VIVA ATAU AXIA

Aku nak buat satu pengakuan sebenarnya hari ni. Sebenarnya kereta Myvi putih yang aku pandu sepenuh rasa bongkak, yang aku pandu sambil angkat-angkat kening bila wajah kacak dan tubuh tegap aku ni dijeling oleh pemandu berjantina awek, yang aku pandu sambil sebelah tangan pegang stereng sebelah minum air Fanta Strawberry, yang aku pandu sambil beli nasi lemak bayar dari dalam kereta je, yang aku pandu sambil mengacah-acah untuk menakutkan kucing yang nak melintas jalan, sebenarnya... kereta tu bukan kereta aku. Kereta tu kereta adik aku. 

Nampak macam aku punya je kan? Seolah-olah kereta tu nampak sama kacak bila bersatu dengan aku kan? Tapi, lepas ni adik aku akan ambil alih balik kereta tu lepas dia kena Transfer tempat kerja lain. Itu pun lepas mak aku yakin dengan teknik dan taktikal pemanduan dia semakin baik dari hari ke hari lagi-lagi untuk kuantiti perjalanan yang jauh. 

Berbalik balik pada cerita Viva atau Axia. Lepas je kereta tu diserahkan kepada pemilik asalnya, aku pulak akan mencari kereta ganti untuk menggantikan kereta Myvi tu. Ikutkan, susah bila tak ada kereta ni. Aku naik motor dari umur 15 tahun sampai sekarang. Jadi aku tau macam mana susahnya bila terjadi apa-apa Emergency, atau nak balik kampung. Sebelum ni aku dengan mak aku asyik pinjam kereta makcik aku untuk ke mana-mana jika ada urusan, tapi sampai bila nak meminjam. Sampai bila kitorang nak menyusahkan orang lain. Aku jenis segan dan malu kalau nak pinjam harta orang lain. Takut jadi apa-apa kat harta orang tu.   

perodua viva, perodua axia, bingung antara viva atau axia, kecelaruan, dalam dilema, dilema pilih kereta,
CREDIT TO relakssminda.blogspot.com

ATAU 

perodua viva, perodua axia, bingung antara viva atau axia, kecelaruan, dalam dilema, dilema pilih kereta,
CREDIT TO www.fotosdcarros.com
Jadi, aku kena fikir baik-baik sebelum berhutang ni. Samada aku akan ambik Viva tau Axia. Kereta lain memang tak berkemampuan lah. Iris pun mahal siot bulanan dia. Aku kongsi bayar bulan-bulan dengan mak aku pun rasanya masih lagi pening kalau ambik Iris ni. Jadi, dua kemungkinan je aku ada sekarang ni. Viva penghabisan stok atau Axia. Nak ambik kereta Second Hand aku tak berani. Sebelum ni dah ada sebijik kereta Iswara Aeroback. Tapi macam-macam masalah. Banyak keluar duit untuk Repair tu Repair ni. Last-Last terbiar depan rumah jadi tukun semut. Jadi, aku kena fikir 500 kali untuk beli kereta Second Hand kali kedua.

Cuma aku sikit terkilan. Sepatutnya Axia ni harga dia dimurahkan lagi. Yang nak beli kereta Axia ni golongan-golongan sederhana dan golongan rendah yang memang terpaksa mencari sebuah kereta sebab kereta dah jadi satu keperluan sekarang, bukan kehendak lagi. Kalau murahkan lagi, aku rasa memang lagi banyak jualan untuk Axia ni. 

Mak aku nak beli yang bergenre manual. Tapi aku tak bagi atas faktor dia sakit kaki. Mana mungkin kaki sakit nak hadap jalan jem. Jalan jem sekarang ni bukan jem biasa-biasa. Jem yang menjijikkan. Jem yang memungkinkan aku untuk keluar dari kereta dan gelek-gelekkan pinggul aku selama 10 saat dan masuk balik dalam kereta. Jadi aku terpaksa tegas dengan mak aku kali ni. Say No To Manual kalau sakit kaki. Boleh sebabkan sakit kaki tu jadi lagi teruk.

Jadi, aku masih berfikir lagi. Dan lagi. Samada nak sambar Viva atau Axia. Itu pun bukan sekarang, Mungkin tahun depan. 

perodua viva, perodua axia, bingung antara viva atau axia, kecelaruan, dalam dilema, dilema pilih kereta, Kereta sekarang bukan lagi kehendak. Ia dah jadi salah satu keperluan. 

{ 12 comments.. read them below or add one }

Nana Nana 27 October, 2014
Axia better i think. Sebab Axia hampir sama dengan MyVi ciri dia..
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins 27 October, 2014
Axia lagi bagus.Jimat tenaga dan minyak
Diana Rashid Diana Rashid 27 October, 2014
kereta sekarang dah jadi satu keperluan..lagi2 kalau dah kawen nanti,lagi la nak kena pakai kereta..dah kawen baru nak beli memang sakit la nak membayar.jadi baik beli masa bujang ni.
Hafiz Hafizol Hafiz Hafizol 27 October, 2014
ambek saga lah boni. wahaha.. nak angkat jugak 1 nie kereta . maybe axia kot. jom boni beli sama-sama. mana tahu dapat diskaun .. wahahaha
kakipromo kakipromo 25 November, 2014
Susah juga nak pilih antara Axia, Viva dan Saga huhu.
AnonymousAnonymous 03 December, 2015
Saje nak tanya..kalau ada orang jual viva 2nd hand, sambung bayar 14 bln lg dlm 350..kalau anda di tempat saya, anda ambik tak? Saya tak tau kondisi kereta tu macam mana..just assumed kereya tu in good condition, nak ambik tak?
rosman mohamed rosman mohamed 03 April, 2016
sambung bayar x pyh ambil.
AnonymousAnonymous 24 April, 2016
apa punya boni kacak.muka tak kacak tapi perasan kacak.bikin malu company.

AnonymousAnonymous 25 April, 2016
Aku pun nak beli jugak kereta axia tapi yg standard e aje sebab aku x suka dengar radio.lagipun harganya lebih murah dan kepala pun tak pening nak bayar bulan2.buat ot sekali pun dah boleh settle bayaran bulanan.beli kereta mahal memanglah sedap bawak tapi risikonya kita boleh muflis kalau nasib tak baik.
zarul zarul 06 August, 2016
Baru2 ni ada kes stereng lock bila tekan brek mengejut gara2 tak da abs..sebab axia E...dah 2 atau 3 kes..sy nk beli axia g sebab ada abs
zarul zarul 06 August, 2016
Baru2 ni ada kes stereng lock bila tekan brek mengejut gara2 tak da abs..sebab axia E...dah 2 atau 3 kes..sy nk beli axia g sebab ada abs