Tips Bila Ke Bazar Ramadhan Supaya Tak Menyesal

Tips Bila Berkunjung Ke Bazar Ramadhan

Rasanya aku dah dengar banyak rungutan pasal makanan-makanan kat Bazar Ramadhan. Pertamanya pasal Azwan Ali yang terang-terang mengkritik dan terbaru status-status daripada kawan-kawan aku sendiri. Ada yang cakap makanan basi, ada yang cakap makanan tak ada rasa, ada yang cakap makanan tak berkualiti dan macam-macam lagi komen-komen negatif. 

Cara Untuk Memilih Gerai Makanan Di Bazar Ramadhan

Kalau korang memang kaki Bazar Ramadhan, samada memang nak cari makanan atau selalu ke Bazar Ramadhan untuk usyar awek-awek yang kebanyakannya pakai baju ketat dan kelihatan seperti lembu yang telanjang sedang bersiar-siar mencari makanan, korang mesti perasan beberapa 'Point' yang memungkinkan ia menjadi pilihan yang terbaik untuk korang. 

Meh aku kongsikan beberapa Point tu supaya ia dapat menjadi rujukan korang untuk memilih gerai dan makanan yang terbaik di Bazar Ramadhan.

membeli juadah berbuka di bazar ramadhan, bazar ramadhan, tips memilih gerai di bazar ramadhan, tips memilih makanan di bazar ramadhan, gerai bazar ramadhan
Grrr. Aku pulak yang geram tengok gambo ni. sumber

Peniaga Yang Sama

Kalau korang perasan, ada antara peniaga-peniaga tu adalah peniaga yang sama seperti tahun-tahun sebelum itu. Kalau korang perasan, itu MUNGKIN BOLEH jadi pilihan korang walaupun mungkin makanan yang korang dapat tu tak seperti yang korang jangkakan. Dan kalau korang tiba-tiba perasan muka kacak aku ni  ada kat situ, itu maknanya aku sedang mencari juadah berbuka, bukannya aku berniaga. Tegur-tegurlah ye.

Sebab apa aku cakap macam ni? Sebab selalunya setiap kali munculnya Ramadhan, akan muncul peniaga-peniaga bidan terjun yang ingin mencuba nasib berniaga walau tak ada pengalaman berniaga. Ini adalah fakta. Dan selalunya yang macam ni yang ada PROBLEM sikit. Tak semua bermasalah, tapi ada segelintir. Kita kalau nak berniaga, kena ada pengalaman. Begitu juga dengan makanan yang dijual tu. Perlu ada pengalaman yang luas untuk setiap makanan yang dimasak tu. Kalau tak, kompem akan timbul isu jual makanan tak berkualiti dan tak sedap. Ini salah satu sebabnya.

Lagi satu sebab yang korang kena beli kat peniaga-peniaga lama yang LEGEND kat situ adalah kerana banyak tapak-tapak gerai di Bazar Ramadhan disewakan kepada orang Indonesia. Ini pun masalah jugak ni. Dorang pun sama juga, bidan terjun untuk cari duit lebih dan duit raya.

Ramai Pengunjung

Kalau korang perasan, ada gerai-gerai yang agak luar biasa kehadiran pengunjungnya.Sampai penuh depan gerai dia. Jangan pulak korang ingat ada tarian tiang sedang dianjurkan kat situ, tapi sebenarnya itu adalah salah satu 'Point' penting yang korang perlu tau. Kalau dah ramai beli kat sana, malah setiap hari pulak tu penuh, itu bermakna juadah yang disediakannya memang sedap. Yang ni budak tadika pun boleh tau. Aku je yang lambat tau.

Cam Muka Peniaga

Kalau korang perasan lagi, sebenarnya muka-muka peniaga Bazar Ramadhan ni adalah muka-muka yang sama berniaga kat pasar malam. Kat tempat lain aku tak pasti, tapi kalau kat tempat aku ni, memang muka tu lah yang selalu berniaga kat Bazar Ramadhan. Jadi, kalau korang memang dah kenal peniaga tu dan tau produk yang dihasilkannya memuaskan seperti yang korang biasa beli kat pasar malam tu, tak payah lah nak fikir panjang. 

"Macam mana lu tau bro? Lu ni anggota pengakap sekolah ke?"

Aku taulah. Sebab aku bukan tukang cat. Dulu aku pernah berniaga kat Bazar Ramadhan Bukit Sentosa dan pasar malam. Masa aku kerja kentin sekolah pulak, aku berniaga kat Bazar Ramadhan belakang Stadium Selayang. Sebab tu lah ramai yang tegur pernah nampak muka aku. Cuma sayangnya, dulu aku tak sekacak sekarang. Kalau tak, kompem ramai gadis-gadis akan singgah kat gerai aku semata-mata nak menatap wajah aku. Dan aku sangat yakin gadis-gadis tu akan terpesona melihat aksi aku membungkus makanan hingga ada yang diserang sawan babi. 

Membeli Juadah Berbuka Di Bazar Ramadhan

Apa yang aku kongsikan ni adalah serba sikit pandangan peribadi aku. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pandangan aku ni. Cuma pesanan ikhlas daripada aku, nak membeli di Bazar Ramadhan kena bijak. Paling penting, jangan membazir. Kena jimat. Kalau lalu kat orang yang kutip zakat tu, jangan tak singgah. Bayarlah zakat tu. 

membeli juadah berbuka di bazar ramadhan, bazar ramadhan, tips memilih gerai di bazar ramadhan, tips memilih makanan di bazar ramadhan, gerai bazar ramadhanAku tak pernah singgah lagi Bazar Ramadhan kat Area rumah aku ni. Tahun ni tak tau kenapa tak ada Mood nak ke sana. Mungkin sekarang ni dalam Mood berjimat agaknya. 


