ANTARA JENAMA YANG RARE MASA AKU SEKOLAH DULU

Aku ni bukanlah peminat-peminat fanatik kepada Brand-Brand dan jenama-jenama yang ada kat pasaran. Tapi aku jenis mengikut. Kalau kawan aku minat yang tu, aku pun tiba-tiba meroyan suka walaupun aku tak tau apa benda tu. Nasib baiklah kawan-kawan aku dulu bukan jenis yang pelik-pelik. Dibuatnya dorang suka KY Jelly, tak pasal-pasal aku pun suka walaupun aku tak tau apa dia tu. Hahaha. 

Ok, Sekarang ni dah macam-macam Brand baru yang muncul kat pasaran sampai aku sendiri konpius nak minat yang mana. Gigih kepala otak aku nak hadam Brand-Brand baru tu, tapi susah nak di Download kan dalam otak aku. 

Tapi masa aku sekolah dulu, Brand-Brand yang bagi aku Rare sampaikan melekat dalam otak aku sampai sekarang antaranya macam Alien Workshop, Fila, Cantona 7, Boy London, Hello Kitty. Ikutkan banyak lagi. Tapi yang paling melekat dalam Memory Card kepala aku adalah yang aku senaraikan tu. Apa yang istimewanya Brand-Brand dan jenama tu? Jom aku rungkaikan. Ini seingat aku. Kalau salah mohon perbetulkan.

Alien Workshop 

Yang ni aku tak tau kenapa jadi Brand yang sangat digilai. Logo dia muka alien cengkung ibarat seekor Alien yang tak sihat akibat hisap dadah. Alien Workshop ni paling Femes dengan beg duit. Beg duit yang bukak berbunyi macam bukak kasut budak sekolah rendah. Kalau sapa tak kenal brand ni boleh kena pulau setahun tu. 

jenama-jenama terkenal di dunia, jenama-jenama yang rare, jenama-jenama yang terkemuka, jenama-jenama yang terkenal, jenama-jenama yang legend, jenama alien workshop, jenama fila, jenama cantona 7, jenama boy london, jenama hello kitty.
Dapat Sticker ni, merata-rata tampal. Kalau boleh kat cermin mata pun nak tampal. sumber
Fila  

Yang ni pun paling dapat sambutan adalah dari jenis beg duit. Yang sama macam Alien Workshop tu. Beg duit bila bukak bunyik "CHREKKK". Ni pun sama. Kalau tak kenal, boleh kena buang keluarga terus.


jenama-jenama terkenal di dunia, jenama-jenama yang rare, jenama-jenama yang terkemuka, jenama-jenama yang terkenal, jenama-jenama yang legend, jenama alien workshop, jenama fila, jenama cantona 7, jenama boy london, jenama hello kitty.
sumber
Cantona 7 

Cantona 7 ni paling femes dengan seluar sekolah dulu. Kalau zaman sekolah dulu, sesapa tak pakai seluar sekolah jenama Cantona 7 ni kira Loser lah. Aku dulu Form 5 baru dapat tempah. Hahaha. Kalau sebelum-sebelum tu, sanggup koyakkan jenama seluar kalau bukan jenama Cantona 7. Last-Last aku pergi jugak tempah sampai ke KL naik bas. Besoknya, aku sangat teruja untuk menyarung seluar sekolah bawah besar tu dengan harapan awek-awek sekolah akan keliling aku sambil merayu-rayu menangis-nangis mintak Couple. Aku dah Plan dah nak jual mahal... Tapi.. sayangnya aku masih lagi Invisible di mata awek-awek sekolah aku. Tak seorang pun pedulikan aku. Krik krik.. Dem..


jenama-jenama terkenal di dunia, jenama-jenama yang rare, jenama-jenama yang terkemuka, jenama-jenama yang terkenal, jenama-jenama yang legend, jenama alien workshop, jenama fila, jenama cantona 7, jenama boy london, jenama hello kitty.
Gambar sekadar hiasan. sumber
Boy London

Jenama ni femes tang jam tangan masa aku sekolah dulu. Kalau petik nama Boy London ni, mesti budak-budak zaman aku tu kenal. Siapa tak kenal boleh kena tumbuk kat halkum tu. Menariknya, aku ada satu jam Boy London ni. Hadiah hari jadi kalau tak salah aku. Berlagak aku masa tu. Setiap minit tengok jam,. Bukan apa, sebab warna kat jam tu berubah-ubah. Tiap kali sejuk, warna dia lain. Tiap kali panas, warna dia jadi lain. Bila dia bertukar warna, aku akan pandang budak sebelah aku dan angkat-angkat kening. Paling epiknya, jam tu pecah kena ketuk dengan budak sebelah aku, Dia pakai Recorder. Sebenarnya memang tak sengaja. Tapi mampu buat aku menangis. 


