BILA ISTERI KELUAR DENGAN LELAKI LAIN TANPA PENGETAHUAN SUAMI

Hari ni balik awal sikit. Sampai je rumah, aku terus mandi-mandi, minum, lepas tu Apply bedak sejuk ke muka. Ingatkan nak terus buat entri pasal "Smartphone Merupakan Satu Perkara Yang Sangat Menyusahkan Bagi Pengguna Berjari Gemuk". Tapi tiba-tiba aku terdengar dialog-dialog menarik kat belakang aku ni. Rupanya drama Selamat Pengantin Madu episod akhir tengah bergentayangan kat tv. Niat di hati nak abaikan je drama melayu tu. Tapi makin best pulak aku dengar dialog dia. Terus aku buat-buat macam nak pergi dapur dan tiba-tiba aku buat macam hilang arah tujuan. And Then aku terus baring depan tv.  Tak lah nampak macam aku nak sangat tengok drama tu kan? Bijak kan aku?

Part paling aku terkesima bila Part si Masmira datang pejabat Zul lepas tu merayu-rayu meraung-raung mintak diterima semula. Real pulak tu dia meraung-raung. Adoi. Part tu aku lemah betul. Kenapa Zul tak cair padahal aku dah cair dengan raungan tu dah. Zul..Zul.. hati kau keras Zul. Kalaulah situasi tu jadi kat aku, dengan aku-aku sekali turut serta meraung-raung.. meroyan-royan. Dan dengan sewenang-wenangnya akan rujuk balik dengan Masmira sebab aku tak boleh tengok Masmira tu meraung macam tu. Macam perempuan gila yang tak dapat makan roti. Aku mudah kesian.


isteri keluar dengan lelaki lain tanpa izin suami, bila isteri curang, bila isteri selingkuh, apa perlu dilakukan bila isteri curang, apa perlu dilakukan bila isteri makan luar, apa perlu dilakukan bila isteri khianati cinta suami,drama selamat pengantin madu episod akhir
Gambar sekadar hiasan. Sumber
Tapi kan, andai situasi ni jadi di dunia yang sebenar, bila isteri yang kita sayang dan cintai keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan kita dan buat bukan-bukan dengan lelaki tu,  apa yang akan korang buat ye? Dan apa yang korang rasa? 

Kalau tanya apa yang aku rasa.. aku memang akan rasa marah, geram, meroyan, berdendam, rasa macam nak tumbuk orang je, rasa obses pada makanan secara tiba-tiba dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan sifat negatif. Tapi bila isteri aku tu datang minta maaf dan meraung-raung macam Masmira tu, aku percaya aku akan lemah... dan terus maafkan dia.. Sebab benda ni pernah jadi kat aku masa bercinta dulu. Aku tak boleh hadap situasi tu. Aku rasa kesian sanagt. Tapi tu masa bercinta je kan? Bukan bini aku pun. Lain dia punya keadaan bila dah bergelar suami isteri sebab isteri tu hak sang suami kan. Jadi apa pulak pendapat suami-suami orang ye? Adakah korang mampu maafkan bini korang tu? Apakah korang mampu terima diri dia balik? Atau korang akan ceraikan beliau dengan selamber dan Cool?


isteri keluar dengan lelaki lain tanpa izin suami, bila isteri curang, bila isteri selingkuh, apa perlu dilakukan bila isteri curang, apa perlu dilakukan bila isteri makan luar, apa perlu dilakukan bila isteri khianati cinta suami,drama selamat pengantin madu episod akhirMemang amat menyakitkan bila orang yang kita cintai dan sayangi khianati cinta kita. Apa lagi orang itu adalah isteri atau suami kita sendiri. Aku sangat berharap agar aku tak lalui perkara tu satu hari nanti.




{ 11 comments.. read them below or add one }

TunSha Ayunie TunSha Ayunie 31 October, 2014
aku belum apa2 dah kena warning dengan hasben aku... JANGAN CURANG... huahuahua
Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim 31 October, 2014
Ceraikan je... Bunga bukan sekuntum
Jazz Lover Jazz Lover 31 October, 2014
Amin. Mintak simpanglah benda2 macam tu terjadi kat kita. Tapi kalau terjadi jugak, berpisah jak jalan terbaik.
zana fahmi zana fahmi 31 October, 2014
Kalau terjadi pd akak....selamat tinggal Romeo jwbnya. Tapi kalau mcm kes meraung, janji tak buat lg, sape2 pun longlai.
Bg yg hati dah parah, mustahil dpt terima balik. Kalau ada pun, parut tak hilang.
Diana Rashid Diana Rashid 31 October, 2014
marah memang marah..memang patut marah tapi jangan lah diceraikan..ajak la isteri bertaubat dan bimbinglah dia semula..itu lah baru ciri2 suami yang baik..
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins 31 October, 2014
Tak tau nak komen apa, tapi rasanya mesti suami ni kalau dia dapat tau isteri curang for sure kena 'talak' kot. Ini kes suami berang tak mau cari bukti dulu la..kejam tak komen ni :)
Mar Mansor Mar Mansor 31 October, 2014
adakah salah suami yang tidak jadi imam yang terbaik kepada isterinya? emmm..biasanya kalo kes curang memang suami tidak dapat memaafkan isteri..
Lea IsNawi Lea IsNawi 01 November, 2014
Memang padan muka mas tu
Grrrr~!

Bila dah kawen..kena bykkan doa supaya sejahtera rumah tangga. Elakkan dr menda x elok dan mendatangkan fitnah
Lyeen De Syifa Lyeen De Syifa 02 November, 2014
semoga dijauhkan aih....bahaya ni mcm ni...hancur rmahtangga T_T
deno deno 05 November, 2014
Satu peringatn..... Walau single mingle dan tak tahu bila lg jodoh, ini satu pesanan yg sgt2 baik boni... huhu
AnonymousAnonymous 01 April, 2016
Mcm mne ngn aku suami yg xpnh hrgai aku kawin pn bkn sbb ske sme ske tp sbb nk yg halal jea...now jdi la seorg istri idup tmpe ksh syg seorg suami...