PEMANDU ATAU PELAGAK NGERI

SIKAP PEMANDU DI MALAYSIA

Sesetengan pemandu kat Malaysia ni bagi aku jenis tak reti nak jadikan sesuatu peristiwa sebagai iktibar. Baru je lagi terjadi kisah kemalangan-kemalangan ngeri dua hari lepas yang membabitkan kemalangan jiwa. Tapi tetap juga bawak kereta secara merbahaya dan membabi-buta. 

Petang tadi aku ke Pertama Complex untuk ambik baju yang ditempah bos aku. Dalam perjalanan tu, aku menghadapi macam-macam ragam pemandu-pemandu kat Malaysia ni. Rasa geram tu memang ada. Panas je hati ni. Nak keluarkan batang besi, aku pulak tak berapa nak berani. Hahaha. 

SIKAP BIADAP PEMANDU MALAYSIA

Kejadian pertama kat jalan Rawang. Aku ni, walaupun memotong, aku akan bawak dengan begitu berhemah sekali. Sambil potong kereta, aku akan senyum pada pemandu yang dipotong tu. Kalau dia bernasib baik, aku akan angkat tangan kat dia. Alah.. bukan luak pun angkat tangan. Bukan kena bayar pun. Biasanya kalau pemandu yang aku senyum tu buat muka pelik, aku akan buat-buat senyum tengok pemandangan kat sebelah dia sambil-sambil tunjuk ke arah pemandangan tu. Nak dijadikan cerita, tengah aku potong tu, aku nampak kereta kat belakang aku bagi lampu tinggi bertalu-talu. Memang laju betul. Makin lama makin rapat dan terus cucuk belakang aku. Kalau ye pun, hubungkanlah sel-sel otak tu. Dia dah tau aku tengah memotong dan aku masih belum lepas lagi potong, mana mungkin aku nak masuk Lane kiri balik. Kalau kata bengap, mula lah keluar status kat Facebook cakap aku ni biadap. Tapi tu lah kenyataannya. Dia ingat kereta aku boleh melompat kot untuk melepasi kereta belah kiri aku ni? Aku cuba bersabar. Aku baca sifir 5 untuk tenangkan diri. Lepas je melepasi kereta yang aku nak potong tu, aku tengok pemandu kereta kat belakang aku yang gigih bagi lampu tinggi bertalu-talu tu. Aku masih senyum. Dan aku nampak seorang gadis Melayu bertudung. Tak padan dengan perempuan. Bawak kereta macam raksasa. Tak berhemah langsung. Aku tetap berfikiran positif. Aku cuba berfikir yang dia nak mengorat aku tu. Mungkin dia ternampak kelibat pemandu remaja lelaki yang sangat kacak dan berseri-seri di hadapan beliau. Tak apalah. Beginilah nasib pemandu kacak macam aku ni. Seringkali jadi mangsa gadis-gadis yang nakal di atas jalan raya. 

CONTOH PEMANDUAN TAK BERHEMAH

Kejadian kedua pulak kat Jalan Wahyu. keadaan yang sama di waktu aku sedang memotong di Lane tiga dengan sepenuh fokus. Tapi kali ni lagi liar, lagi agresif. Punya dekat dia cucuk aku. Siap mengaum-ngaumkan lagi kereta buruk dia tu. Mungkin otak dia tertinggal kat rumah sebelum keluar tadi. Aku tengah potong dan Lane sebelah aku ada kereta, macam mana aku nak tukar Lane? Inilah buktinya betapa bijaknya pemandu-pemandu kat Malaysia ni. Ikutkan hati dan keganasan aku, nak je aku tekan brek sekuat hati. Biar dia tau erti penyesalan sebab menguji keimanan seorang pemandu lelaki kacak seperti aku ni. Tapi, aku tetap berfikiran matang. Sesuai dengan wajah kacak aku ni. Tak Cool kalau kekacakan wajah tak seiring dengan tahap pemikiran otak. Aku bersabar. Dan lepas je potong tu, aku terus masuk Lane dua sambil bagi signal (pergh, nampak tak betapa berhemahnya aku ni? Patut dicontohi pemandu-pemandu yang lain!). And Then When The Time I Right, aku usyar pemandu yang begitu sopan tu. Kelihatan dua orang lelaki India yang bagaikan samseng kongsi gelap sambil tangan penumpang belah kiri terkeluar menunjukkan rokok sebatang. Mungkin dia ingat nampak ganas agaknya. Aku terus bersabar walaupun hati dah panas dah tu. Aku tetap berfikiran positif. Mungkin dorang sakit perut dah nak tercirit dah tu. Tak apalah. Maafkan aje lah dorang.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KEMALANGAN JALAN RAYA

