HARI NI AKU MAKAN SAMPAI NAK PECAH PERUT

Hari ni bos aku ajak makan tengah hari kat Cyberjaya. Katanya kawan dia bukak kedai makan baru kat sana. Jadi, tujuan dan asbab untuk ke sana adalah untuk merasa sendiri makanan yang dihidangkan. Dan nak tau Feedback daripada kitorang samada sedap atau tak.

Sebenarnya aku On Diet. Maklumlah perut dah makin jauh berlari ke hadapan dan leher dan berlapis macam ada tempat simpanan makanan macam katak tu je. Tapi tak apalah. Hari ni je. Satu hari je. 

Jadi, Marathon makan pun bermula. Aku ingatkan sikit je. Rupanya berbelas-belas mangkuk dihidangkan untuk sorang. Ini memang kerja gilo.

Nah. Makan sampai muntah. Aku sorang makan je dah 12 mangkuk.

Nampaknya bertambah berlapis lah lemak tepu kat leher aku tu.

Hasil tangkapan hari ni. Hahahaha. First Time aku makan banyak macam ni. Nak terburai isi perut.
Orang yang lalu-lalang dan tak tau cerita sebenarnya , mesti ingat kitorang gila. Makan dengan hasutan syaitan. Begitu tamak haloba. Dan dorang pasti bertambah yakin dengan apa yang dorang fikirkan bila aku buat muka seakan-akan seorang lelaki tamak yang nak berbini 4. Nampak beno tamaknya. Hidup bersultankan nafsu. Hahaha.

Bagi aku, makanan yang dihidangkan sedap. Cuma aku tak dapat X-Factor yang membolehkan aku menjerit "Wow! It's Really Something!! I Should Go Again And Again 100 Times.". Wow, tetiba terel Speaking. 


Bila macam-macam masuk dalam perut ni, sekali terkentut, bau pelik-pelik yang keluar. Lagi jijik baunya daripada bau taik.



{ 9 comments.. read them below or add one }

salim harmanain salim harmanain 19 November, 2014
Gila ah. Mangkuk bertingkek tingkek hahaha
boni kacak boni kacak 19 November, 2014
@salim harmanain: kan?? hahahaha. nampak macam firaun pun ada. hahaha
Yana Nana Yana Nana 19 November, 2014
wow giler kentang.. Bermangkuk-mangkuk tu
Amanina Amanina 19 November, 2014
hohoho, sy pernah bertingkat2 ni kalau makan running sushi beramai2 je T_T
Jazz Lover Jazz Lover 20 November, 2014
Pergh, banyak giler makan. Stok untuk berapa tahun nie? Heheh.
Diana Rashid Diana Rashid 20 November, 2014
Ni dia nak buat konsep macam boat noodle la kot..kan??mee secoet2 kena makan banyak pinggan..baru kenyang..kan??
Pendekar Pendekar 21 November, 2014
okay..makanlah makan...makan sampai perut ke depan...haha
luthfi luthfi 17 December, 2014
Wouw,,makanan apakah itu?