TENGAH TUNGGU BERBUKA PUASA DI RIVERSIDE KUALA LUMPUR

Sekarang ni jam 6.03 petang. Aku dan Officemate yang lain tengah menunggu waktu berbuka. Bos belanja berbuka. Hurm, bila difikirkan balik, rasa macam terlampau awal pulak. Tengok segala aneka makanan dan minuman yang ada kat Riverside ni dah cukup buat aku terliur. Tu takpe lagi. Setakat makanan tu aku boleh pejam mata je. 

Yang paling aku geram sampai usus aku meronta-ronta minta diisi adalah penangan dua ekor kambing yang masih lagi kukuh berbungkus dengan plastik.






Rasa macam nak bukak plastik tu je. Lepas tu panggang sendiri. Dua ekor kambing ni kalau ikutkan cukup untuk aku sorang je. Tu pun masuk kat jari kelingking je. Banyak lagi ruang kosong kat perut aku ni.

Cukuplah laporan untuk petang ni. Live Update!! Cuma pesanan aku, walau seenak mana juadah kita berbuka, walau sekenyang mana pun kita berbuka, jangan sesekali lupakan saudara kita di Palestin. Jangan putus-putus kirimkan doa kepada mereka. Entah apa juadah mereka berbuka. Mungkin tidak seenak juadah kita dan mungkin tidak sempurna kita.. Doakan mereka. #pray4palestine #prayforpalestine #palestine #pray4gaza #prayforgaza #gaza #savepalestine #savegaza #alqassam 


{ 11 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 14 July, 2014
Boni up guna phone ye.. hehe bestnyaaaa dapat berbuka kat tempat macamni.. hurmm ena ni bila la dapat keluar jumpa kawan kawan blogger Sedih
akubiomed akubiomed 14 July, 2014
Awal sampai. Menu berbuka belum hidang lagi. Boleh uji iman dengan bau hidangan macam nih. :-)
Nadia Johari Nadia Johari 14 July, 2014
Aku nengok kambing tu sodappp
kaio kaio 14 July, 2014
Ni sampai awal mesti dah bawak tupperware siap2 nak tapow bawak balik kan? hahahah!
jemput singgah bro. http://kaio.my
kaio kaio 14 July, 2014
Ni sampai awal mesti dah bawak tupperware siap2 nak tapow bawak balik kan? hahahah!
jemput singgah bro. http://kaio.my
ArELeEz ArELeEz 14 July, 2014
t'ingin sgt nak 'kambing golekkan' si israel tuh! suka2hati nak bom org kan.. huh!
fairus fairus 15 July, 2014
Aku dah beberapa kali mencuba nak makan daging kambing. Tapi tekak aku tak boleh terima. Tak tahulah kenapa.. Aduhai..
Sheila Salim Sheila Salim 15 July, 2014
Assalamualaikum boni, homaiii terliur wehhh
Hani Fadhlina Abdul Rahman Hani Fadhlina Abdul Rahman 16 July, 2014
Baru buat kat kg. ari tu before puasa, buat sendiri jer, puas hati mkn, sampai ker sahur ...
husna zahidi husna zahidi 23 July, 2014
amboihh..2 ekor muat kat jari kelingking je ye..:p