacak sorang ni. Jadi, aku ambik keputusan untuk tidur dalam 30 minit. Lepas tu,aku pergi cari Carwash berdekatan. Paling dekat pun aku rasa ada dalam 5 kilometer. Tak apalah. Asalkan aku jauh daripada Restoran Cerana tu. 

Setel basuh kereta, pukul 6 aku sampai balik. Ok, baru lah orang tak fikir bukan-bukan kat aku kan? Jadi, aku terus masuk dalam restoran tu. Hurm, tak ramai orang. Aku terus duduk kat meja yang aku tempah. Seperti yang dijangka, dorang ni memang susah nak datang awal. Aku lah orang paling awal walaupun dah pukul 6 petang dah tu. Tak apalah. Bulan puasa. Aku sabarkan je kerenah dorang ni. Nak dimarah, dah jadi bapak orang dah semua. Oh ye, lupa nak bagitau. Aku berbuka puasa dengan.... bapak-bapak budak semuanya. Hahaha. Semuanya suami orang. Aku sorang je yang bujang. Ok, itu agak mengganjalkan aku sebenarnya. 


berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran cerana
Mereka si bapak-bapak budak! Huh! Muda-muda lagi dah jadi bapak. Rugi! Hahaha :P
berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran cerana
Dah beranak pinak mereka. Siap ada yang dah dua anak lagi. Aku? Heh heh. Aku harap tahun depan ada rezekinya. Doakan ye kawan-kawan

BUFFET RAMADHAN DI RESTORAN CERANA

Bila semua dah sampai, aku terus ajak dorang ambil makanan. Dah, tak ada apa nak cerita lagi. Jom layan gambar-gambar jom. Gambar-gambar aku ambik lauk-lauk Buffet di Restoran Cerana.

berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran cerana

berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran cerana

berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran cerana
Menu wajib aku. Kambing bakar. Heh heh.
berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran cerana
Yong Tau Fu. Yang ni memuaskan citarasa aku.  
berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran cerana
Ini terbaik. Pari bakar. Pergh. Menyentuh sanubari aku. Hampir menangis aku bila ikan dan kuahnya dicelup ke dalam mulut aku. Sedap!
berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran cerana
Ni je yang aku makan hari tu. Biasalah. Orang yang suci macam aku ni makan sikit je. Tamak bukan sifat aku yang kacak ni. Hahaha.
berbuka puasa di restoran cerana, restoran cerana, majlis iftar di restoran cerana, buffet ramadhan di restoran cerana, gambar-gambar di restoran ceranaAlhamdulillah. Dapat juga berbuka puasa dengan kawan-kawan lama. Cuma tahun ni tak dapat kumpul ramai. InshaaAllah tahun depan kitorang akan berjumpa lagi dalam kuantiti yang lebih ramai. Mungkin ada yang tambah anak lagi. Heh heh. Dan mungkin tahun depan aku pulak datang berdua. InshaaAllah. 

3 comments.. read them below or add one

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 17 July, 2014
perghhhh ramainyaaa orang!!!!! kambing bakar tu.. urrrghhh sedapnyaaaa
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 18 July, 2014
salam. wahhh..bestnya berbuka reramai...menu pun macam sedap!
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 19 July, 2014
Seronok.. aku entah sempat ke tak la berbuka ramai2 dengan kawan kat kampung tu huhu.. :")