GAJI KECIL MACAM NI PUN ADA YANG NAK DENGKI

Ramai yang tanya aku kenapa tak nak lepak lagi, tak nak Joint apa-apa Event. Bukan aku sombong walau ditakdirkan berwajah kacak sebegini, tapi sebenarnya lebih kepada nak meneruskan kelangsungan hidup. Aku bekerja kadang-kadang seminggu 7 hari. Kadang-kadang tak ada rehat langsung. Itu semata-mata untuk berlawan dengan kos sara hidup yang semakin meninggi ni. Gaji aku tak besar macam orang lain. Kalau kat pejabat aku, gaji aku antara yang terendah. Itupun ada jugak antara orang-orang kat Ofis aku yang dengki kat aku. Sedangkan gaji dorang sendiri melebihi daripada gaji aku. 2-3 kali ganda lagi tinggi. Dah selesa dah. Dan tak perlu untuk buat 2-3 kerja dalam masa yang sama untuk menambah pendapatan. Itu pun masih nak dengki lagi? 

Itu lah yang aku tak faham manusia ni. Kenapa perlu nak dengki? Kenapa perlu nak kacau orang lain? Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Kau dapat gaji banyak tu dengan kerja kau, dan aku dapat gaji banyak ni dengan kerja aku. Kau berak taik warna hitam, aku berak taik warna coklat. Apa nak jadi masalah lagi? Tak payahlah nak sibuk-sibuk dengan kerja orang lain. Tak perlu nak mempertikaikan itu, mempertikaikan ini. Baik korang mempertikaikan kenapa Ultraman bila dah berkelip-kelip merah dia akan jadi lemah. 

Aku dah kerja dengan Company tu 5 tahun dan korang baru setahun jagung kat situ. Aku boleh hormat korang dan tak pernah nak berlagak dengan korang, jadi aku mintak satu je, tolong hormat aku. Dan aku mintak hormat aku bukan sebagai pekerja lama, tapi sebagai kawan pejabat. Aku tak kacau hidup korang langsung jadi jangan sesekali nak kacau hidup aku. Rezeki masing-masing dah tertulis. Kerja masing-masing dah ditakdirkan macam tu. Tak payah nak sibuk pasal orang lain. 

Ni entri geram sebenarnya ni. Geram sebab orang dah mula kacau aku, dah mula nak usik aku. Dem! Aku tak suka marah sebenarnya. Tapi benda ni dah cukup buat aku tak selesa nak ada kat pejabat tu lagi. Kalau korang pernah rasa minum air dengan susu basi, macam tu lah rasanya. Ibarat Godzilla yang terjatuh dan tersepit kakinya kat celah-celah runtuhan bangunan. Sakitnya makan di dalam.

Aku bukan sesiapa di situ tapi jangan pijak kepala aku. 

{ 22 comments.. read them below or add one }

alifstyle alifstyle 10 August, 2014
Walaupun ini entri geram. tetapi aku rasa terhibur dengan selingan ayat-ayat lawak Abang Boni Kacak.

Apapun... itulah hakikat hidup. Manusia dengki pada kita lebih bagus daripada kita dengki pada orang. dengki itu sifat sombong dan kalau seseorang itu ada sedikit sifat sombong, dia tidak boleh masuk syurga.
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 11 August, 2014
sabar ye Boni Kacak. hidup ini kadang kita di atas kadang kita di bawah.. inshaallah ada sinar untuk di kemudian hari. bertabahlah wahai Boni. chewah
Lynn Munir Lynn Munir 11 August, 2014
Sabar, dugaan hidup memang begitu.
Tak semua orang akan suka kepada kita, abaikan aja orang yang tak suka tu.
farhana mohamad farhana mohamad 11 August, 2014
manusia.
memang tak pernah kenal erti syukur.
hidup kita dah cukup baik tetap jugak nak usik hidup orang lain. rezeki setiap orang tak sama. kesian ultraman, tak pasal2 terlibat sama. selagi boleh bersabar, kita sabar. korang jangan sampai abg boni kacak kita ni hilang sabar, susah bila dah meletup nanti! senyum sikit abg boni. :)
nuar mkamh nuar mkamh 11 August, 2014
kemon bro, dorang dengki sebab ko terlalu kacak tu,hehe..

