TAK TAKUT KENA RAGUT KE CIK ADIK?

Hari Sabtu lepas, saja aku lalu depan Sogo untuk tengok betapa ramainya manusia tengah membeli belah cari persiapan raya. Memang padat. Jalan jem betul. Tapi aku taklah bengap masuk dengan kereta. Dah tentu aku merempit naik motor masuk dalam tu. Hahaha. Cari penyakit kalau masuk dengan kereta.

kena ragut, peragut, elakkan dari kena ragut, umpan mudah kepada peragut, jangan jadi mangsa mudah kepada peragut dan penjenayah, takut kena ragut, kisah kena ragut, mangsa mudah peragut
Gambar sekadar hiasan. sumber
Tak lama lepas tu, tiba-tiba ada satu motor pancung depan aku. Humangaih! Agak ganas dan tak beradab cara pemanduan dia. Rasa nak hon bertalu-talu je. Tapi aku sabar. Memiliki wajah sekacak ni tapi tak miliki sifat penyabar yang tinggi merupakan satu kerugian dalam tamadun kemanusiaan. Aku terus bersabar dan perhati je motor tu. Dan aku baru perasan dua-dua atas motor tu adalah awek-awek metropolitan.

Apa yang menarik perhatian aku bukanlah baju sendat yang dipakai dorang sampai nampak macam buah nangka yang dibalut tersadai atas motor,  tapi lebih kepada penumpang belakang yang terang-terang pegang Smartphone secara terbuka. Tak mungkin dia Update Blog atas motor. Atau tak mungkin tengah nak Selfie tengah-tengah jalan tu. Amboi! Ni nak tunjuk Smartphone baru beli ke apa? Kalau peragut tengok tu, memang mangsa mudah tu. Senyum sampai ke telinga peragut tu. Mangsa mudah yang 'bijak' katanya!

kena ragut, peragut, elakkan dari kena ragut, umpan mudah kepada peragut, jangan jadi mangsa mudah kepada peragut dan penjenayah, takut kena ragut, kisah kena ragut, mangsa mudah peragut
Macam ni lah kedudukan Hp tu dan keadaan sebenar masa tu. Lukisan buruk cenggini pun nak letak Watermark kan. Hahaha. Maaf, dalam ramai-ramai Team Penyamun Inc., aku sorang yang tak reti melukis.
Jadi saja aku cucuk dekat-dekat nak tengok samada dorang Alert atau tak. Sepanjang 100 meter perjalanan memang dorang tak perasan langsung aku tengah mengekor kat belakang. Awek kat belakang tu masih lagi pegang Smartphonenya sambil lewa dalam keadaan dan kedudukan yang sama. Memang cari penyakit betullah minah dua orang ni.

Aku terus pancung sebelah dan tegur, " Pegang Handphone macam ni tak takut kena ragut ke cik adik?! Bahaya tu!"

Lepas tegur aku terus berlalu. Aku rasa Macho gila masa tu. Rasa macam hero pun ada. Kembang kempis kembang kempis hidung aku masa tu. Aku jeling kat Sidemirror nak tengok apa reaksi dorang. 

EK ELEH! Dorang buat dek je? Macam angin yang berlalu sepoi-sepoi bahasa. Atau dorang tergamam melihat susuk tubuh aku yang agak sasa dari Side tepi? Argh! Lantaklah. Aku dah jalankan kewajipan aku sebagai rakyat Marhaen yang bertanggungjawab. Lantak ler kome. Kena ragut jangan salahkan aku. Siapa suruh jadi mangsa mudah kepada peragut dan penjenayah kan?

kena ragut, peragut, elakkan dari kena ragut, umpan mudah kepada peragut, jangan jadi mangsa mudah kepada peragut dan penjenayah, takut kena ragut, kisah kena ragut, mangsa mudah peragutZaman sekarang zaman jenayah. Jangan jadikan diri kita menjadi sasaran dan mangsa mudah kepada peragut dan penjenayah. Selagi boleh elak kita elak. Jenayah ragut sekarang bukan je boleh sebabkan kecederaan ringan tapi boleh menyebabkan nyawa melayang. Ingat sentiasa terutama makcik-makcik, mak-mak budak dan anak-anak dara. 