Ni aku cerita dua je daripada banyak lagi insiden yang aku tempuhi. Dari dua kisah ni pun dah nampak kan betapa tak berhemahnya pemandu kat Malaysia ni. Kalau dah biadap atas jalan tu, biadap jugak. Semua sama je tak kira dari bangsa mana. Dorang mungkin tak sedar yang sikap dorang tu boleh sebabkan kemalangan. Kalau orang yang tenang dan kacak macam aku ni masih boleh lagi mengawal situasi. Tapi macam mana yang baru dapat lesen? Atau yang memang semulajadi cepat panik? Tak pasal-pasal pemandu yang dicucuk tu eksiden. 

Dan mungkin jugak yang suka cucuk kereta orang lain ni lupa. Mungkin dia ingat dia kebal kemalangan sebab cucuk kereta depan yang tengah bergerak. Macam mana pulak kalau kereta yang dicucuk tu menggelabah beruk dan tertekan brek sekuat hati? Bukan ke dengan dia sekali boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya yang teruk.

Pesanan aku, bawa-bawalah menghormati pemandu yang lain. Kat jalan ni, bukan kita je yang memandu. Ada yang memandu bawak keluarga, bawak mak, bawak ayah, bawak nenek, bawak atuk. Kalau korang nak eksiden, eksiden sorang-sorang takpe. Tapi masalahnya, korang melibatkan orang lain. Melibatkan nyawa orang lain. Jangan jadi penyebab kepada kemalangan jalanraya. Jangan jadi RoadBully. Hormat pemandu-pemandu yang lain. Jangan jadi biadap atas jalan. 

SIKAP PEMANDU DI MALAYSIA, SIKAP BIADAP PEMANDU MALAYSIA, CONTOH PEMANDUAN TAK BERHEMAH, PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KEMALANGAN JALAN RAYA, Kadang-kadang aku Konpius sesetengah pemandu kat Malaysia ni. Dorang ni pemandu ke atau pelagak ngeri?

{ 8 comments.. read them below or add one }

jaymiee jaymiee 06 October, 2014
dah banyak kali aku terjumpa pemandu2 yg kurang ajar ni...kalau dilayan boleh jadi gaduh....kita yg kena cool....kalau fikir amarah,mmg hari2 dok gaduh kat jalan raya...
akubiomed akubiomed 06 October, 2014
Isu tidak pernah kesudahan. Masuk kereta bertukar menjadi orang lain.
zulhilmitempoyak zulhilmitempoyak 07 October, 2014
aku benci gila bila orang masuk dl baru bg signal. coii
Anizz Annisa Anizz Annisa 07 October, 2014
byk kali jumpe pemndu biadap nie.. geram jer... kita elok je bhati2 dia pulak buat hal..
Diana Rashid Diana Rashid 07 October, 2014
hahaha..kan??dia pikir kalau di cucuk2 gitu semua nya akan berjaLAN LANCAR..buat nye yang dia cucuk2 tu samseng,terus berhenti kasi pukul je baru dia tau..nak cucuk2 konon..
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 08 October, 2014
Yes! Jangan jadi road bully.. Sangat tak cool hokay..
Rosmiza Ali Official Blog™
Ezad Skytech Ezad Skytech 08 October, 2014
aku memang anti dengan kereta yang bajet MAHAL...cucuk dekat2...aku pun rasa macam apa yang kau rasa boni...rasa nak tekan je brek...tapi bila da jumpa jenis manusia macam ni...kita ke tepi je la...mana tahu ada emergency ke...dia nak pergi tandas ke...tak boleh tahan sangat...bersangka baik...hee
Jazz Lover Jazz Lover 11 October, 2014
Bakat terpendam tu sebenarnya Abg Boni. Hihi.