KAD RAYA PALING SPECIAL AKU PERNAH DAPAT

Dah nak habis raya, satu lagi kad raya aku terima daripada sahabat blogger. Merupakan salah seorang idola aku jugak dalam penulisan blog. Daripada beliau jugak lah aku belajar macam mana nak karang cerpen-cerpen lawak. Boleh dikatakan Sifu aku dalam bidang penulisan beliau ni. 

Tak percaya? Pergi baca karya terbaru beliau nanti. Aku tinggalkan link kat hujung entri ni nanti. Ok, berbalik balik pada tajuk entri aku yang memang gila gempak ni. Aku dapat kad raya daripada beliau. Hoi!! Ini kad raya paling Special dan paling Rare aku pernah dapat! Hahahaha. Dengan wajah yang ditonjolkan Cute Secute-Cutenya dekat kad raya tu dah cukup membuat orang lain ekpeceli awek-awek memandang serong kat aku. Hahahaha. 

Paling Specialnya kad raya ni , ia datang sekali dengan sehelai kertas berwarna merah. Aku ingatkan mula-mula kain merah untuk buat balut barang-barang sihir, tapi sangkaan aku tu ternyata meleset bila aku belek betul-betul. Mak aih!!! Aku dapat pakej duit raya rm10!! Pergh. Ini First Time dalam sejarah hidup aku dapat kad raya sekali duit raya. Ko ni memang epik bro. Hahaha. Tahun depan aku nak request rm100 pulak leh tak?? Hahahaha.

kad raya aidilfitri, contoh kad raya, kad raya terbaik, gambar kad raya

kad raya aidilfitri, contoh kad raya, kad raya terbaik, gambar kad raya

Apa-apapun, terima kasih sangat-sangat bro. Selamat hari raya aidilfitri.  Kalau ada salah dan silap aku kat ko, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Lebih-lebih lagi salah aku kat ko tahun lepas tu. Memang sengaja aku gunting kelopak mata ko dulu. Itu semua niat nak bergurau je sebenarnya. Aku harap ko maafkan aku ye. Hahaha. 

Jom terjah cerpen lawak karya beliau. 



kad raya aidilfitri, contoh kad raya, kad raya terbaik, gambar kad rayaHari raya akan terasa sikit kurang serinya bila tradisi bertukar kad raya macam ni tak diteruskan. Kami para blogger akan sedaya upaya mengekalkan tradisi bertukar-tukar kad raya ni. Ia sememangnya adalah tradisi yang semakin dilupakan generasi moden sekarang ni.

{ 12 comments.. read them below or add one }

Ezad Skytech Ezad Skytech 27 August, 2014
siap dapat dengan pakej duit raya tu...terbaik la...tahun depan aku nak request kat ko pula ye boni...RM50 pun ok da...HAHA
akubiomed akubiomed 27 August, 2014
Mana kad raya dari makwe? :-)
Kakcik Nur Kakcik Nur 28 August, 2014
Seronok juga kalau dapat hidupkan balik tradisi menghantar kad raya, kan? Mesti pejabat pos jadi meriah macam dulu-dulu... :)
Sheila Salim Sheila Salim 28 August, 2014
Assalamualaikum boni, alhamdullilah. murah rezeki boni dapat duit raya. hehehe amboiii siap request lagi utk tahun depan. kihkihhh ~~~
Lea IsNawi Lea IsNawi 28 August, 2014
wahhhh siap dpt duit raya lagi. mabeles
azwan azwan 28 August, 2014
saya tertunggu-tunggu SMS raya dari abam boni, tapi tak dapat pun...
masa puasa hari tu ada dapat...
kenapa...why..?
:p
✿AINAA ROSEBERRY✿ ✿AINAA ROSEBERRY✿ 28 August, 2014
Perghh sepuluh hinggit dapat!! nak jugaaa!! Boni tak bagi pun duit raya kt ena... T_T
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 28 August, 2014
boni, aku pun nak rekues duit raya kat kau tahun depan... boleh?? huahuahua

psttttt terus terjah blog brader nunnn
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 28 August, 2014
Amboi, kasarnya bergurau.. Gunting kelopak mata terus.. Adeh.. Sabar jelah.. Kohkohkoh!
Rosmiza Ali Official Blog™
afzalsukasuki afzalsukasuki 29 August, 2014
Eh aku rasa mcm dah komen tapi tak masuk plak. Demm pepanjang aku komen dengan 3 perenggan disusuli dengan pantun 6 kerat last2 ilang. Berpeluh pori ketiak aku.

Rezeki ko tu, aku harap ko boleh mulakan bisnes sikat kutu yang ko plan sedari darjah dua dlu
Cik Itah@RRP Cik Itah@RRP 29 August, 2014
as salam. wahhh ada duit raya sekali tu..untung la..:))
fairus fairus 30 August, 2014
DAH BESAU PANJANG PON DAPAT DUIT RAYA LAGI.. HEHEHE