{ 19 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 21 July, 2014
Dah kena sekali baru insaf agaknya... macam mati pula kalau tak pegang fon tu.. ayamaaa ayapaaaa
Kucing Hitam Kucing Hitam 21 July, 2014
Manusia ni selagi xrasa selagi tu xsedar
Kucing Hitam Kucing Hitam 21 July, 2014
Manusia ni selagi xrasa selagi tu xsedar
farhana mohamad farhana mohamad 22 July, 2014
perangai manusia mmg macam ni kan. selagi belum kena kat batang hidung, memang macam tu la perangainya. bila dah kena nyesal tak sudah.

p/s: lukisan tu sangat epik. ehhh
akubiomed akubiomed 22 July, 2014
Raya nak dekat perlu lebih berhati-hati. Bimbang ragut yang menyebabkan kecederaan macam berlaku kepada jiran apabila motor beliau ditendang penjenayah lalu diragut rantai ketika mangsa mengerang kesakitan akibat ditendang.
Vander Good Vander Good 22 July, 2014
Haha...memang bahaya betul lah...perempuan pula tu..ish..ish..ish...
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 22 July, 2014
kalau tak syok sendiri bukan boni namanya ! haha ! aku penah kena marah dengan laki aku sebab galas beg demi menggalakkan peragut motor meragut aku tanpa sesegan.... sadis sungguh perasaan ketika itu...
Hidayah Hidayah 22 July, 2014
Haha.. tergamam awek tu ditegur jejaka kacak..
young girl young girl 22 July, 2014
terkejut tu jejaka kacak tetiba teguq
Illya Farhana Illya Farhana 22 July, 2014
Gile r girl tuh... dah kaye sgt kot pegang phone mcm tu... tak hairan agaknye kalau kene ambil ngan peragut..sbb tu die wat xpeduli boni kacak sound..haha
Anizz Annisa Anizz Annisa 22 July, 2014
kena tegur dgn jejaka kacak pon buat dek.. hadehhh...
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 22 July, 2014
salam. eh eh..dah ditegur pun buat dek ja? tak dengar kut hahahha :D
fuad mohamad fuad mohamad 22 July, 2014
rasanya ramai orang malaysia yang tak alert dengan surrounding. benda dah jadi, menangis tak berlagu la jawabnya
Yan Ty Yan Ty 22 July, 2014
dia org tak kena laggi tu boni... cer dah kana nanti , baru myesal xsudah...
Rozalia Binti Alik Rozalia Binti Alik 23 July, 2014
sentap sikit sebab selalu tengok fon atas motor. saya selalu jadi penumpang je. muehehehew. bukan nak tayang sebab hp murah jeeee. tapi kekadang ade hal penting nak balas masa tu juga. sobss. apepun , thanks atas peringatan. insyaALLAH pasni akan lebih berhati2 :)
Hani Fadhlina Abdul Rahman Hani Fadhlina Abdul Rahman 23 July, 2014
Hati-hati ler dalam sebarang keadaan ... Bahaya ada di mana-mana ...
Sukma Haron Sukma Haron 23 July, 2014
Pompuan tu mmg spesis tak makan saman...org dah tegur dorang buat tak tahu...
Karya Mahirah Karya Mahirah 26 July, 2014
aku suka lukisan tu haha... naik sampan ke moto? =)
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. 03 August, 2014
tak dinafikan kaum2 hawa ni memang agak cerdik la bila bab2 mcm nih
kadang nak salahkan peragut 100% pun tak boleh juga sebab peluang tu diaorang sendiri yang buat jiwa peragut tu memberontak nak meragut. fuhhh.... sila baca dengan sekali nafas ye.

jadi2 berhati2 semua. lain lah kalau semua aspek dah buat tapi tetap kena ragut. macam tu baru lah takdir. ingat semua (dan momoy juga)