COURT FUTSAL YANG SANGAT MISTERI

Minggu lepas aku dan geng-geng pejabat dan juga geng-geng sekolah bersepakat untuk main futsal kat satu gelanggang futsal yang aku dapat melalui Google. Punyalah aku Excited sebab semua tempat yang aku nak Booking semuanya FULLHOUSE. Tak sangka rakyat Malaysia sekarang semuanya adalah Futsaler. 

Jadi, lepas je aku dapat maklumat pasal Gelanggang Futsal ni, aku terus telefon. Suara yang paling merdu aku lontarkan selepas panggilan berjawab.

" Assalamualaikum bang. Saya nak tanya pasal harga ikan keli.. Eh, saya nak tanya pasal gelanggang futsal ni lah. Saya nak Booking. Berapa harganya sejam? Sebelum apa-apa, saya nak pesan dulu yang saya bukan Shahrizal Jaszle walau suara saya memang seiras dia.",soal aku banyak cekadak.

" Sejam harganya rm100.",jawab seorang lelaki.

Disebabkan sangat puas hati dengan harganya, aku Book untuk 2 jam. 

Tibanya saat untuk main Futsal, kitorang terus bergerak ke sana. Dan... ia... sangat... misteri.... dan menakutkan. Jalan masuk macam nak masuk kampung bunian tu. Masuk hutan dan naik bukit. Sangat gelap. Dan, gelanggang futsal tu pun hanya ada dua Court. Satu lagi Court dalam pembinaan. Debu-debu tanah pun penuh berterbangan. Kaunter pun tak ada apalagi jual air. Kalau ada orang tengah tercekik bola futsal terus kejong atas Court sebab tak ada air. Gila betul. Memang misteri dan aneh Court Futsal ni.  

Adeh! Apakah semua ni? Sebabkan dah tak boleh nak buat apa, terpaksa main jugak kat Court Futsal penuh misteri tu. Dahlah 'bunga' tak ada kat sana. Tak dapat aku nak tonjolkan otot betis aku yang perkasa ni. Apalagi urat-urat yang mekar kat dada aku ni. 

Ok, lepas ni pangkah Court Futsal ni. Walaupun AGAK MURAH, tapi sebenarnya masih tak berbaloi dengan harganya. Macam gudang proses dadah sintetik gred A je. First Time aku main kat Court Futsal yang seteruk ni selama 15 tahun aku hidup.

court futsal murah, court futsal, court futsal sekitar gombak, court futsal sekitar lembah klangDialog adalah rekaan semata-mata untuk menambah umphh artikel ni. Saranan aku, kalau nak orang datang main futsal, sediakan 


{ 8 comments.. read them below or add one }

✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 20 August, 2014
Boleh dapat bayangkan macam mana keadaannya.. Bagi ena agak mahallah juga.. MElayang rm200.. hurmm sabar jelah
Nadia Johari Nadia Johari 21 August, 2014
Nasib pergi beramai..kalau sorang2.. Hhehehe
Blogs Of Hariyanto Blogs Of Hariyanto 21 August, 2014
harga murah..ya tempat sesuai harga lah...
lama baru bisa main ke blog super ini....maaf lahir batin ya Boni....
keep happy blogging always...salam dari Makassar, Indonesia :-)
Fiza Rahman Fiza Rahman 21 August, 2014
Kat m ana ni boni?

Siannya nya. Dah lah nak pergi pon mencabar. Bila sampai tempat masih under construction lagi.
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 21 August, 2014
salam. ayat "bunga" & nak tonjolkan otot tu buat sy tergelak :D
Diana Rashid Diana Rashid 21 August, 2014
patutnya bagi la separuh harga je..kan??
Blog-Sempoi Blog-Sempoi 23 August, 2014
Ala byk je futsal court lain lagi yang boleh pergi..yang sempoi mcm blog-sempoi je
Mira Alwani Mira Alwani 23 August, 2014
Erm.. burn RM200. Tapi boleh tong-tong dengan member kann.. Next time boleh try cari tempat elok sikit.