Peluang Menang Duit Sehingga RM12500 Dengan Hanya Menulis

MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (“MyCreative”) melancarkan Pertandingan Writers Unleashed – Pencarian Manuskrip Terbaik, iaitu sebuah inisiatif untuk merangsang industry penulisan dengan menawarkan peluang bagi para penulis yang berbakat untuk menonjolkan bakat mereka. Para pemenang akan memenangi hadiah berupa wang tunai dan juga peluang untuk menerbitkan manuskrip mereka.

pertandingan menulis, pertandingan menulis novel, pertandingan menulis cerpen, pertandingan menulis puisi, pertandingan manuskrip


Pertandingan Writers Unleashed mengalu-alukan  penyertaan mana-mana manuskrip yang belum pernah diterbitkan, yang tidak mempunyai sebarang perjanjian kontrak dan yang tidak dikomisenkan untuk dihantar ke writersunleashed@mycreative.com.my selewat-lewatnya pada 5 Ogos 2014. Manuskrip yang diterima akan diadili oleh satu panel hakim yang mempunyai pengalaman dalam bidang penerbitan.

Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative berkata “Saya pasti pertandingan ini akan menjadi insentif kepada para penulis yang berbakat untuk berkongsi manuskrip mereka yang kreatif dan berkualiti. Saya tidak sabar untuk melihat penyertaan-penyertaan yang berbakat ini.”

Mereka yang berminat boleh memuat turun borang permohonan, garis panduan dan maklumat pertandingan dari butang Writers Unleashed yang berada dalam sesawang www.mycreative.com.my. Pemenang akan diumumkan pada bulan Oktober 2014.

Pertandingan ini merupakan pertandingan pertama yang dianjurkan oleh MyCreative. Selain Pertandingan Writers Unleashed, Fashion Pitch 2, sebuah inisiatif yang bertujuan untuk merangsang industri fesyen juga dijalankan secara serentak dengan pertandingan ini.


 SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN

Pertandingan MyCreative Writers Unleashed diadakan untuk menggalakkan dan meraikan kreativiti penulis-penulis Malaysia.

Objektif utama pertandingan adalah untuk:

•          Memartabatkan industri penulisan tempatan dan sekaligus menggalakkan lebih banyak penulis menghasilkan karya-karya kreatif.
•          Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada karya penulisan terbaik Malaysia.

Tarikh tutup Pertandingan MyCreative Writers Unleashed adalah pada 5 Ogos 2014.  Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan manuskrip sewaktu proses penghantaran.

Cara-cara untuk menyertai pertandingan

Penyertaan hendaklah disertakan bersama-sama:

1.         Borang penyertaan pertandingan yang telah lengkap diisi (Borang boleh dimuat turun melalui laman sesawang MyCreative di www.mycreative.com.my).
2.         “Softcopy” manuskrip dalam bentuk PDF dan Word format.
3.         Gambar terkini penulis (dalam bentuk “softcopy” dengan saiz tidak melebihi 1 Mb).
4.         Biografi pendek penulis tidak melebihi 200 patah perkataan.
5.         Rumusan manuskrip tidak melebihi 200 patah perkataan.
6.         Salinan MyKad penulis.


Untu penyertaan sila emel ke: writersunleashed@mycreative.com.my

Untuk sebarang pertanyaan sila emel ke: enquiry@mycreative.com.my

###
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Nadia Muadzam atau Ainunnajhan Marzuki
Hal Ehwal Korporat
MyCreative Ventures Sdn. Bhd.
T: 03- 7712 7212 / Nadia 012-3782318 / Ainun 017-7140400
F: 03- 7733 7604


Aku tau ramai blogger yang mempunyai bakat besar dalam penulisan. Termasuklah novel, cerpen, puisi dan artikel-artikel menarik. Aku rasa peluang ni tak harus korang lepaskan. Ini peluang untuk korang menonjolkan bakat terpendam tu. Dan siapa tahu rezeki memihak kat korang. Lebih baik cuba daripada tak buat apa-apa. 

{ 17 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 04 July, 2014
Wow!!! teringin nak sertai tapi memang ena ni lemah bab mengarang ni. Hasihhhh T_T Melukis reti la.. hiks
wazy wazy 04 July, 2014
menarik ni,dah lama tak menulis / mengarang cerpen
Nadia Johari Nadia Johari 04 July, 2014
Walaupun dulu bahasa melayu karangan dapat A tapi kalau bab ni jadi lemah pulak.kihkih
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 05 July, 2014
peluang keemasan untuk yg nak jadi penulis nie. takde idea la + busy takde masa dah nak mengarang skrg. nak update blog pun tak menyempat hahaha =P
ezuddin ezuddin 05 July, 2014
Alamak! Menarik ni.. idea ada byk tp vocabulary plak yg kurangnya ni.. hoho
akubiomed akubiomed 05 July, 2014
Ada bakat jangan sia-siakan mana tahu peluang yang dijanjikan. :-)
Amanina Mads Amanina Mads 05 July, 2014
hebatnya.. ada idea boleh la karang panjang2. hehe
N.A.T N.A.T 07 July, 2014
menarik ! .. mohon share !
Jaja Sutera Jaja Sutera 07 July, 2014
Salam...saya datang dari Segmen RM 1000 by Emas Putih .. done follow..jempot lah ke blog sy & follow ^_^

Salam perkenalan dan Salam Ramadhan

http://jajasutera.blogspot.com/2014/07/giveaway-cash-rm100-by-emas-putih.html
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah 07 July, 2014
wah ! bestnyer..

btw, CN follow sini 1684 dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2014/07/ga-cash-raya-rm1000-by-emas-putih.html
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda 11 July, 2014
bestnye..... tp kureng confident....huhu~
Dila Gebu Dila Gebu 18 December, 2014
wooo power power,

Jom ramai ramai makan Minyak Ikan

syed mahadzir syed mahadzir 14 April, 2015
Saya ada manuskrip kompilasi cerpen n puisi. Saya juga ada manuskrip buku agama so bolehkah saya hantar ke syarikat ini untuk diterbitkan... pihak tuan boleh hubungi saya di smahaz2010@gmail.com jika memerlukan manuskrip saya....
syed mahadzir syed mahadzir 14 April, 2015
Saya ada manuskrip kompilasi cerpen n puisi. Saya juga ada manuskrip buku agama so bolehkah saya hantar ke syarikat ini untuk diterbitkan... pihak tuan boleh hubungi saya di smahaz2010@gmail.com jika memerlukan manuskrip saya....