SAKIT PINGGANG BERPANJANGAN TAK HILANG-HILANG

Aku sebenarnya dah sebulan lebih terseksa dengan sakit pinggang ni. Mula-mula kena tu, dia berdenyut sikit-sikit je. Kalau masa tu nak berak taik panas dan cirit, masa tu makin menjadi-jadi sakitnya. Macam biasa, aku akan tahan penyakit tu. Tahan daripada aku pergi ke hospital. Bukan takut, tapi aku risau kena ngorat dengan awek-awek Nurse kat hospital tu. Lelaki berdahi licin macam aku  ni seringkali jadi mangsa awek-awek comel apatah lagi Nurse-Nurse kat Spital. Jadi aku pendamkan sakit ni sepertimana aku memendam perasaan kat Neelofa, Nora Danish, dan juga Emma Maembong.

Sebulan lebih berlalu tapi penyakit tu sikit pun tak berkurang. Malah makin menjadi-jadi dan makin berani merebak menyakitkan seluruh belakang badan aku. Bisanya tak payah nak sembang lah. Belakang badan aku ni macam kena tumbuk, terajang, karate, dan tendangan tanpa bayang, lebih-lebih lagi kat bahagian pinggang tu. Rupa-rupanya lepas aku selidik, aku belek-belek dan aku buat sedikit ujikaji Sains Dan Rumahtangga, baru aku perasan yang kat Area pinggang aku ada satu ketulan yang sangat besar. Pergi klinik, doktor cuma bagi ubat tahan sakit dan demam urat. Doktor cakap mungkin otot koyak atau salah urat. Tapi dia tak boleh nak Scan. Dia cakap kalau nak Scan dan nak tau apa kejadahnya ketulan yang jahat dan kejam tu, kena pergi Hospital. Adeh... Itu yang berat tu. Disebabkan aku ni malu kena ngorat dengan Nurse, aku pendamkan lagi sakit ni.

Hari ni aku pergi kerja dengan keadaan yang sangat-sangat sakit. Hilang mood aku. Sampaikan buat apa-apapun tak ada selera. Hilang naluri lawak dan aura kekacakan aku tiba-tiba. Yang ada cumalah perasaan tegang dan panas membara dalam hati ni. Mungkin sebab penangan sakit yang bukan kepalang ni. Buat apa serba tak kena. Jiwa tak yah cakap lah. Kacau bilau. Kalau bersembang, orang cakap silap sikit boleh kena tangkap dengan aku, lepas tu aku kentut tepat kat muka dia. Sampai satu tahap, aku tak larat nak duduk, terpaksa aku baring kat bilik akauntan.

Tadi, aku dah memang tak tahan. Lagi-lagi naik motor dari Bukit Beruntung-KL, KL-Bukit Beruntung. Rasa nak menangis je atas motor. Tapi kalau orang lain nampak terutamanya gadis-gadis yang memandu kereta, mana aku nak letak maruah aku kan. Aku tahan tangisan dan air mata aku dari meleleh keluar. Sampai je kat Bukit Sentosa, tempat yang pertama aku cari adalah tempat urut tradisional. Terus aku urut satu badan. Masa kat ketulan tu, memang terasa sakitnya. Encik tukang urut cakap ni angin terkumpul dah lama ni. Aku dah agak dah. Hari-hari tunggang motor Bukit Beruntung-KL, KL-Bukit Beruntung memang memungkinkan angin tu terkumpul kat pinggang. 

Lepas je urut, aku rasa lega yang tersangat-sangat. Badan yang bisa-bisa pun dah hilang bisanya. Aku tenyeh-tenyeh ketulan tu, dah mengecut. Dah hampir tak ada. Ni satu petanda positif. Bila badan dah tak sakit, barulah wajah aku kembali kacak seperti sediakala. Baru rasa semangat nak buat apa-apa pun. Macam sekarang ni. Dah semangat nak Update Blog. Tapi aku tetap kena Monitor jugak ketulan tu. Takut dia main nyorok-nyorok je. Buat masa sekarang ni, yang nyata memang ketulan tu adalah angin yang terkumpul. Tapi kena juga berwaspada. Takut dia datang balik, dan rupanya ketulan tu adalah seekor hamster. Uish. Menakutkan. Oklah setakat ni laporan audit untuk hari ni. Hahaha. Leganya aku rasa sekarang. Hilang segala aura-aura negatif kat aku ni.


SAKIT PINGGANG, SAKITNYA PINGGANG NI, PUNCA SAKIT PINGGANGBila sakit-sakit ni, baru aku sedar yang aku dah makin berumur. Rindu masa masih bergetah dulu, susah nak sakit-sakit.

{ 15 comments.. read them below or add one }

Nieyna Zainal Nieyna Zainal 17 September, 2014
haha zaman bergetah tu klakar hahahahaa
Ezad Skytech Ezad Skytech 17 September, 2014
sanggup kau biar sampai sebulan berlarutan...kalau aku tak sanggup da...cari jugak jalan alternatif lain nak bagi lega...

P.S - cehhh, zaman bergetah kau bila tu boni ? HAHA
Shawn Razaleigh Shawn Razaleigh 17 September, 2014
Ah mencik. Komen aku hilang.
akubiomed akubiomed 17 September, 2014
Agak serius masalah yang dialami. Perlu kurang melakukan aktiviti berat.
Yan Ty Yan Ty 18 September, 2014
Snggup xgi klinik/pital. Pelik2 la ko ni Boni
elly-daily elly-daily 18 September, 2014
OMG!! Pegi hospital cepat!... sakit pinggang ni macam2.. takut buah pinggang ke... batu karang ke... (pendapat orang yang penah sakit buah pinggang nih)
Maria Awi Maria Awi 18 September, 2014
scary juga kalau betul ada hamster dalam ketulan tu...isk isk..

Kebaikan Dan Manfaat Kolagen Shaklee
bobiedanbad bobiedanbad 18 September, 2014
Kesian.....kat hamster hihihihihi
Kesian kat awak
Saidatul Naila Saidatul Naila 18 September, 2014
Nak komen sket, tang kacak tuh kelaka. Okehbai!
Kakcik Nur Kakcik Nur 19 September, 2014
Lebih baik dapatkan pandangan dan nasihat dari doktor...manalah tahu, ketulan yang disangka angin tu rupa2nya puting beliung yang sedang main nyorok2...
Amanda Suria Amanda Suria 21 September, 2014
Setuju dgn kakcik....pi dptkan rawatan susulan dari mereka yg pakar. .pd pandangan SA boni ni takut pi spital kan?
Rawatan Islam Rawatan Islam 22 February, 2015
@Nieyna Zainal: As Salam kalau masih lagi mempunyai masalah seperti berikut sakit kulit/resdung/sakit tulang belakang/rasa macam disihir/saka/ dll boleh contact no ini ustaz Baharudin 0193874818
ady afandi ady afandi 19 April, 2015
salam sdr.Boni.. Saya ada baca melalui blog sdr yg sdr berulang ke tempat kerja dari bkt.beruntung ke KL. Nak tau berapa jam yg sdr amik dr BB ke KL? Saya kerja di KL & berkemungkinan akan ddk di BB. Mohon jawapan dari sdr Boni..
Terima Kasih
Afandi