PENYAKIT PELUPA AKU MAKIN KRITIKAL

Aku tak tau lah ni sebenarnya kesan daripada apa sebenarnya. Kebelakangan ni penyakit pelupa aku makin teruk. Mungkin kesan daripada aku selalu tersentuh bulu kucing aku agaknya,. tapi macam tak ada kena mengena pulak. 

Kisah ni baru je jadi hari Khamis itu hari. Entah macam mana, entah bagaimana dan entah mengapa, aku lupa mana perginya kunci motor aku. Macam biasa aku akan Park motor kat rumah bos aku sebelum memulakan kerja. Time balik kerja tu baru aku perasan kunci motor aku tak ada dalam beg aku. Dua tiga kali aku punggah beg aku, tapi kunci motor tu tetap aku tak jumpa. Tak pasal-pasal mak aku kena Pick Up aku balik rumah. 

Ni dah masuk kali ke tiga rasanya aku lupa aku letak kunci motor aku kat mana. Sampai aku dah redha dah masa hilang tu. Dah tau dah aku takkan ingat kat mana aku letak. 

Paling musibah sekali aku terlupa mana aku letak kunci kereta bos aku. Pergh! Itu yang paling tragis sekali. Aku dah fikir yang masa tu adalah pengakhiran kepada kerjaya aku. Aku dah terbayangkan yang bos akan TIAW aku kaw-kaw, tumbuk meja, dan bagi surat perletakan jawatan. Tapi... nasib baik jumpa balik. Hahahaha. 

Aku tak tau penyakit ni bermula bila. Tapi aku sangat-sangat yakin ia adalah Effect masa aku tengah DOWN dulu. Masa tu tahap Stress aku dah capai tahap maksimum. Otak aku EXHAUSTED bila hari-hari fikir tentang masalah yang sedang aku hadapi. Stress yang aku hadap tu bukan Stress yang alang-alang, Stress yang aku hadap tu lagi dasyat daripada Stress seekor semut yang sedang berfikir macam mana nak bawak balik seketul gula pasir. 

Disebabkan Stress melampau yang sangat ni, berat badan aku mula susut. Tengok muka aku pun orang ingat aku ni penagih dadah, tapi penagih dadah kategori kacak lah. 

Sekarang ni , aku harap sangat aku akan dapat pulihkan balik keadaan otak aku yang aku rasa memang bermasalah ni. Risau pulak nanti bila dah kahwin aku lupa siapa bini aku. Lupa macam mana cara nak mandi. Lagi tak boleh terima akal kalau aku terlupa macam mana nak tengok dvd cetak rompak. Harapnya penyakit ni akan pulih balik.

penyakit pelupa, lupa, asyik terlupa, seorang pelupaHaraplah ni bukan penyakit kritikal. Biarlah dia sebenarnya penyakit yang hanya bergurau manja dengan aku disebabkan kebosanan. Hahaha.

{ 9 comments.. read them below or add one }

Haryz Khairuddin Haryz Khairuddin 07 September, 2014
ingatkan sebab overdose tertelan semut. hoho..

ko xde tertinggal kunci tu kat motor ko ke? mana tau terlupa nak amik..
Yatie Yatie 07 September, 2014
PG rasa sebab stress down tu kot. PG pun mengalami benda yg sama. Mungkin tahap pemikiran kita yg da makin mendlm, sampai kadang benda yg kecik pon kita blh lupa :D
Mohd Ridzwan Abdullah Mohd Ridzwan Abdullah 07 September, 2014
Lupa ni ada kalanya sebab terlalu banyak yang dibebankan oleh otak memikirkan sesuatu...secara pukal atau campur aduk. Cuba analisa sikit2 apa yg merunsingkan tu. Fokus pada yg paling utama dahulu. Then slow-slow bertindak. Rehat kena cukup sama bro kacak.

Kekalkan kekacakkan tu seadanya.
Kiz MySelf Kiz MySelf 08 September, 2014
orang kacak memang selalu lupa sebab otak tak larat menampung kekacakan ..erkk hehe
fairus fairus 08 September, 2014
ELOKNYA BAWAK SATU BUKU KECIL DAN PEN KEMANA-MANA.. CATATKAN APA YANG PERLU SUPAYA TIDAK LUPA.. TAK PON CATATKAN TERUS DALAM BLOG..

CONTOH :

TAJUK ENTRI : KUNCI MOTOR DI DALAM POKET.

ISI ENTRI : HARI NI AKU BEKERJA SEPERTI BIASA. MOTOR AKU PARKING DEKAT RUMAH BOS DAN KUNCINYA AKU TARUK DI POKET SEBELAH KANAN. HARAP AKU TAK LUPA DI MANA AKU LETAK KUNCI. DAN AKU BERHARAP JUGA AGAR AKU TAK LUPA YANG AKU DAH CATAT JUGA DALAM BLOG..

WAKAKAKA..
Diana Rashid Diana Rashid 08 September, 2014
Rasanya dah kena banyak makan makanan sunnah kot.
Ezad Skytech Ezad Skytech 08 September, 2014
jangan makan semut banyak sangat bro..kan da jadi cepat lupa..hee
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 10 September, 2014
Tips paling mudah.. Rajin2 baca Quran.. In Shaa Allah, boleh bantu atasi masalah lup ni.. =)
Rosmiza Ali Official Blog™