Yang kat tengah-tengah tu boleh tukar-tukar kaler. sumber
Hello Kitty

Yang ni tak yah nak cakap lagi lah. Sangat popular di kalangan awek-awek sekolah. Sapa ada Hello Kitty ni, dialah yang paling Hot kat sekolah, Dialah yang paling comel kat sekolah. Sambil jalan libas-libas pensel box kain ada gambar Hello Kitty. Sambil jalan lenggang-lenggang kangkung, sambil buat muka comel. Pasti budak-budak lelaki kat sekolah akan usyar dan kacau. Lepas tu mula lah buat muka masam konon-konon menyampah, meluat tapi dalam hati berbunga-bunga kena kacau. Hahaha.


jenama-jenama terkenal di dunia, jenama-jenama yang rare, jenama-jenama yang terkemuka, jenama-jenama yang terkenal, jenama-jenama yang legend, jenama alien workshop, jenama fila, jenama cantona 7, jenama boy london, jenama hello kitty.
Ala tomey-tomey. sumber
Cukuplah aku sertakan jenama-jenama ni untuk entri ni. Ikutkan banyak lagi jenama-jenama terkenal ni. Kang entri ni jadi 50000 patah perkataan kang. Korang jugak yang malas nak baca.


jenama-jenama terkenal di dunia, jenama-jenama yang rare, jenama-jenama yang terkemuka, jenama-jenama yang terkenal, jenama-jenama yang legend, jenama alien workshop, jenama fila, jenama cantona 7, jenama boy london, jenama hello kitty.Sekarang ni aku minat jenama Al-Qassam ;)

{ 10 comments.. read them below or add one }

reezluv reezluv 04 November, 2014
aku teringat Alien Workshop..punya gile orang semua dengan beg la..jam..sampai ada yang lukis sendiri kat beg walaupun bukan beg alien workshop..ahaha

jam boy london plak..sibuk masuk dalam peti ais,pastu jemur tengok tukar-tukar kaler..ahaha
deno deno 05 November, 2014
Ermm dulu2 tak tahu sgt pasal barangan yg ada brand ni.. pakai apa saja.. lgpun bukan senang kan dulu2... Kenal pun hello kitty tu... hihihi
Yan Ty Yan Ty 05 November, 2014
Alien Workshop & FILA!!!

Rare wei!!! teringat sat zamsn sekolah

Jazz Lover Jazz Lover 05 November, 2014
Hahah, saya just kenal Alien Workshop, FILA dengan Hello Kitty jak. Yang lain, langsung tak pernah dengar. Mungkin bukan zaman saya kot. Heheh.

By Angel Love Soldier
Missue Eyrra Zerra Missue Eyrra Zerra 05 November, 2014
cikdagu dah follow sini.. follow back... #kelabbloggerbenashaari
Rosmiza Ali Rosmiza Ali 05 November, 2014
Dulu pakai beg skolah brand Alien Workshop.. rasa rokck giler dah time tu pakai beg skolah brand nih.. Pastu pensil box brand Fila.. Haha! Hello kitty tak main sebab tak rock.. Ngahahaha!

RosmizaAliDotCom
Arina Shamsul Arina Shamsul 05 November, 2014
hahahaha...terus aku terimbau kenangan lama...oh...tsik!
Diana Rashid Diana Rashid 05 November, 2014
hahahah..kan??memmang mengammit kenangan betul..
Ezad Skytech Ezad Skytech 05 November, 2014
haha...Alien Workshop dan FILA memang mengimabu kenangan lama la...dompet FILA bunyi "CHREKKK" tu memang aku pernah guna dulu...kah3
Noriza MiracleVitamins Noriza MiracleVitamins 07 November, 2014
Cantona tu jenama yang rare bagi saya