{ 29 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 06 July, 2014
Bhahahaha lawak la boni ni.. sampai diserang sawan babi tu tak boleh bla. XD
akubiomed akubiomed 06 July, 2014
Cuba kurangkan ke Bazar Ramadhan kerana tidak mahu sakit hati.
ejulz ejulz 07 July, 2014
hahaha.. terbaek bro.. follow sini..
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 07 July, 2014
Bab cam muka oeniaga tu sangat setuju bro... dulu tak kacak cam sekarang... sekarang dah kacak ekk??ekk?? hwahhahahaa
Fizi Zaidi Fizi Zaidi 07 July, 2014
dah dua tahun x jejak bazar bro..ambe makan apa yang tersisa kat rumah je..huhu jagi jimat..hati pun x sakit..keh3
Nadia Johari Nadia Johari 07 July, 2014
nad pergi bazar beli kuih je..huhu
Cik Anis Cik Anis 07 July, 2014
Singgah follow sini. Jom ke bolg Cik Anis ^^
www.anisfadliyana.blogspot.com

Dr GA Emas Putih ^_^
Sue-Rya Qistina Sue-Rya Qistina 07 July, 2014
saya pun jarang2 ke bazaar. selalu masak je kat rumah, tu pun kalau sempat sampai rumah sebelum 6pm. paling tak pun, masak nasi dan wat nasi goreng je la. dari beli kt bazaar yg rasa ntah ape2 dgn harga yg x masuk dek akal..huhu
Sobri Mansor Sobri Mansor 07 July, 2014
hehehe... ushar awek pakai baju ketat ye.

memasak di rumah lebih baik. Jimat sikit.
Diyana Hani Diyana Hani 07 July, 2014
haha...si boni yang kacak ni!! btw niceeeee tip,..huahuahua
tenku butang tenku butang 07 July, 2014
fobia beli makanan kat bazar ramdhan.. mahal .. huk2..
Anarm Anarm 07 July, 2014
Alhamdulillah puasa tahun ni menu2 aku berbuka semua sedap je.. Beli kat bazar Ramadhan jugak..

Aku tak faham kenapa ada sesetengah orang beli makanan kat bazar, tak sedap, pastu melenting kaw2, update status kat FB, kutuk makanan dan orang yg masak makanan tu. Dapat apa entah buat camtu.

Kalau tak sedap diam2 jee. Standard la bulan puasa, org yg masak tu bukan bleh rasa pun apa yg dia masak. Takkan kita pulak nak rasa makanan tu sebelum beli.
Hafiza AizZawa Hafiza AizZawa 07 July, 2014
bulan puasa kali nie Fiza dah terkena nasi kerabu basi.. mujur makan satu suap.. terus buang.. tak pe la.. tak de rezeki..
Ar Eirza Japar Ar Eirza Japar 07 July, 2014
ahahha..usha ek...

anyway saya follow sini..klau sudi fllw me back ya..tq

http://eirza.blogspot.com
101 Resepi Kuih Raya 101 Resepi Kuih Raya 07 July, 2014
Hari pertama je tawaf satu bazaar nak cari gerai yang berminat. Lepas dah tau location gerai-gerai yang memang jadi target, esok lusa pegi dekat gerai tu jer. Jimat masa. hehe
MyCherita MyCherita 07 July, 2014
Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari Segmen Giveaway Cash RM100 by Emas Putih..done follow sini.. Salam ramadhan, salam ceria dari MyCherita
therylisa nurul ain therylisa nurul ain 07 July, 2014
mood berjimat...
hahha bese kat bzar beli makanan yg sellunya tkde time bukan bkn ramdhan :P
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal 07 July, 2014
Assalammualaikum...boni kacak,

tips untuk beli makanan di bazar ramadan. Bagus tips nie... terbaik. Boleh ambil note..

mselim3

pls: beli kedai bazar ramadan yang dah kenal yer tak?..
Ainim Suju Ainim Suju 07 July, 2014
Saya langsung tak pergi. Dah berapa tahun tak pergi pun saya tak ingat. Alasan saya hanya satu. Sebab bila puasa, saya takde nafsu makan. Ala kadar je
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 07 July, 2014
salam. sy jarang ke bazar..
Ct Noraishah Ct Noraishah 07 July, 2014
tahun ni bazar ramadhan semacam je..kurang meriah berbanding tahun sebelum ni
Ezad Skytech Ezad Skytech 07 July, 2014
aku suka pergi bazaar cari juadah yang jarang jumpa je...selalu juga jumpa muka peniaga yang berniaga di pasar malam...hee
Karya Mahirah Karya Mahirah 07 July, 2014
mana nak ingat muka penjual tahun lepas hahaha... tp peniaga pasar malam tu mmg boleh camlah... tp tak palah... sy masak je kat rumah...
Cikgu Norazimah Cikgu Norazimah 08 July, 2014
selamat CN tak pernah tgk live BK bungkus makanan, kalau tak naya jer kena sawan ! hehehe
Zana Hassan Zana Hassan 09 July, 2014
terbaik la bro :)
tp rasanya msk kt rumah lg jimat hihi :D
ma ❥ ma ❥ 09 July, 2014
guna tips yang sama gak beli kat peniaga yang biasa berniaga...

awak duduk rawang eh?
azwan azwan 09 July, 2014
memang betul. ada pemilik tapak asal yang menyewakan tapaknya kepada warga asing.

warga asing tu pulak buat masakan ala-malaysia, tapi rasanya hampeh langsung.

geng-geng macam ni lah yang merosakkan kemurnian dan kesucian bazar ramadhan
fyna fyna 10 July, 2014
bila sebut pasal bazar, teringat cempedak goreng tepung tebal 5 inci. pheww..