HARI NI DIA MERAJUK DENGAN AKU

Semalam aku ada UP entri pasal nak beli kereta baru. Pagi-pagi ni buah hati aku terus merajuk, meragam, meroyan dan memurungkan diri dia. Jenuh aku pujuk-pujuk pagi ni. Sebelum ni kalau dia merajuk kejap je. Tapi hari ni dia merajuk bukan main punya lama. Nak aku bagi kaki, aku pulak tak sampai hati. Dah sayang. Nak aku azankan, dah besar panjang dah.

Setengah jam aku pening fikir macam mana cara nak pujuk dia. Adoi. Dah penat pujuk, aku rehat jap sambil menikmati pemandangan pagi yang nyaman bak hang. Lepas penat menikmati pemandangan pagi, aku sambung balik pujuk. Puih! Degil! So Stubborn Likes Smokes In The Hot Air! 

Darah aku dah mula mendidih. Disebabkan aku takut aku hilang kawalan, aku pandang kucing-kucing yang berkeliaran tiba-tiba. Dek kecomelan mereka, aku jadi tenang balik. Aku mula dapat berfikir secara rasional, matang, dan penuh dengan iltizam. Dengan berbekalkan imej kacak aku, aku bawak dia pergi klinik sakit jiwa. 

JANGANLAH MERAJUK, MERAJUK, BILA DIA MERAJUK, BILA BUAH HATI MERAJUK,
Doktor sakit jiwa cakap dia masuk air. Sebab tu dia merajuk.

JANGANLAH MERAJUK, MERAJUK, BILA DIA MERAJUK, BILA BUAH HATI MERAJUK,
Padan muka. Kan dah dibogelkan. Merajuk lagi.

JANGANLAH MERAJUK, MERAJUK, BILA DIA MERAJUK, BILA BUAH HATI MERAJUK,
Doktor pakar sedang sedaya upaya merawat buah hati aku ni. 
Adoi lah. Cepat benar Sensor dia Detect bila aku nak beli buah hati yang lain. Macam tau-tau je. Macam ada perasaan je dia ni. Chill Ok. Lambat lagi nak beli kereta.


JANGANLAH MERAJUK, MERAJUK, BILA DIA MERAJUK, BILA BUAH HATI MERAJUK, Kadang-kadang aku perasan jugak yang kereta dan motor ni macam ada perasaan je. Macam motor aku sebelum ni. Bila aku nak jual dia, macam-macam ragam jadi. Macam tak rela dijual.

{ 13 comments.. read them below or add one }

Ahmad Zu Mal Md Rayi Ahmad Zu Mal Md Rayi 27 October, 2014
Ingatkan awek majuk tadi... Hehe ;)
✿ Ina Ainaa ✿ ✿ Ina Ainaa ✿ 27 October, 2014
Ena doakan bini boni yang ini cepat sembuh ye dan sentiasa sihat... lain kali nak madukan dia, senyap2 la.... hahahahaha
akubiomed akubiomed 27 October, 2014
Sudah ada tanda-tanda nak kena kasi up dengan big bike. Baru awek mari. :)
Nadia Johari Nadia Johari 27 October, 2014
hahahha...mana tak merajuk..boni nak cari penganti lain
titan titan 28 October, 2014
haa..

kan dah merajuk. haha
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins 28 October, 2014
Patutla arwah mak saya selalu pesan jangan cakap nak tukar kereta nnt dia merajuk..kebetulan la tu kan bro BK..
hana hadi hana hadi 28 October, 2014
haa pasni kena buat entry pasal dia ek...
fizafantagirO fizafantagirO 28 October, 2014
ehh, betul la boni, kenapa eh , fiza pun selalu gitu,asal sebut je pasal kereta baru, mesti kereta meragam :'(
Diana Rashid Diana Rashid 28 October, 2014
baru terniat je dah merajuk..manja sangt nih..:)
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 28 October, 2014
Motor pun pandai meragam.. Kena pandai jaga hati dia, baru dia tak merajuk2 lagi.. Tu pun kalau motor BK ada hati la.. Hehehe..
Rosmiza Ali Official Blog™
Fatihah Fazlin Fatihah Fazlin 29 October, 2014
Ahhaha. Ingatkan awek tadi. Motor ghupenya..
Mar Mansor Mar Mansor 31 October, 2014
tiba-tiba teringat karangan zaman sekolah "aku sebuah motorsikal"