ITULAH PENTINGNYA ENGLISH EDUCATION

Petang tadi aku kena jaga Site (Office lama) untuk tengok dua orang Pakistan pasang Air Cond dengan Exchaust Fan. Sorang jejaka Pakistan ni senang nak berkomunikasi sebab dia fasih berbahasa Melayu. Yang sorang lagi tu memang Noob dengan Bahasa Melayu ni. 

Disebabkan aku tak tau nak cakap macam mana dengan dia, aku cakap Bahasa English. Seketul-seketul keluar. 

" Do You Finish.. Aaaa..You... That Work? Already that.. Aaaa... Stuff... Stick... At.. Aaa.. Their place?"

Aku dah terasa hebat betul bila berjaya Speaking English tu. Rasa bangga terus membuak-buak. Terasa jati diri aku sungguh hebat. Hidung kembang kempis kembang kempis tak terkawal. Nak-nak pulak masa tu Air Cond tala kat rambut aku. Terkibar-kibar rambut aku sikit. Memang membantu betul Effect tu. Mesti Pakistan ni takjub dengan aku. Mesti dia berasa rakyat Malaysia yang sorang ni begitu hebat dan terel di dalam kehidupannya.

Tiba-tiba dia jawab. Dia Speaking English jugak. Lancar betul. Sikit pun tak ada Slack. Very clean bak kata omputih. Tergamam aku. Errr.. rupa-rupanya dia memang terel Speaking. Aku ingatkan macam orang Nepal yang selalu aku sembang tu. Dua kali lima je dengan aku. Dia tak faham aku, aku tak faham dia. Faham sikit-sikit je.  Hahaha.

Itulah pentingnya English Education. Senang nak berinteraksi dengan orang luar. Kalau orang luar tanya jalan, taklah korang menyesatkan lagi dorang. Haha. Hilang terus rasa riak dan takbur aku tu. Yang tinggal hanya rasa menyesal, bersalah, berdosa, sedih, kecewa, kemurungan, ketatasusilaan dan lapar.

apa pentingnya english education, apa kepentingan bahasa english dalam kehidupan seharian, kenapa perlu fasih berbahasa englishOrang Pakistan pun dah makin ramai bikin bisnes kat Malaysia ni. Yang kulit hitam-hitam manis sawo matang pulak banyak yang terlalak-lalak terjerit-jerit tau nak Enjoy je. 

{ 15 comments.. read them below or add one }

Amanina Amanina 11 November, 2014
heee, penting2 :) slowly improve ok?
tarmizi tarmizi 12 November, 2014
buat buat faham je aku pun 2 x 5 gak..
Nazlee Ismail PCL Nazlee Ismail PCL 12 November, 2014
haha nasib baik kulit aku kelabu asap..
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 12 November, 2014
teringat iklan go straight dont belok-belok... hahahaha
luqman zakaria luqman zakaria 12 November, 2014
tau xpe..memang penting ..tmpt kerja luqman ada jgk bangla nepal ape semua..kureng la bahasa malaysia tapi kalau speaking..mak aiii..lancar giler..
Papaglamz Papaglamz 12 November, 2014
Jgn 'I'm feel silly to talk in malay' dh la.. Hehe

Papaglamz jalan2 sini.

http://www.papaglamz.com/2014/11/tinta-papaglamz-ll-kawen-jom.html?m=1
Yan Ty Yan Ty 12 November, 2014
Lets do this - Everyday is English Day... practice make perfect..
Norizan J Norizan J 12 November, 2014
yes.. no.. orait.. tq.. bye...
Diana Rashid Diana Rashid 12 November, 2014
hahhaha..
belum terlewat lagi tu..
masih boleh belajar..:)
Sue Sopian Sue Sopian 12 November, 2014
mmg penting pun English ni..
ye lah.. utk kemudahan kita nak berkomunikasi dgn bangsa lain..

Kat ofis Sue pun, hari2 org dok hantar emel guna English tp Sue dgn selamba nye reply je Malay. Dorg still reply in English jugak.. Hahaha.. Sue je yang degil.. Malas nak guna English.. :D
aizamia3 aizamia3 12 November, 2014
Baca dari mula wah.. nampak gah je.. tapi bila baca sampai habis terasa diri kecil..
jangan sangka mereka yang nampak tiada kelayakan itu tidak pandai.. huhuhu..
.::: Princess MOMOY :::. .::: Princess MOMOY :::. 13 November, 2014
Yes no orait
i don't know sepatah haram
akubiomed akubiomed 13 November, 2014
Bahasa Inggeris adalah bahasa universal. Perlu tahu asas pun sudah dikira cukup baik.
Jazz Lover Jazz Lover 14 November, 2014
Saya pun gagap2 cakap bi nie.