persetankan semua tu.. be strong and never give up brader
hadap je lah walaupun perit
ak pun rasa benda yang sama jugak..
tapi nk buat camne, nak tak nak memang kena hadap
VersZ VersZ 11 August, 2014
Rileks brader, brader rileks..
plain83 plain83 11 August, 2014
agaknya diorang jeles dgn kekacakkan en.boni kot... hahah rilek ah, politik opis mmg cam haram, lebih2 lg kalau meleis 100% kat situ, sabaq je la bro...
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 11 August, 2014
Huhu.. Takutnya bila BK marah.. Sabar jelah BK.. Manusia ni cenggitulah.. Takleh tengok org lain senang sikit.. Ade je yg dengki.. Org kata org yg suka dengki ngn org lain ni biasanya sebab dia jeles tgk kita.. Gasaklah dorang.. Janji kita tak kaco idup org lain.. Wat lek wat peace sudeeee..😉
Misz-ella Ismail Misz-ella Ismail 11 August, 2014
Dengki ye? Orang dengki itu ada di mana-mana. Buat tak tau je ye. Fikir-fikir nanti hati kita yang sakit, kan.
fairus fairus 11 August, 2014
Adat bekerja bro.. Ada yang suka jatuh menjatuhkan orang..
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 11 August, 2014
salam. sabar saja la boni..dah lumrah manusia..
Diana Rashid Diana Rashid 11 August, 2014
kita tak boleh nak elak kalau orang tak suka kita..kita boleh abaikan je..tapi kalau sampai menjejaskan hidup kita itu memang melampau.
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah 12 August, 2014
Sabar yea BK. Semoga mereka boleh berubah selepas ini.
Syaifuddin Alias Syaifuddin Alias 12 August, 2014
ahh sudah boni ...mesti ada yang nak pada ko ni ..haha
Bahrain Bahrain 12 August, 2014
Habislah kalao boni kacak dah marah. hehe. Benda ni kalau bawa berbincang INSYA ALLAH adalah jalan penyelesainnya.
Jueliza Jamani Jueliza Jamani 12 August, 2014
relax bro.. im follower 1781...
Santan Manis Santan Manis 12 August, 2014
Manusia perngai bkanya nk sama ! ada je xpuas hati, apa2pun sabarr...

KorN KorN 12 August, 2014
sabarlah lah boni.. baik kita berselfie dulu. pastu layan rindu awak 200%. eh
Muhammad Syazwan Norhalik Muhammad Syazwan Norhalik 13 August, 2014
ko jadi la retis. ramai makin dengki.

manusia, memang kebanyakkan ada sifat dengki dalam diri. tak kita ada didikkan agama atau tidak, dua dua mesti ada sifat dengki..

keep chill bro, moga saham akhirat berlipat ganda berkat kesabaran bro :)
luqman zakaria luqman zakaria 13 August, 2014
kan kan..kenapa nak dengki2 ..xdak faedah pon..mungkin jgk dorang rasa insecure sbb BK kacak dan mereka tidak..hmm..hehehe..bersabor je la BK. nasib baik ade blog nih kan..boleh jgk lepaskan geram dkt blog..
aidib2004 aidib2004 14 August, 2014
Saya ada satu projek mega mykad....sebagai kad diskaun dan boleh menjana income secara berterusan. Tidak berkonsep MLM....tidak perlu jual barang atau mantain point...sesiapa berminat boleh whasap saya 019-3096541
AnonymousAnonymous 08 January, 2015
Wah tu gambar admin blog ni ke.. serius memang kacak patutlah orang dengki kat u..